Sunday 27 September 2009

Rasa Hampa Itu Eksaiting. Nak Lagi, Boleh?

Salam.

Entah kenapa kali ini jiwa lagi yg tersentuh. Acap kali aku cuba buang
rasa itu tapi seakan tak berdaya. Seakan ada kuasa seperti kuasa
graviti di muka bumi ini. Yang wujud hingga kita mampu berpijak.

Ah, apa saja yg aku bebelkan!

Korang takkan faham sebab (seperti selalu) aku tak mahu korang faham.
Tapi, pada yg faham silalah berkias tatkala mencatat ulasan.

Aku sengaja.

Aku suka seksa diri. Macam aku kata. Rasa hampa itu eksaiting. Bukan
semua orang sekuat segagah ini. Nak hadapi 'itu' berulang kali. Kan?

Bila perlu beradu begini, aku rasa sebak. Tusukan agak dalam. Lebih
dalam dari dulu. Lebih-lebih lagi bila insan yang satu lagi itu umpama
sedarah sudah.

Aku masih keanak-anakan kah? Masih mentah? Tidak. Tidak mungkin. Tidak
sama sekali. Ya, mungkin dari sudut ini. Agaknya. Boleh jadi. Boleh
jadi?

Letih menunggu. Bila? Bila lagi? Perlu sabar kah? Nak tunggu lagi? Aku
penat. Sungguh. Sungguh penat. Sampai bila? Sampai nanti? Nanti bila?

Masa makin suntuk. Masa tak pernah tunggu. Masa kejam. Tapi Tuhan tak
kejam. Kan? Tuhan sayang semua hambaNya. Kita perlu panjatkan doa.
Jangan lupa Dia.

Kalau buntu, buat tak reti saja. Jangan dilayan lagi jiwa itu. Biarkan
saja berkarat. Bercendawan. Bersawang. Berhabuk. Vacum cleaner kan ada?

Tralalala~

Kan aku dah kata hampa itu eksaiting. Jadi jangan degil.


Senang sedang pusing;
B. Disgrace

(malam tak boleh tidur)

Sent from my iPhone

Friday 25 September 2009

Kawan ke 'Kawan'?

Kan sekarang banyak community networking website kan? Friendster, Facebook, Twitter, Tagged, Hi5 blablabla~

Hah, kan?

Tapi, aku pelik lagi hairan lah.. Masih ada lagi orang yang suka mengumpul kawan. I mean, macam, tak semena-mena dia nak add n approve je semua orang yang add dia. Apakah motif mereka sebenarnya?

Okay, exceptional untuk artis-artis. Dah tentu diorang nak kena jaga hati peminat. Kan? So, they just need to approve la all the fans yg add diorg kan?

Kalau aku, aku hanya akan add jika aku kenal org itu. Macam satu sekolah ke. Satu kolej ke. Satu tempat kerja ke. Kalau tak, takdalah. Kalau kawan atas kawan pulak. Aku tak akan add macam kalau, ouh, kalau mutual friends kami ramai, then i'll approve. TIDAK. Kalau, aku kenal someone ni atas kawan, kalau betul aku dan dia sekepala baru aku approve (kalau dia add aku).

Ni hanya pendapat aku. Korang tak boleh lah nak marah ke hape ke. Aku cuma tak setuju dengan cara camtu. Macam tipu diri. Kawan kau beribu-ribu figure kat situ, tapi, kalau korang susah, diorang tu nak tolong ke? Aku tak rasa diorg tolong. Kan?

Hargailah kawan-kawan yang kita sedia ada. Walaupun tak banyak. Hidup biar dalam realiti. Berpijak pada bumi yang nyata.

Tak tahulah pula kalau korang bangga, berlumba-lumba dengan angka jumlah kawan yang korang ada kat community networking website tu..

Sekali lagi, ini hanya pendapat aku secara peribadi. Kalau ada yang tersinggung, aku minta maaf.






Bingung :
B. Disgrace

Monday 21 September 2009

Lagi tentang jiwa..

Lagi?
Ya.
Lagi tentang jiwa.
Yang kusut.
Mungkinkah terbawa-bawa?

Keterlaluankah aku?
Kalau aku keterlaluan, aku dah jadi macam dia.

Gedik.

Aku bukan macam tu.
Tak.
Langsung tak.
Jauh sekali.

Walau macamana sucinya pun rasa jiwa aku ni, aku takkan buat macam tu.
Aku masih ada rasa segan, rasa malu dalam diri.
Aku taknak bodohkan diri depan public.

Murahan.

Cemburukah aku?
Mungkin.
Ya, mungkin.

Mungkin aku rasa lemah.
Lemah dari dia.
Dia ada segala.
Paras rupa, mulus.
Aku?

Ah, malas aku fikir lagi.
Bukankah raya-raya macam ni lebih sinonim kepada maaf-memaafkan?
Aku hanya terlebih emosi. Mungkin.
Terbuai dengan perasaan bodoh itu sendirian.
Walau tidak sebodoh perasaan dulu, namun masih, bodoh.
Kan?




Bila emosi mengawal minda;
B. Disgrace

Friday 11 September 2009

Jiwa Kacau Yang Kacau

Dah lama aku tak blogging. Sibuklah. Banyak kerja. Banyak urusan. Heh! Bukan tak ada perkara-perkara yang menarik berlaku. Ada banyak. Tak sempat nak kongsi je. Gossip? Huuuii, lagilah banyak weyh...!! Hahaha.. Di sekeliling aku penuh gossip.. Yahahaha.. ;8p

Hmm, nak tau? Inilah aku. Aku adalah kenal seorang lelaki ni. Tiba-tiba aku macam suka lah pulak kat dia. Macam kebiasaannyalah, kalau aku suka someone tu.. I'll look at him from afar je. Ado berani nak cakap? Eyh, nanti orang kata perigi cari timba pulak kan? TAK MAHU!! Lagipun, aku tak biasa jadi pihak yang lakukan first step. Haha. (Hep! Bukan angkuh TAPI, it's a fact okay!)

Jadi, aku pun usulkan lah kepada beberapa orang teman rapat. Quite rapat. Dan juga pada abang angkat aku Bounces- (bukan nama sebenar). Semua kata, go for it. Zaman sekarang, kata mereka takda istilah dah perigi cari timba. Kalau nak, kena rembat cepat. (Rembat-aku guna exact word yang abang guna). Haha. Rempit sungguh bahasa. Lalalala~

Tapi, mana mungkin. Aku baru kenal dia. Terkamjatlah dia nanti kan? Setakat ni, yang sependapat dengan aku cuma Reggy dan Piyya saja. Cik Beez pulak tak sempat nak komen-komen sangat sebab beliau tersangatlah busy. Ah, aku pun malas nak fikir sangat.

Cuma, aku rasa aku dah parah. Parah, sungguh! Apa tidaknya. Katakanlah 8 kali purata aku login Facebook aku. 13 kali aku tengok page dia. Setiap kali singgah page dia, bukan main berjam-jam lagi sambil sengih sorang2. Hah? Amacam? Gila kan?

Sebenarnya, aku tak suka perasaan macam ni. Susah.

Dahlah, malas nak layan sangat rasa hati ni. Boleh jadi biul! Huh!





Parah kerana terpanah?
B. Disgrace

Monday 7 September 2009

Hidup Ini Memang Palat, Tapi Esok Masih Ada

Aku nak cakap tu je.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Terima kasih banyak-banyak, kawan-kawan yang kita suka!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Terima kasih sebab buat aku rasa macam palat.








Kenapa hidup ni sangat babi?
B. Disgrace

Thursday 3 September 2009

Kuih Raya For Sale!!!!!!!!

Kali ni aku telah diassign untuk menjadi tukang promosi kuih raya jualan kami. (Aku dan seorang lagi teman). Satu jenis je. Kami ingin fokus supaya produk yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi. Ehem! ;8)

Chocolate Cornflakes Cookies. Well, it's not really a cookie. It's a kuih raya lah. Sebenarnya, aku tak tahu nak categorisekan sebagai cookies ke biscuits. Entah, keliru aku. Cookies kot? Bedal sajalah. Yang penting sedap. Hehe.

Ouh ya, separuh daripada teman-teman mungkin dah dapat sms atau email berkenaan jualan kuih ni. Tapi, aku belum sempat forward rupa ia lagi. Makanya, aku upload lah beberapa gambar kat sini.

Harga adalah seperti yang tertera di bawah :





. 100pcs @ RM 20/= ONLY .
*sample will be distributed upon request only
I present you
Chocolate Cornflakes Cookies




Secara fizikalnya mungkin kurang nilai estetika, tapi makanan ni rupa tu bagi aku soal kedua. Yang penting, rasanya. Setuju?
.Murah.
.Sedap tidak terperi.
Kepada yang berminat, sila tinggalkan pesanan di ruang ulasan untuk entri ini.
Kepada teman-teman yang ada nombor telefon/alamat email aku, anda boleh terus sms/call/email terus kepada aku.
Sekian terima kasih.
Selamat berpuasa.

Wednesday 2 September 2009

Hari ni Hari Hati Berbunga ke?

Insiden hari ini betul-betul buat aku terbang ke ruang satu lagi. Ruang tu ada aku, dia, masa lalu. Penat nak tegah diri ni supaya pergi jauh dari tempat tu. Tapi ianya seolah-olah memanggil-manggil. Dari malam semalam.

Tahun lepas, masa aku sakit nak mati, dia ada. Dia ada je kat situ. Dia tolong aku macam-macam. Aku rindu masa tu kot. Masa tu bulan puasa jugak. Saat cemas tu macam aku dengan dia je kat situ. Kereta tu, yang dah lama aku tak naik. Aku rindu kat dia.

Aku nak vicks, dia hantarkan,
Aku nak sup cendawan kat kedai favourite aku, dibelikannya, dihantar.

Masa kat hospital tu, aku dengan dia je ada. Lama aku kat dalam tu. Dekat tiga jam. Kesian dia sampai tertidur dalam kereta.

Perasaan ni akan hinggap kat ruang minda aku yang sempit ni setiap kali aku shuffle semua lagu dalam ipod aku. Aku nak marah kat diri sendiri pun ada. Lemah! Apehal dengan kau ni, Nadia? Aduh.. Bila lagu-lagu tu berputar, semuanya macam terhenti. Lepas tu, macam ada skrin kat depan mata aku. Ulang-ulang kenangan lalu. Celaka!

Bila aku fikir-fikir balik, aku marah kat diri aku. Kenapa aku suka sangat layan perasaan bodoh tu? Memang perasaan ni bodoh. Sebab, he is capable of breaking my heart into pieces, again. Kalaulah ya berbaik semula, aku pun tak terhitung ke berapa kali gamaknya hati aku ni dirobek. Habis luka berdarah. Parah.

Nadia, senang-senang je kau nak relakan diri kau diperlakukan sedemikian rupa. Fikir betul-betul, Nadia! Ingat semula betapa pahitnya rasa yang dah kau lalui.

Tapi, aku betul-betul sukakan dia. Masih harapkan dia? Entah, yang tu aku takda jawapan. Mungkinkah aku tipu diri aku sendiri? Agaknyalah. Aku betul-betul takda jawapan. Yang paling perit bila mak engkau sukakan dia, tapi engkau takda apa-apa dah dengan dia. Ya, mak aku suka sangat dengan dia tu apehal?

Kadang-kadang aku peninglah. Aku memang dah tak percaya dah cerita Nairus dengan jambatannya tu. Aku tak tahu kenapa tapi aku taknak percaya. Aku MALAS! Sama je macam aku berlagak macam takda apa yang berlaku padahal aku seolah menipu diri aku sendiri sebabnya dalam hati aku ni resah, risau , semuanya ada..

Nak aku carutkan aje. HELL!



Gundah gulana :
B. Disgrace
(perlukan bantuan)