Sunday, 21 June 2009

saya benci kamu

what was that entry all about?
knape nak delete plak? bencilah!
i hate u i hate u i hate u!!
ah, emo aku!
i dont know whether i want to see u next weekend or not..
dah lah. patutla tak reply msg lagi.
uhhhhh, suck!!

Saturday, 20 June 2009

Kerinduan


Aku rindu perempuan ini
smooch smooch

Masa Lalu

Tadi masa nak balik dari ofis aku mmg dah niat nak singgah dulu jap kat umah Nuar. Nak tgk dak2 ni buat keje jap. Nak tgk umah Nuar umah yang mane satu. Ye, Nuar baru dapat kuarters kat Bukit Sentul. Tadi sesi plastering dinding lah tu. Tapi, aku bukan nak cite pasal diorg tu.

Aku nak cite pasal Bukit Sentul.

Dah lame aku tak naik atas tu. Rindu rase. Dulu selalu gak naik kuarters tu sbb mengambil giliran who fetch who mase bercinta ngan MHBJ dulu. Tibe2 kenangan mase keje kat sini start rolling. Huuuu.. Bile tengok bangunan lame ofis tu yang terabandoned, rase nak nangis pun ade. :8( Yelah, banyak sangat kenangan kat sana.



First unit yang aku kena train.
First time road trip ngan budak2 kat sini.
First formal farewell party aku di SYABAS.
MHBJ.. enuf said..
First time aku 'histeria'/gaduh besar ngan dia sampai aku sepak dia byk kali..
Haihhhhh macam2 la..



Tula dia. Tapi tadi, tgh aku feeling2 naik bukit tu dalam kereta. Hah, terkamjat aku bile tgk lalang bukan main tinggi lagi. Ya Allah. Tolong la. Tapape. Nyamuk jgn cakap la. Kalau lalang tu pendek skali pun, nyamuk tu akan idup gak. Yelah, kawasan sangat luas. Luas gile.

Tapi aku mmg rindu la kat situ. Redup je. Tak macam kat Sg Besi. PANAS! (Maksud tersurat dan tersirat). Sentul banyak pokok. Aircond ade dua je. Lek je kami. Sentul dekat ngan Kawan Lama Corner. Dah lame aku tak lepak kawan lama. Ngan dia, ngan kontraktor, ngan dak2 lain. Petang2 gi kawan lama. Tp aku lebih kronik, malam2 pun aku paksa dating kat kawan lama. Sbb kalau kat kedai kelantan tu tinggi kebarangkalian untuk terserempak dengan Umi (mak angkat dia). Umi tak suka aku. Aku kasar. Ah, malas la nak cite pasal Umi.

Tadi, aku gerak dari umah Nuar kol 6 lebih. Tak tahan ngan nyamuk. Abis bintat2 kaki tangan aku. Tidak tahan.

Oh ya, tadi aku keje. Mate aku bukan main pedih lagi. Penangan tido pukul 5pagi. Padan muke. Homework tak siap. Huh! Takpe2. Working adults mmg camni. Hehe. Takpe, Mazlee pun tak siap Topic 6 ODL. Hihi, ada geng. Lalalalalalalala~

Ok la, aku nak tidur kejap. Nanti, if ive free times (a lot of it), i'll write some more. (Macamlah ade org bace blog aku?). Sbb aku tak bagi org pon kot url aku. haha. :8p

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku yang kepenatan.
B.Disgrace

past

what past is past. semua org pon ade sejarah. baik atau buruk. kalau kite suke org tu, kite kenalah terima. erk. rave tegar. terima jelah. nak buat camne kan? sayang. tapi, kite pun tak boleh nak tipu diri kita sendiri. pasti ade gak rase "erk?" itu. setuju? ye, semua org pun ade rahsia. kalau aku, kalau aku tak nak tahu ape latar belakang sejarah itu terutama sifat2 buruk dia yang boleh mengikis sayang aku kat die, kalau boleh, lebih bagus kalau aku tak tahu. but, at the same time, i dont want any secret between us. haha. y am i writing this anyway? (someone slap me pls!)

takdelah, tadi aku tgk gambar die. ear pierced. right ear. ye mmg die pernah kata die pernah ada zaman rave tegar. aku tak kisah itu. yang aku kisah kalau.. ah, malas lah. emo plak.

hmm.. tadi ym dengan reggy. therapy yg bagus bile ym ngan reggy. haha. ok. next mission, cardigan. (biarlah aku je yang tau)

ok, dah dekat 5pagi. besok aku keje. aku perlu tidur itu. :8)
.
.
.
.
.
.
ouh sebelum terlupa, aku pasti aku datang beri sokongan minggu depan. pasti. InsyaAllah.
.
.
.
.
.
.
i miss him

Saturday, 6 June 2009

aku tak tau nak letak title ape. bedal sajalah!

hmm.. bermula dengan emo semasa mendengar Gravity*Sara Bareilles sambil menghayati lyrics nye. bertepek kat muke aku! mmg kene batang idong sendiri. patotla bukan main terase chemistry die mase dgr lagu ni first time kat lite fm. (pdn muke aku!). tersangatlah sesuai dengan kisah idop aku ngan Joe. Ahhhhhh, benci kalau nak ulang balik cite ni. Bile emo, membawak ke aktiviti lain. Iaitu melihat gambar2 lama. (Ye, tak buang lagi? Ade masalah ke? Sukati aku lahhh kan?). Neither friend nor foe. TEPAT sekali! aku pon tatau camne nak buat. Eh mengarut jap. Hmm.. last2 tgk2 gambar sampai tergelak. Rupenye byk je gambar2 kami bersama. Haduhhhhhh... Tapi takpe, tersenyum balik aku tgk gambar2 tu. Cute gak eh kitorg amik face shots. hahaha.. Tu je nak cite. Last2, Gravity tah kemane, emo aku pun tah kemane menghilang. BAGUS.

Patutnye besok aku kena gi Melaka. Actually, bukan la kena. Tp aku dijemput la kan ke kenduri kawen adik die. Hmm, die siap nak jemput kat pekan Masjid Tanah lagi. (Dalam hati aku:Buang tebiat ke hape die ni?). Ah, lantaklah. Aku tak pergi pun. Sebenarnye mcm nak pegi sangat sbb nak jumpe Ina. Ina baik. Huhu. Cite lame. Malas nak bukak.

Sekian selamat malam. :8)

Friday, 5 June 2009

E is for Esok?

Esok budak2 Sentul akan 'berhijrah' ke Sg Besi Office. Erk. Best kah? Hmm, bagi aku mmg bagus pon. At least, kontraktor nye side tak pening dah mane nak submit invoice n all. Selame terbagi dua ni, huru-hara jadiknye. Kasihan juge kontraktor2 itu. (Ouh, sungguh skema bahasa saya!)

Ouh, lupe sbenanye nak mention. Nak tau? Ade org report Azwad bawak wife die every morning naik lori ofis n drop her kat ofis die di jalan TAR. Jeles dan busuk hati. Pengadunye tak lain dan tak bukan adelah Rajoo. Cam sampah perangai. Aku pelik betul la. Faham2 jela Bukit Sentul tu camne keadaan. Ngan takde transportation nye. The nearest public transportation service available is PWTC Star LRT station. TOLONGLAH. Aku dah lalui ok. Menapak dari station ke ofis. I sweat like hell. Sangat jauh. Tolonglah jgn nak sabotaj orang camtu. Dahla kena sound depan staffs n GM. Sian Azwad. Lek bro.. Nanti bia tuhan je yg balas. Lagipun on that meeting Rajoo kene sound ngan Yati pasal die pertikaikan sangat pasal OT. Padan muke. Serve you right Rajoo! Yati: I thought u r one of the hardworking ppl we have here. Why are you so greedy abt OTs?<---ngah ngah ngah.. (Aku senyum je kat seat aku time tu..)

Hah, nak tau? Smalam Yassin n Ita gadoh besar pasal aku. BODOH. Aku kan, dari dulu lagi tak faham ngan relationship diorg tu. Tahape2. Kongkong sesame sendiri. Sekat sane sini. For god's sake, aku tak berminat la ngan Yassin tu. Tolonglah. Get a life Ita. Puncanya kecik je. Aku call Yassin mule2 tanye nak tak kirim Cap n Tee Transformers sbb along the way aku nak gi settlekan bill Maxis. Die kate NAK. Pastu, aku pon terlupe la plak nak tanye size n either mamat tu nak Decepticon or Autobots. Sampai2 je kat Petronas aku call la si Yassin tu. Die tak angkat2. Byk kali gak aku dial. Hmm.. aku gi la bayar bil dulu. Kat Jusco dah pusing sket buat syarat window shopping, aku pon nak blah la kejar mase. Call2 tak angkat. Call2 tak angkat. Aku pon assume la die tgh dating. Disyaki la tu. Aku pon bedal jela.. beli Both Decepticon n Autobots. Dah tentu akunye Decepticon sbb Autobots nye tak lawa. Logo cam gemok je. Pastu aku pon drive my way back home. Nak singgah bli burger dulu. Sampai2 aku kat masjid uma aku tibe2 fon aku bunyik ringtone len macam 'Bell Tower'. Yassin call. (Kuang haja, die tuka ringtone die lain). Hmm, seperti yg aku jangke. Mmg tgh dating pon n tgh gadoh besar.

Aku : Hah, ko ni sengal la Sin.. Dating eh?
Yassin : Haah la Nard. Aku ngan Ita ni. Gadoh besar ni.
Aku : Hadoi. Tahpapela korang ni. Mcm la aku nak kat ko kan Sin... Haish
Yassin : Ha, tu la pasal. Weh, ko tolong sms aku skang tanye pasal paip pecah.
Aku : Hah? Burst? Kat mane? Hartamas? Aku blasah jela eh?
Yassin: Hah, Hartamas, bolehla tu.
Nard : Ek eleh.. Yela3
Yassin : Skrg tau! Sekarang....!

Dengan itu, aku pon blakon la.. Siap jual name GM lagi. cakap GM marah aku sbb die tak dapat nak tau bende urgent awal2 bulan camni. Haha. Overdone je mcm.  Ah, lantak la.. Yang aku tau, diorg tu mmg la mempunyai relationship yang pelik. Aku pon taktau la camne nak cakap. Dah nak kawen pon pangai tak berubah2. Lawak pon ade. Marah pon ade. Lawak sbb pempuan cantik cam Ita tu jeles kat aku yang gemok ni.. Bayangkanlah.. Tapi kadang2 aku hilang respect pun ade. Lantaklah. Bukan kawan aku pon. Maybe diorg kawen bulan oktober ni nanti aku tak datang kot. Buat hape kalao stakat Si Ita tu kang nak pandang aku slack je.. Buat sakit hati aku je. Sekian terima kasih.

.
.
.
.
.
.
.

Dah, aku nak tido. Salam.

Thursday, 4 June 2009

ouh, and so it's june huh?

Jun. June. Juni. Bulan appraisal. Haish. Sian dak2 ni. Bulan ni plak die buat hal. Nasib tidak menyebelahi sungguh. Thank god Man is my immediate superior. Tadi aku tgk dapat 87. Hah, ok la tu. Sampai kat Azmi die cantas lagi. Kalau dapat 79 pon syukur jela.. Bleh ke? Bukan ke aku was hospitalized early Feb aritu? Aku tgk dalam appraisal chit aku Medical Leave : 22 days. Humangaihhhhh... EL : 4 days. Annual Leave : tak ingat plak. Rase2 ade ke peluang nak dapat 79 tu? Kuang haja, aku rase cam tipis. Biarlah. I was hospitalized. It's not illegal. Bukan mintak pon masuk hosp. (Eh, mmg mintak pon). Ahahahaha..

Sbenanye.. aku tgh dl Software dalam fon ni. Lame.. Lemau menunggu. Danak kol satu dah. Hadoi.
Eh, dah siap. Nak kene restart pc lak. Hmm.. k la, da~