Entah kenapa kali ini jiwa lagi yg tersentuh. Acap kali aku cuba buang
rasa itu tapi seakan tak berdaya. Seakan ada kuasa seperti kuasa
graviti di muka bumi ini. Yang wujud hingga kita mampu berpijak.
Ah, apa saja yg aku bebelkan!
Korang takkan faham sebab (seperti selalu) aku tak mahu korang faham.
Tapi, pada yg faham silalah berkias tatkala mencatat ulasan.
Aku sengaja.
Aku suka seksa diri. Macam aku kata. Rasa hampa itu eksaiting. Bukan
semua orang sekuat segagah ini. Nak hadapi 'itu' berulang kali. Kan?
Bila perlu beradu begini, aku rasa sebak. Tusukan agak dalam. Lebih
dalam dari dulu. Lebih-lebih lagi bila insan yang satu lagi itu umpama
sedarah sudah.
Aku masih keanak-anakan kah? Masih mentah? Tidak. Tidak mungkin. Tidak
sama sekali. Ya, mungkin dari sudut ini. Agaknya. Boleh jadi. Boleh
jadi?
Letih menunggu. Bila? Bila lagi? Perlu sabar kah? Nak tunggu lagi? Aku
penat. Sungguh. Sungguh penat. Sampai bila? Sampai nanti? Nanti bila?
Masa makin suntuk. Masa tak pernah tunggu. Masa kejam. Tapi Tuhan tak
kejam. Kan? Tuhan sayang semua hambaNya. Kita perlu panjatkan doa.
Jangan lupa Dia.
Kalau buntu, buat tak reti saja. Jangan dilayan lagi jiwa itu. Biarkan
saja berkarat. Bercendawan. Bersawang. Berhabuk. Vacum cleaner kan ada?
Tralalala~
Kan aku dah kata hampa itu eksaiting. Jadi jangan degil.
Senang sedang pusing;
B. Disgrace
(malam tak boleh tidur)
Sent from my iPhone
berkias sungguh
ReplyDeletehehe..
ReplyDeletepenuh misterius..
suka berahasia..
blablablahs..
;8)