Monday, 26 October 2009

Tugasan Kat Sekolah

Banyak yang perlu dikejar. Tugasan Sosiologi, Tugasan LK. Kelas yang tertinggal. Harus dicatch up topik-topiknya. Mazlee call tadi, katanya Mid Exam untuk Maths jatuh pada 15 November depan. Ok, kena cool. Lima bab pertama akan dijadikan soalan dalam kertas Maths. Jangan risau. Cuma perlu revise sikit-sikit sahaja. Takda hal. InsyaAllah. (Semoga diberkati!)

Tugasan Sosiologi tu, malam karang Mazlee akan call in dan ceritakan kat aku pasal empat konsep dalam sosiologi dan falsafah, yang dimaksudkan. Aku dah plan, kali ni aku fikir aku nak ambil isu berkaitan PPSMI lagi. Aku rasa isu tu je yang paling hangat kat negara ni. Berkaitan dengan pendidikan. Kan? Malas nak fikir panjang. Nanti buang masa.

Ok, LK pula. Aku dari sekolah sebenarnya benci tajuk tangen. Pening memikirkan cara nak sambung titik tangen yang diberikan tu. Buat masa ni, Rx aku dah berjaya dapatkan atas bantuan Cik Arra yang baik hati. Terima kasih daun keladi. ;8) Masalahnya sekarang aku pening duk fikirkan cara nak buat tindihan antara R20 dengan R80. Itu saja yang tercicir tak dapat diselesaikan. Aku fikir, esok nak bawa kertas soalan tu ke pejabat. Nak tunjuk pada pakar-pakar LK kat ofis tu. Minta pertolongan jantan-jantan kaberet tu. ;8p

1 comment:

  1. Selain PPSMI, isu lambakan guru2 x dpt posting pun tgh hangat skrg kak. Just bg idea je. =)

    ReplyDelete