Saturday, 13 March 2010

Al-kisah Paper Algebra Pagi Tadi

Erk.

Aku kan, tak tahu la nak cakap macamana. Nak kata ok, tak ok. Nak kata tak ok, ok laaa.. (Sila baca dengan bersahaja). Sebabnya, bagi aku, soalan tu takdelah complicated pun. Part A, mmg tak susah pun. Ala, dia nak confuse2kan candidates. Standard2 cenggitu la soalan dia. Part B plak, disebabkan aku ni lembab gila mengira Matrix, so aku dr semalam lagi dah buat keputusan nak abaikannya and jawab je terus soalan Function I. (Part B ada dua soalan, Matrix dan Function I. Pilih satu je).

Jadinya, tadi, bila dah settle Part A, aku lelajulah selak page belakang sekali. (Nak jawab soalan Function I lah ni nawaitu tu tadi). Erk.. Dengan penuh tekunnya aku bacalah soalan dia. Soalan tu dia bahagi empat : (a), (b), (c) dan (d). Pastu, bahagian (a) tu ada la gi pecahan (i), (ii) dan (iii). Tang soalan (a) dengan (b) tu, semua aku boleh jawab dan aku dah jawab pun. Tapi, sampai soalan (c) dengan (d) tu, memang lecturer belum ajar. Tapi, dengan penuh berlagak pandainya, aku cuba nak recall pembelajaran masa Add Maths dulu. (Buang masa dah tu kat situ. Pengawas exam tu pun dah pelik tgk aku cakap sensorang tadi). Fikir punya fikir, hampagas sungguh kerana aku start gemuruh. Last-last aku stop je kat situ. :( Sedih kan??????

Lepas tu, aku start gabra. Aku selak soalan Matrix tu. Hahh! Kuanghaja! Soalan dia aku mampu buat ok! RUGI BETUL MASA!!!! Kan? Aku pun congak-congak lah, markah yang aku mampu jawab kat fsoalan Function I dengan yang aku confident mampu jawab kat soalan Matrix. Hawau betul! Kat matrix lagi banyak markah eh!!! Hehh!!

'Dah, dah!', aku cakap dalam hati. Aku pun, buat soalan Matrix tu, masa tinggal kurang 30minit. Hawau! Aku pun buat jela. Matrix ni dah la aku bebal tang multiplication dia. Ergh! (Marah kat diri sendiri!) Buat-buat-buat-buat.. last2, aku dapat la gak buat, cumanya, kat soalan last tu, aku sempat sampai 3rd step je. Hmm, ok lah. Nak kata terkilan, tak. Cuma aku rasa, PADAN DENGAN MUKA AKU!!! Sebab, aku kelam-kabut je kan? Seriously... PADAN MUKA KAU NADIA!



NOTA : LAIN KALI JANGAN SKIP MEMBACA SOALAN WALAUPUN SOALAN BERKAITAN TOPIK YANG ANDA BENCI. SEKIAN TERIMA KASIH.



NASIHAT : CUBA LAGI FINAL NANTI! (Pesan kat diri sendiri).





Gopoh-gapah membawa padah!
B. Disgrace :(

No comments:

Post a Comment