Wednesday, 3 August 2011

Raincoats.

When i was busy jotting down some work stuffs on the whiteboard today, a superior called me in and asked me to come upstairs.

To collect a raincoat.

No need to be so confuse cus i myself am confuse too. The fact that i spend the 9-530 working hours entirely in the office, in front of the pc. Hmmmmm?

This is the second or maybe the third raincoat that i own for the rest of my life.

The first one was when me and my abang were still in the primary school. Emak bought each of us raincoats. Mine was yellow and abang's was blue. I was so ashamed about wearing it during rainy weather at the time just because all of my friends were using those foldable umbrellas. You know, when you're a kid, you really wanna feel that you're already a grown up. Raincoats for kids, umbrellas for the grown ups—that kinda thing.

And so i purposely tore the yellow raincoat that emak bought me, hoping that she would get me that stupid foldable umbrella.

Well, actually she didn't. She bought me another raincoat. Green in colour. I cried. Alone.

Seriously, i feel silly when i think about it. I hope that one day my children will read this entry and take the brightside of it.

Oh well, they provided raincoats during the MCR concert. That makes it four. Four raincoats. :)

Sent from my iPhone

Alamak! Ada Ingredient Tertinggal! Dang!

Kan dah kata mesti ada yang tertinggal. Penting pulak tu. Masa blend cili, jangan lupa letak BELACAN ok? Kang pedas pulak cili tu. Hehe. Ok selamat memasak! Woots!

Sent from my iPhone

Resepi Daging Masak Asam Pedas

Salam.
Hi semua! Hari ni atas permintaan kawan saya, Mashe Razali; saya akan pos entri tentang Resepi Masak Asam Pedas Daging. Here it is, twin!
Ingredients :
- Daging (of course!)
- Halia (sebesar ibu jari. Tp kalau jari tu kecik sangat, buat satu setengah ya?)
- Lengkuas (half a size of the halia)
- Serai (kuantiti biarlah logik dgn kuantiti daging yg digunakan)
- Ubi Kentang (potong ikut kesesuaian. Biasa kalau potato tu saiz besar, potong empat. Kalau sedang, potong dua je)
- Cili kering
- Bawang besar/bawang merah
- Bawang putih
- Halba
- Daun limau purut
- Air asam jawa

Method :
1. Rebus daging yg dah siap dipotong mengikut saiz yg sesuai dengan halia, lengkuas dan serai yg dah dititik bersama garam secukup rasa. Tapi, mula-mula kena rebus the daging alone. Bila dah empuk baru masukkan halia. serai and lengkuas tu.
2. Masa daging dah 3/4 empuk, masukkan potatoes.
3. Sambil tu bolehlah blend cili kering, bawang besar/merah dan bawang putih, with belacan secukupnya.
4. Kat periuk lain, panaskan minyak. Takyah byk2. Kuantiti minyak biar sepadan dengan kuantiti cili yang dah di blend tu.
5. Tumis halba sikit. Takyah byk2. Cukuplah lebih kurang satu sudu teh je. Kalau nak kasi lebih wangi, boleh tumis sekali dgn halia yg dah dititik (sikit je sbb nak kasi wangi je kan..), bawang merah dan bawang putih sekali, sikit.
6. Agak2 dah naik bau tu, masukkan cili. Part ni paling penting. Masa tumis cili ni, kena pastikan cili ni betul2 masak tau.
7. Bila cili dah masak, masukkan daging+potatoes tadi dengan air rebusannya sekali. Kacau biar sebati.
8. Bila dah mendidih, masukkan air asam. Sebatikan. Biarkan sampai mendidih lagi.
9. Bila dah mendidih, masukkan beberapa helai daun limau purut. Kalau perlu, tambah garam secukup rasa.
Tadaaaaa! Dah siap.
*Huhuhuhu. Rasanya takda yang tertinggal. Kalau ada perubahan nanti saya editlah k. Type guna fon ni. Hehe. *BuatMukaComel*
Selamat mencuba!
Cheers!
B. Disgrace

Sent from my iPhone

Tuesday, 2 August 2011

Senarai Masakan Semasa Bulan Puasa :D

Salam.

Hi semua! Hope everyone's in a good condition! :D Seperti yang dijanjikan hari tu, saya akan pos satu entri tentang lauk-pauk untuk memudahkan korang semua. Yelah, tak payah fikir-fikir susah payah sangat kalau nak masak untuk berbuka tu. Lepas saya bertungkus-lumus, inilah hasilnya. Actually, ni semua senarai lauk yang saya selalu order kat mak saya sepanjang tahun. Hehe. Kita memang selalu brainstorm sebelum tidur or pagi-pagi before saya pergi kerja.

Enjoy the list of my favourite foods, y'all! Xoxo. :D


MAIN DISH

1. Masak Asam Daging
2. Masak Lada Ikan
3. Ketam Masak Lemak Cili Api
4. Ketam Goreng Cili
5. Kurma Ayam
6. Paprik Campur
7. Ayam Masak Kicap
8. Daging Blackpepper
9. Tomyam
10. Sup Ayam
11. Sup Ikan
12. Fishball Soup
13. Sardin Goreng
14. Soo Hoon and Foo Chok Tumis Air
15. Pajeri Nenas
16. Siput Sedut Masak Lemak Cili Api + Keladi
17. Keladi Masak Asam Rebus
18. Bendi Masak Pindang + Ikan
19. Ikan Sweet and Sour
20. Lala Rebus
21. Lala Sweet and Sour
22. Udang Masak Lemak Cili Api
23. Daging Masak Kicap + Ubi Kentang + Capsicum
24. Pucuk Paku/Pucuk Ubi Gulai Tempoyak
25. Ikan/Tauhu Masak Teow Chew
26. Ayam/Daging Masak Merah



SAYUR-SAYURAN

1. Kacang Buncis + Baby Corn + Cendawan Butang Goreng Oyster
2. Kacang Panjang Rebus
3. Kacang Panjang Goreng Cili
4. Bendi Goreng Cili
5. Kacang Botol Goreng
6. Sawi Goreng/Sup
7. Kailan Goreng Oyster
8. Kailan Goreng Ikan Masin
9. Sayur Campur (Campuran Brocolli/Cauliflower + Carrot/Baby Carrots + Baby Corn + Capsicum etc etc)
10. Soo Hoon + Tempe + Kacang Panjang Goreng

...and the list goes on...




SAMBAL (Dish Wajib Abang Saya-Kalau Takda, Dia Merajuk)

1. Sambal Ikan
2. Sambal Ayam
3. Sambal Kerang
4. Sambal Sotong
5. Sambal Sardin
6. Sambal Cili Api (Ikan Kering Bulu Ayam)
7. Sambal Daging
8. Sambal Telur
9. Sambal Goreng Ubi Kentang + Ikan Bilis
10. Sambal Udang + Petai

..dan macam-macam lagi sambal..



UNTUK YANG MENJALANKAN GAYA HIDUP SIHAT - macam saya -

1. Pumpkin Soup with Chicken
2. Cream Soup (Mushroom/Chicken etc etc)
3. Sup Tauhu *MyFavourite*
4. Sup Tomato
5. Mashed Potato
6. Sup Timun + Soo Hoon



ULAM - served with sambal belacan -

1. Timun
2. Kacang Botol
3. Ulam Raja
4. Daun Salam
5. Kacang Panjang
6. Daun Pegaga
7. Petai *Favourite*

... dan lain-lain lagi ...



DESSERTS

1. Assorted Pengat/Bubur
2. Kuih Rengas
3. Kuih Keria
4. Bubur Somsom
5. Kuih Kasui
6. Kuih Seri Muka

.. dan macam-macam lagilah, mengikut kepakaran (emak) masing-masing. He he he ..




Sekian. Selamat memasak!

Cheers.

Stuffs

1. Am in front of the telly now. Watching news. Clinical wastage dibuang merata-rata, dilonggok sesuka hati. Aku geli tengok orang tu cucuk plastik kuning tu and sisa darah bercampur air keluar darinya. *GrossBigTime*

2. Khairul Fahmi Che Mat, our favourite goalie dah putus tunang dengan Elia jejariruncing. Hmmmm. Tak follow sangat gegosip itu. But I'm sure that, ramai gila yang suka. Tak baik wei. *ApalahKorangNi*

3. List lauk-pauk akan dilakukan secepat mungkin. Emak saya busy ke masjid dengan terawikh, tadarus dan lain-lain. (Anak sibuk blogging. Errr...).

4. Tak lama lagi, USD dah takda nilai. Just saying. Sekian.

5. Semalam pergi jogging after work kat Titiwangsa. Dapatlah dua round. A few calories burnt, I hope. :D Tapi, hari ni experiencing some muscle cramps here and there sebab semalam masa dah nak completekan last round, Nairus called. Tak sempat warm down, terus balik. Sebab tak sampai hati nak letak fon sebab dia eksaited cerita dia kat bazaar Ramadhan sorang-sorang. Hmmmm, you owe me a meal from bazaar Ramadhan, Nairus!

6. Cakap pasal Nairus, dia gila AHZ! Ha ha ha. Tak percaya pergi usha Twitter account dia (neyuyuyu). Go and see her avatar. Ha ha ha.

7. Heyeah! Esok puasa! :D

8. So, yea, that's all. Have a great, blessful Ramadhan okay guys?

9. Oh. Yes! I am selling Choco Cornflakes at RM 20/100pcs and London Almond at RM 25/50pcs. Dijamin sedap dan of course halal. Home-made, with love! :D Kalau nak order just drop your order here je. Leave a comment okay? Or you can always ask me on Twitter (nardaziz). Keep the orders come!

Monday, 1 August 2011

Oh Lupa!

Tahun ni saya plan nak senaraikan lauk-pauk masakan Melayu untuk senangkan mak saya. Kesian mak saya selalu pening kepala nak masak apa hari-hari, terutamanya masa bulan puasa ni.

Biasanya saya akan masak ayam masak kicap untuk first day puasa. Tapi, disebabkan saya dah raya awal, tak jadilah. Dan mulanya, tekak saya dah demand nak makan nasi tomato dgn ayam masak merah. Hmmm, tadi dah pergi beli ayam kat Mydin USJ. Mak saya pun teringin nak makan ayam masak merah kot. Tadi dah siap beli fresh tomatoes, tomato purees and can peas.

List lauk-pauk saya akan brainstorm dgn mak saya esok since dah tau nak masak apa for 1 Ramadhan. :)

Chaiyok!

Esok saya nak share juadah kegemaran saya di bazaar Ramadhan pula! Hehehehe.

Ps : Ramadhan is not all about foods, it's about the rewards that Allah promises to give to us as we perform all of the religious duties sincerely.

Subhanallah.


Sent from my iPhone

Ramadhan Datang Lagi

Salam.

Hi. This is the second year of Ramadhan without the presence of my Babah. *Al-Fatihah*

Rindu Babah.

**

I want to take this opportunity to wish each and everyone of you Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. :)

Hope that we can perform it well. Better than the years before. InsyaAllah.

If you're going for Terawikh prayers, pls make sure that your little ones who follow you behaving at their best. Do not play the firecrackers during the ongoing prayers. Pls advice them to not to run around the madrasah/masjid. If you think that little ones are controllable, let them stay at home jelah. Buat semak and ganggu konsentrasi orang lain yang nak buat amal ibadah je.

Queue for the moreh foods and drinks.

**

Im grateful that i am still alive this Ramadhan. Thank you, Allah! Amiin.

**

Now, i would like to apologise for any of my wrong doings towards each and everyone of you. Yours towards me is already forgiven. InsyaAllah.

**

1) Selamat bersahur—elok diamalkan di hujung-hujung waktu nak imsak. :)
2) Selamat membeli-belah di bazaar dan tolong jangan membazir. Sedia maklum ya, membazir tu amalan syaitan. :)
3) Makan kurma tu sunnah nabi. Buka dgn manisan (kurma) dan air suam, lepas tu perform maghrib. 3 rakaat je pun. :)
4) Jangan makan banyak sangat masa iftar, nanti malas nak terawikh pula.
5) Janganlah ponteng. Come on guys!
6) Jangan main mercun dekat tempat byk kenderaan. Atau baling mercun dr atas rumah ke bawah untuk yang menetap di rumah pangsa. Hormatilah harta benda orang lain, dan hormatilah jiran-jiran anda.

**

Love.
B. Disgrace :)

Sent from my iPhone