Sunday, 30 August 2009

Sempat Ke Jumpa Bulan Puasa Ni Weh?

Aku dengan Najjah

Aku pun tak ingat dah lama mana kitorang tak hangout sama-sama. Agaknya kali terakhir aku lepak dengan Najjah masa kami karox kat Ampang Park tu. Wah. Sangat lama dah tu. Jumpa adalah satu dua kali. Masa dia balik dari HUKM, aku paksa dia lunch dengan aku kat Bandar Seri Permaisuri. Dan yang satu lagi, masa ambil kek untuk hantaran majlis pertunangan Zam dan Hajar.
Tu pun sekejap je.
Dia sampai, aku, Nuar dan Zam sedang rancak makan minum. Dia pun tak makan. Lagilah sekejap je lepak. Lepas kami (aku, Nuar dan Zam) selesai makan dan minum, terus gerak dari Pak Li Cafe. Rushing sebab nak kena fetch mak aku kat rumah Mak Yah kat USJ.
Heh!
Kerinduan :
B. Disgrace

Siri Bercakap dengan Diri Sendiri I

Tadi aku pergi sahur di McD yang berdekatan dengan rumah. Hmmm. Tempat nostalgic. Siotlah!!

Nadia, nadia! Perlu ke?
Tak.
Tapi...........
Ah, jangan! Nanti tersasar lagi..
*dush dush*
Adeh, tolong jangan berlegar-legar dalam minda la wehhhh!!
Pergi!
Shoot!

Adeh! Kurang hajarlah wehhhh!
Tolonglah.
Pergi.
Just go.
Please.
I beg you, please..
Go..



:8(

(2007-2008)
Masih segar, iya.


B. Disgrace
Aku loser kah atau loser kah aku?

Monday, 24 August 2009

Tak Punya Tajuk, Lagi!

Yang betulnya, aku penat. Mata aku dah perit akibat melihat monitor laptop aku dengan bertemankan table lamp yang malap.

Aku baru selesai bluetooth semua topik untuk subjek ODL. Ala kadar je baca. PEMALAS!

Dah, aku penat! Mahu tidur-tidur ayam sebentar before sahur.

Mungkin esok lusa saja aku pos entri baru. Mungkin. Kalau aku tak sibuk.

Selamat malam seluruh hamba.






zZzZzZz :
B. Disgrace

Friday, 21 August 2009

Bukan Marah, Ini Nasihat

Ramadhan datang lagi. Wehuuu. Bulan Ramadhan adalah bulan yang aku paling suka. Tak tahu kenapa, tapi dalam bulan ni aku rasa tenang. Harap semua pun begitu ya!


Dengan ini, aku dengan penuh hati yang tulus nak ucapkan :


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Puasa jangan tinggal!
Lakukanlah ibadat-ibadat sunat di samping yang wajib!
Selamat mengumpul pahala.



Kepada yang selalu tunaikan solat sunat tarawih tu, masa ambil moreh, diminta jangan potong barisan ya. Hormat sikit orang lain. Lagi, jangan ambil moreh banyak-banyak. Sila berpada-pada. Ingat sikit orang belakang.


Kepada korang-korang yang suka sangat main mercun, main tu biar kat tempat yang lapang. Jangan gedik pulak nak main mercun kat tempat orang nak lalu-lalang. Nasihat sikit adik-adik korang tu kalau nak main mercun tu jangan gatal pulak nak gi baling kat kereta orang. Ingat beli dengan pasir ke? (Ooops, tergarang pulak!). Takda, kalau cat rosak, nak kena polish. Kalau tak dapat diselamatkan dengan polish, kena tembak cat baru. Korang fikir, orang yang berkereta ni semua senang ke? Mereka bukan bekerja sebagai pengecop duit ok? Tengah musim-musim perayaan nak dekat ni, banyak duit nak pakai. Faham? Hah, tolong ya nasihat sikit budak-budak bawah umur ni.


Kepada yang tinggal dengan family, janganlah asyik kerja je. Atau asyik buka kat luar dengan kawan je. Kesian mak korang masak kat rumah. Sebenarnya, time Ramadhan ni lah aku rasa satu-satunya masa yg paling afdal for the whole family to gather as they enjoying their foods during fast-breaking.


Kalau pergi Bazaar Ramadhan tu pulak, janganlah beli juadah tu melampau-lampau. Beli sikit je. Jangan ikut nafsu gajah anda tu. Aku bet mesti tak habis. Membazir je.


Lagi, kalau buka puasa tu jangan selalu sangat minum air berais. Nanti boleh kena sakit tekak. Ingat ya?


Lepas tu, kalau yang ada gastric tu. Anda digalakkan meminum air dairy (susu, coklat susu, strawberry susu dsb) untuk elak daripada anda mengalami gastric sepanjang siang ketika berpuasa. It works for me, so it might works for you too! ;8)


Kepada perokok-perokok tegar, jangan pulak hisap rokok banyak-banyak sangat. Bukan ke patutnya bila bulan puasa ni bajet untuk beli rokok tu makin berkurangan. Jangan membazir ya. Nanti, nak balik kampung. Korang kena fikirkan bajet-bajet tambahan seperti tol, minyak, duit tiket bas/kapal terbang, upah baju raya, upah langsir raya, duit kuih raya dan yang paling penting duit raya untuk mak bapak, adik-adik, sepupu yang belum bekerja dan anak-anak buah korang. Fikir dulu sebelum buang!


Hehehe. Panjang pulak aku bebel. Yeah!


Selamat berpuasa dari aku :
B. Disgrace ;8)~

Wednesday, 19 August 2009

Yahoo! Messenger

Kadang-kadang, korang mesti bosan kan? Yahoo! Messenger atau lebih dikenali dengan YM biasanya jadi tempat untuk luahkan isi hati, marah, suka, sayang, curhat-curhat (curahan hati), bila emosi terganggu oleh persekitaran seperti bf/gf korang kantoi ada scandal dengan orang lain, sakit hati dengan majikan yang menjengkelkan, tak puas hati dengan rakan sekerja dan macam-macam lagi rasa; korang akan YM dengan teman-teman rapat yang ada dalam friendlist korang tu kan?

Aku nak tanya korang, korang pernah tak? Masa korang online, korang tak tegur pun kawan-kawan yang tengah online jugak tu? Tak semua kan? Hah, kenapa? Sebab bosan kan? Walaupun jumpa secara virtual sahaja. Tak tegur. Kan kan kan?

Aku pun macam tu.

Kadang tu, kita online. Available. Tapi kita takda mood nak borak-borak, gebang-gebang dengan orang lain. Kadang tu bukan apa. Sebab dah selalu sangat online. 24/7. So sampai dah ketandusan idea. Tak tahu nak buka topik apa lagi untuk dibualkan.

Betul?

Hah, aku cuma nak kongsi. Korang tau tak? Ada satu tahap tu, aku merapu dengan kawan aku. Games semua dah tak larat nak main sama-sama. Doodle IMvironment pun dah tak larat dah nak lukis-lukis. Balik-balik aku lukis bunga, rama-rama, bunga tulip, pelangi, pemandangan, sawah padi, burung terbang dari jauh dsb.

Sebenarnya macam-macam kita boleh buat dengan YM ni. Bukan setakat mengadu domba je tau. Borak-borak kosong. Zzzzzz...

Selalunya, kalau aku bosan, aku dengan kawan aku sorang ni selalu buat benda-benda bodoh kat dalam YM. Contohnya seperti main teka lirik lagu, karaoke secara menaip dan yang paling menyeronokkan..... Perang Audibles..

Perang Audibles ni kerap kali aku lakukan dengan Nairus Nordin. Ha ha ha. Kelakar weh. Selain boleh belajar bahasa-bahasa lain seperti Tagalog, Tamil, Masti dsb, kita jugak akan jumpa dengan audibles yang sangat menggelikan hati.

Ada sekali tu, explore punya explore, aku terjumpa satu audible yang agak berunsurkan sexual harassment. Sungguh! Aku tak tipu. Buat apa nak tipu. Tak dapat duit pun. Huhu. Aku siap sebarkan lagi kat kawan-kawan semua.

Audible tu menunjukkan seorang orang tua yang botak kepalanya (macam bos aku). Dia cuma cakap.. "Slurp! Lollipop!".. Macam sial.. Korang carilah!

Audibles > International > Tamil

Hu hu hu..

Selamat mencari..









Lotsa Lurve;
B. Disgrace

Rindu

Petang tu.
Hujan.
Pandu pulang.
Hujan lebat.

Laluan itu.
Laluan yang sama.

Waktu tu.
Saat tu.
Aku rasa sama.
Sama dengan hari tu.
Aku pandu.
Gagahkan anggota.
Fokus.
Pandu.

Radio memang tak on.
Tiba-tiba.
Aku menangis.
Terfikirkan Rhinestone Cowboy.
Seakan sedang terputar.

Aku teringat dia lagi.
Dia.
Yang dah lama aku tak jenguk.
Aku rindu dia
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Babahku.





Aku betul-betul rindukan saat begini.
Lepak dua beranak.
Minum teh petang-petang kat Restoran Kassim.


Restoran Kassim pun dah takda. Aku rasa seolah-olah semua memori di situ dibawa pergi bersama dengan dia. Tapi, setiap kali aku ambik corner dari blok aku ke Blok 33 aku mesti ingat teguran dia.


Beriya betul paut steering. Kan power steering, rilekslah.


Aku akan gelak kecil dalam hati. Cuba sorok rasa sedih.


Lagi, aku tak mungkin akan lupakan saat dia ajar aku pandu kereta manual. Kereta dia auto. Jadi dia tukar kereta dengan Aunty Rozy seminggu sebelum aku jalani ujian memandu dengan JPJ. Bapak mana yang taknak anak dia lulus ujian memandu.


Sebelum tu, dia selalu ajar aku memandu lepas kami pergi jogging pagi-pagi kat Titiwangsa. Mula-mula pusing kat parking je. Dah lama sikit dia suruh aku bawak kereta dia kat jalan yang kurang sibuk.


Aku ingat lagi ada satu masa tu. Masa tu pilihanraya. Pusat mengundi dia kat Sg Way. Pergilah kami tiga beranak. On the way balik, tiba-tiba dia berhenti kat Grand Season Hotel. Katanya, nak bagi aku pandu sampai rumah. Aku takut. Jalan sesak. Nak kena tempuh Bulatan Pahang. Aku mana berani. Dia yakinkan aku. Berjaya pun. Selamat sampai rumah. Siap parking sekali. Hehe.


Sebut pasal Grand Season Hotel, teringat pulak lepas teman dia fetch mak kat ofis, kami singgah kat situ dengar live band. Seronok.


Lepas tu, ada lagi. Banyak tempat makan yang first class rasanya dia bawak kami.


Mee Rebus kat Doraisamy.
Kedai Mamak kat corner yang sup dia gao tu kat Doraisamy jugak.
Mee Rebus sedap kat depan Standard Chartered ke Bangkok Bank tah. (Aku pun dah lupa!).
Nasi Lemak @TPCA.
Satay terbaik kat Jln Peel. (sekarang dah takda).
Ah Kow @TPCA.
The best chapatti and teh tarik susu lembu : Santa Curry House @Jln Sarikei. (kedai Uncle Joe).
Bihun Sup Utara @Jln Chemur.


Macam-macam. Banyak lagi.


Semua yang masih ada tu, semua tulah yang buat aku selalu fikirkan dia.


Al-Fatihah.


Semoga dia ditempatkan dengan roh-roh orang yang beriman.
Amiin~








I miss him so much :
B. Disgrace
(crying)

Tuesday, 18 August 2009

Peniaga Haram Berperangai Babi!!!!

Amaran Keras !! : Entri kali ini mengandungi explicit content. Di mana banyak makian akan tertera. Tidak sesuai untuk bacaan bagi mereka yang masih di bawah umur.

Hah, korang nak dengar tak cerita pasal peniaga haram yang berperangai babi? Kurang 10minit yang lepas, ada seorang peniaga haram yang kurang hajar dengan aku! Sial!

Tadi aku balik dari ofis jam 8:51 malam. Lebih kurang dalam jam 9:00 malam aku dah sampai bawah rumah aku. Uh! Takda parking!

Sabar.

Dua kali aku round kawasan rumah aku. Takda parking kosong. Lepas tu, aku round kat kawasan yang berdekatan pulak. Kat Jalan 1/48A. Sepanjang jalan tu, tapi kat bahagian yang berdekatan jelah. Lepas setengah jam pusing-pusing, aku dah start sakit otak. Ah, bedal jelah cari kat belah jalan besar ni.

Cari punya cari, makin sakit otak aku. Sebab dah lama sangat cari. Aku ni memang jenis cepat stress. Akhirnya, aku buat keputusan untuk park kereta aku kat bus stop belah rumah kedai. Kat jalan besar tu lah. Jalan 1/48A tu.

Aku lepak lama sikit dalam kereta. Sayang. Nak habiskan satu lagu yang tengah aku mainkan tadi. Nanti tak sempurna je rasa kalau tak habiskan.

Habis lagu. Aku matikan aircond. Matikan enjin. Keluar. Lipat side mirror belah kanan.

Baru je aku nak tutup pintu, si peniaga haram tu sound aku. Buat muka ketat. "Kak, meniaga ni!!". Tinggi suara dia. Bab tinggi suara dengan muka ketat tu yang buat darah aku berapi. Pukimak kau! Kau dahlah peniaga haram. Perangai pun macam haram jadah! Sial! Masak kalau tak sedap memanglah orang tak beli. Takda maknanya sebab aku parking kereta aku kat situ konon-konon orang tak nampak kau meniaga. Kepala butoh ah! Babi! Celaka! Aku bakar gerai kau baru kau tahu! Peniaga haram, perangai macam babi! Masak dahlah tak sedap! Rasa kalau macam pantat hantu memanglah takda orang nak beli, bodoh! Orang beli sekali je, serik!! Bangang! Manusia macam ni pun ada! Dahlah meniaga takda lesen. Berlagak macam bagus! Sial! Tu illegal tap lah tu air! Aku report kat PUSPEL baru kau tahu! Bodoh! Meniaga dahlah secara haram. Curi air pulak! Kau pikir Tan Sri tu cap duit? Sedap-sedap je kau nak curi air? Bodoh! Babi! Babi tonyok! Pergi matilah kau. Bagilah anak bini kau tu makan duit haram!! Biar jadi lipan dalam perut! Kurang hajar! Tak senanglah hidup kau, barua!

Bukan aku park betul-betul depan gerai kau pun! Aku block tak tempat kau lepak kat tepi gerai kau tu. Dasar bajingan!! Sialan! Brengsek! Pundek!

Jangan beli Nasi Kukus Ayam Dara (konon!) dia tu!! Peniaga haram ni dahlah masakan tak sedap. Mak aku dah pernah beli. Nak meniaga, tapi masak tak pandai. Simpan jelah niat kau tu. Kos kau belanja beli barang-barang meniaga tu baik kau hantar bini kau belajar masuk kelas memasak. Masak tak sedap ada hati nak meniaga! Bodoh punya manusia!

Exact location aku taknak bagitahu. Tapi nanti aku nak snap gambar 'premis' haram peniaga haram yang berperangai babi tu. Later aku nak upload. Baru puas hati aku. Cari pasal sangat dengan aku kan? Pergi mampuslah kau!

Kau buat hidup aku susah, kan? Siapa suruh. Memang mulut aku jahat! Padan dengan muka kau, BODOH!!

Dasar peniaga haram yang tak sedar diri!!


Darah yang sedang membuak :
B. Disgrace