Kadang-kadang, korang mesti bosan kan? Yahoo! Messenger atau lebih dikenali dengan YM biasanya jadi tempat untuk luahkan isi hati, marah, suka, sayang, curhat-curhat (curahan hati), bila emosi terganggu oleh persekitaran seperti bf/gf korang kantoi ada scandal dengan orang lain, sakit hati dengan majikan yang menjengkelkan, tak puas hati dengan rakan sekerja dan macam-macam lagi rasa; korang akan YM dengan teman-teman rapat yang ada dalam friendlist korang tu kan?
Aku nak tanya korang, korang pernah tak? Masa korang online, korang tak tegur pun kawan-kawan yang tengah online jugak tu? Tak semua kan? Hah, kenapa? Sebab bosan kan? Walaupun jumpa secara virtual sahaja. Tak tegur. Kan kan kan?
Aku pun macam tu.
Kadang tu, kita online. Available. Tapi kita takda mood nak borak-borak, gebang-gebang dengan orang lain. Kadang tu bukan apa. Sebab dah selalu sangat online. 24/7. So sampai dah ketandusan idea. Tak tahu nak buka topik apa lagi untuk dibualkan.
Betul?
Hah, aku cuma nak kongsi. Korang tau tak? Ada satu tahap tu, aku merapu dengan kawan aku. Games semua dah tak larat nak main sama-sama. Doodle IMvironment pun dah tak larat dah nak lukis-lukis. Balik-balik aku lukis bunga, rama-rama, bunga tulip, pelangi, pemandangan, sawah padi, burung terbang dari jauh dsb.
Sebenarnya macam-macam kita boleh buat dengan YM ni. Bukan setakat mengadu domba je tau. Borak-borak kosong. Zzzzzz...
Selalunya, kalau aku bosan, aku dengan kawan aku sorang ni selalu buat benda-benda bodoh kat dalam YM. Contohnya seperti main teka lirik lagu, karaoke secara menaip dan yang paling menyeronokkan..... Perang Audibles..
Perang Audibles ni kerap kali aku lakukan dengan Nairus Nordin. Ha ha ha. Kelakar weh. Selain boleh belajar bahasa-bahasa lain seperti Tagalog, Tamil, Masti dsb, kita jugak akan jumpa dengan audibles yang sangat menggelikan hati.
Ada sekali tu, explore punya explore, aku terjumpa satu audible yang agak berunsurkan sexual harassment. Sungguh! Aku tak tipu. Buat apa nak tipu. Tak dapat duit pun. Huhu. Aku siap sebarkan lagi kat kawan-kawan semua.
Audible tu menunjukkan seorang orang tua yang botak kepalanya (macam bos aku). Dia cuma cakap.. "Slurp! Lollipop!".. Macam sial.. Korang carilah!
Audibles > International > Tamil
Hu hu hu..
Selamat mencari..
Lotsa Lurve;
B. Disgrace
nie nak bagi informasi k atau sembang kosong juga.
ReplyDeletebos ko sape er?
perlu ke jawab?
ReplyDeletebos banyak ah..
GM, sow je ada 2, TM ada dua gak, exec puspel, sr exec OM ada 2 gak, exec ijob gedik yang baru masuk..
huhu!
ReplyDeleteym best sbb simple..
dulu aku lagi suke irc
;)
the best ever :)
irc bosan la takda smiley..
ReplyDelete