Tuesday, 4 August 2009

i find english is VERY boring, for the first time in my life

Aku baru lepas makan charcoal tablet yang Zam bagi. Gastric lagi. Adehh..

Tajuk entri kali ni. (Babi). Dang! <--- kata-kata kesat. (Tension).

Terus terang aku cakap, sejak aku bersekolah dari darjah 1 sampailah sekarang ni, inilah kali pertama aku rasakan yang English ni adalah subjek yang membosankan. Argh!

English for Oral Communication. Huh! Tak sangka benda yang sangat simple. Bila kita pelajari dengan lebih mendalam, ia menjadi sangat sukar. Korang faham tak? Aku tak sangka sebenarnya subjek ni ada final paper. Aku ingatkan sekadar assignments, oral, presentation sahaja. Terkena betul kali ni. The whole class in fact, terkena. Tak budget langsung kami ia akan ada kertas untuk peperiksaan akhir. Sengal. Kejung kami semua.

Yelah, selama ni lecturer kami hanya tekankan tentang tugasan saja masa tutorial. Tiba-tiba aku berkecil hati dengan lecturer aku. Huuuu~ Dia cuma ada bagi contoh soalan berjawapankan 4markah. Tupun dua kali. Sekali diminta untuk dibincangkan dalam kelas dan satu lagi diminta untuk dibualkan di dalam forum atas talian. Dan lagi, ada yang dimintanya untuk kami bincangkan sesama sendiri di dalam kumpulan secara on the spot. Hah, itu memang senang. Create a dioalogue from the given situations. Senanglah. Ini, tanya :

"Explain what is RECEIVED PRONOUNCIATION?"

Apa ke bendanya tu? Dalam modul pun takda. Ke ni modul lama? Aku punya format baru?Haihh.. Tahlah pening kepala aku.. Huuuuu... Nak nangis..

Takmolah sampai tak dapat jawab esok.. Ya Allah Ya Tuhanku, lorongkan hambaMu ini ke arah kerajinan.. Amiin~


Ini dia Modul, Notes dan Past Year Exam Paper + 'Pensel tekan' Pilot ku ;8)









Masih berdoa;
B. Disgrace

6 comments:

  1. Beb, odul kau ni simpan. nanti aku nak pnjam. :p
    selamat berjaye.

    ReplyDelete
  2. nad,'Pensel tekan' Pilot mu itu yg ms kat PDT dulu ke?

    ReplyDelete
  3. @Ann Asmara-baik! ;8p terima kasih..

    @Erliana-tak. ni shaker. baru. masa kat poli kaler purple. mu punya yg kaler biru. yg lama tu ex-bfku menghilangkannya semasa camping setahun yang lalu. :8(

    ReplyDelete
  4. aku pun dah lupe aku punye kaler ape..haha..dah lame ilang..tp aku masih simpan lagi pic yang ade pensel tekan kite berlima..kene tgk balik la..:8)

    ReplyDelete
  5. aku purple. ko biru. linda merah. najwa oren. umi aku tak ingat. biru gak kot? agaknya lah.. aku pun ingat2 lupa.

    ReplyDelete
  6. yang aku ingt ade 2 kaler biru..

    ReplyDelete