Friday, 10 July 2009
Dia
From my personal observation..
Kes malam tadi. Dia standby. Jaga Zon Utara n Tengah. Tah, apa tah. Kes tu masuk. Dia pergi check. Dah sampai site, cakap suruh hold dulu. (KIV). Pastu, orang dalam cancel kes dulu. Pagi ni buat kes baru. Guna nama bos. (Manager). Sekali, batal pulak. Cakap jangan buat. (Aku pun pening ni..). Aku pulak yang sakit otak. Oi, diam!! DIAM!!! Aku stress lah!! Sengal-sengal telinga. Aduh... Diam.. Nasib ada Humai. Penyelamat keadaan. Dia tenangkan semua orang.
Haishhh..
Kalau aku jadi Man, aku malas nak carik gadoh ngan dia. Dia. Dia mmg akan menang kalau bergadoh mulut camtu. Walaupun aku bercinta dengan dia takdalah lama sangat. But, aku kenal dia teramatlah sangat. Dia sangat pandai dalam argue-meng'argue' ni. Mengikut pengalaman aku, 10 (anggaran kasar sahaja. sebenarnya banyak lagi. sangat banyak!) gaduh dengan dia, dua je aku menang (ni memang angka yang sahih). Satu menang betul. Satu lagi menang tipis je. Harem!
Tadi hangat gila. Aku pun tiba-tiba rasa temperature aku naik. Satu floor ni panas. Hmm, camtulah kerja kat sini. Setahun at least sekali mesti ada perbalahan macam hari ni.
Sekarang, dah senyap. Masing-masing dah balik ke workstation masing-masing. Dia? Dia naik ataslah. Meja dia kat atas. Mesti tengah panas tu kat atas. Sesi umpatan. Yahahaha~
Korang jangan ingat perempuan yang suka mengumpat. Ofis aku ni, 98% lelaki. Semua kaki mengumpat dan suka bergosip liar. Propa pun suka sangat diorg sebarkan. Pape berita hangat, tau je diorg tu. Bila cakap diorg suka mengumpat. Diorang cakap diorg ALERT. Ah, blah lah!
Tidak bingit lagi.
B. Disgrace
Sesungguhnya, aku rindu babahku :8(
This is a piece of something that i wrote for my brother's status on Facebook. Expressing my feelings towards my late father. He (my brother) said he thinks of him. Just wanted to share it here. And...
Of course.
Yes, i miss babah too.
I miss his gudang garam fumes.
I miss him loitering around the living room.
I miss him nagging when we did mistakes.
I miss buying him stuffs.
I miss the times when we both discuss about the future over teh tarik.
I hate myself for scolding him when he spill nescafe/milk on the kitchen cabinet.
I hate myself when i remember the fights we had.
I hate myself when i remember how i always argue with him.
I'd cry each night as the vision of burying him plays on n on in my mind.
It'll burst me into tears when in see his stuffs around the house.
His work table.
His stationary.
That pewter letter opener.
Those ABBA files.
The mug lids.
I'd think of him each time when i pass by those racks in book stores where they display leather organizers.
Black, to be specific.
I'd think of him when i listen to the songs that we used to sing together.
Brings me to tears, again.
(Hugs)
♥,
is this what we really want/need?
Kecewa. Dua-dua.
Malam tu rupanya diorg dah announce kat tv yang PPSMI akan dimansuhkan 2012. Hmm. Tahla. Aku cukup tak faham kenapa diorang nak mansuhkan benda yang akan bawa kebaikan pada semua orang di masa depan. Shallow/narrow-minded. Sila buka minda anda. Tak banyak. Sikit pun cukuplah.
Aku dengan Nairus cukup tak sokong. Kitorang borak-borak pasal ni. Lama jugak lepak. Malas nak cakap lebih-lebih kat sini. Nanti dapat call pulak dari ISA. :8)
Aku ada banyak point kenapa aku sokong PPSMI. Salah satunya, aku ambik contoh pada diri aku jugak. Aku belajar dulu kat poli je. (Maknanya, dalam BM lah tu medium pengantarnya). Lepas dapat diploma, aku kerja banyak tempat. From insurance company to JUSCO supplier to bank. (International bank).
Lepas tu semua baru aku dapat kerja yang sama dengan line yang aku belajar.
Tempat yang aku kerja sekarang ni tak guna English sepenuhnya. But there are some important meetings the headquarters yang menggunakan BI. So, aku sebagai 'kaki report' (penyedia report) tau lah sikit-sikit technical terms in English. Hari tu, aku kena pergi main office, boss panggil. Aku pun lepaklah kat dalam bilik manager aku. Sambil tu baca the company's latest monthly bulletin. Basicly, it's in English lah kan. 3, 4 kali jugak aku selak buletin yang tak berapa nak tebal sangat tu. Lama sangat tunggu boss aku. Last-last aku fed up dan baca je content dalam tu. Sekali aku terjumpa dengan satu technical term yang aku tak pernah dengar. Kebetulan depan aku ada kawan aku M&E executive. Aku tanya dia : Weh, binatang apa ni? Dia pun tak tau. Tapi dia cuba gak nak analyse dari struktur ayat tu. Pastu aku kecohlah satu bilik tu aku tanya soalan. Kat semua org. Pastu aku tanya sorang lagi colleague aku ex-UTM Semarak. Apa? Dia pun tak tau.
Last-last aku tanya je manager aku yang tengah busy atau mungkin buat-buat busy sebab stress dengan meja dia yang totally disorganised tu. Atau mungkin dia pening fikir valve mana nak tutup untuk kes valve cracked dekat dengan Velodrom tu. Tu topik hangat minggu tu. Aku bacalah ayat tu. (Sebenarnya aku dah lupa apa perkataan yang aku jumpa tu. Hehe.). Dia pun tak tahu. Pastu, dia datang kat aku. Nah, technical dictionary! Carik sendiri..
Aku tahu dahlah perkataan tu. Dalam BM-muka sauk.
Boring kan? Biarlah. Blog aku. Sukahati akulah kan? Tak, sebenarnya aku terganggu dengan org ofis yang datang singgah kat meja aku masa aku tulis pos ni. Terbantut semua idea aku. Sorry ya.
ps : Bacalah blog Tun Mahathir.
Di Ofis:
B. Disgrace
Monday, 6 July 2009
bengkak mata aku..
tak sabar nak tunggu next episodes to be uploaded in youtube. i am currently addicted to Warkah Terakhir. (thanks to ieja n the shamimi twins!!).
cerita ni sangat menusuk kalbu. tadi aku post kat status saying that i am watching the series on youtube. yg komen si lan.
it sounded like this: takda cerita yang lagi menarik ke ko nak tgk?
ha, dah tengok ke belum? tengok dulu before u have a tiny intention of criticising the series. marah aku. huhu. cerita ni bagus. aku suka sangat. pelakon-pelakon dia pun bagus. semua handalan.
jadi, dengan ini, aku nak promote supaya kawan-kawan semua tengok cerita ni. yang takda astro tu, cuba-cubalah usha kat youtube. memang sengal ubi loading lambat. but it's worth waiting.
aku nak sambung tengok part akhir dalam episod 6 ni kat youtube.
off to membengkakkan mata.
♥.B. Disgrace
Sunday, 5 July 2009
eh, mana note cards saya?
papepon, aku rase insyaAllah aku boleh ada confident tu tengahari karang. aku dah dapat therapy di saat-saat akhir malam tadi. yahahahaha. *god bless* ye, semoga.. semoga.. insyaAllah.. :8) bagus kan? ahhh, seronok saya semalam. hihihi lalalalallaaaa~ mahu bernyanyi lagi.. yes, nadia.. keep on humming that lalala song. jangan happy sangat sampai jatuh tersungkur semula.
yes, i used to hilang kewarasan itu. patah semangat di pertengahan jalan tapi........... ianya sangat berbaloi semalam. semua dah terbayar. gembira saya. aku terus call najjah. mahu kongsi saat manis itu. (manis ke? manis lah sangat, kan? cesss!) takpe, korang mmg takkan faham. sebab mmg aku takmo bagi korang faham. purposely. yes..
ok, ni aku baru lepas practice dengan mak aku. hopefully, aku bukanlah calon pertama untuk tengahari ni. sengal ubi kang aku. tergagap2. (ouh, alarmku berbunyi sudah). it's already eight rupanya. aku saja je curi masa tulis blog ni sebab nak hilangkan rase gugup. (ah, alasan.....) hahahaha.. takde2.. memang lah..
nak tau? perangai saya teruk lagi. hmmm, for this whole past two weeks i never had opened my ODL n Entrepreneurship textbooks. hampas kan? kedegilan melanda. sangat liat. yelah, aku sibuk. mana dengan kerja lagi. dengan assignment lagi. speech ni lagi. takde hiburan pun. ouh, tipu pulak rasa.. frinjan tu apa? bukan hiburan? hahahaha.. yelah, exceptional itu. frinjan tu dimensi baru. bukan selalu pun aku ada peluang nak join.. hah, urbanscapes pun aku tak pergi. hiiiiiii~ :8p
ok lah, perlu mandi. siap2 mahu ke kelas. doakan kelancaran untuk semua aktiviti hari ini. kelas mungkin habis lewat petang. atau mungkin membawa ke malam.
off dulu.
Terbang di awangan:
B.Disgrace ♥
Saturday, 4 July 2009
sasau saya..
lagi satu, ada sasau positif juga malam ini. suka saya. well, that's for me to know and for you to find out. harap maaf. i want to keep the news to myself sahaja. faham? hahaha..
lalalala. saya rasa mahu bernyanyi2 sahaja. suka. lagu riang ria. lagu ribena.
ahaks.
B.Disgrace : suka hati.
tadi siang
fuhhhh! at last siap jugak speech n slide aku. but the slides need to be touched up tomorrow.. kena rearrange a few points accordingly to the speech. hihi. papepon, thanks to my barisan rakan2 yg sangat banyak membantu. my head of mentera guru is nairus. tapi bukan free.. pempuan tu aku kena rasuah belanja dia kat chilli's. haha.. blekkkk~
i don't care. as long as my assignment will be done nairus. terima kasih. hikhikhik. ouh, betul kata farezaa, kerja sambil belajar adalah sangat mencabar. Ir pun ada cakap banyak kali. ist! takpe.. takpe.. lagi 4 tahun tak payah susah2 lagi.. uhuk3..
oh ye, actually, tadi sebelum gerak ke ofis Pn Nora aku lepak2 ngan Yassin. teman die main game kat fon aku. dia standby hari ni. tapi takde komplen sangat. so lepak2 aje. pastu, lepak2 lah sekali dengan En Rauf, En Mangin n Andy. Chehhhhhhh.. sume cerita pasal kahwin.. bosan aku... semua perkara2 lucah je. tapi suruh aku stay, tapi bercerita benda camtu. macamlah aku nak dengar sangat.. Huhhhh! bosan lah kadang2 kat ofis tu. takde benda lain agaknya nak cerita. dari zaman aku bercinta dulu sampai la. tak habis2 gossip dalam kain. dol mat betul.
hmmm.. hari ni aku siapkan Appendix 6.0 on time. just before lunch aku dah email kat Ieza n Shahrum. takda lah shahrum menyalak kat aku bulan ni. hahahaha.. cuma pagi tadi je dia suruh ieza call aku mintakkan Appendix tu.. hihihi.. walaupun ada satu leak yang exceed 24hr client charter, aku berjaya menangkas masalah itu. aku letak je the exact problem at site. sekarang tak payah bagi boss baca. yang penting siap. diorg nak kuantiti. bukan kualiti. lalalalalalala~ korang percaya tak isnin nanti ada kemungkinan boss2 semua call aku tanya pasal kes tu? yahahahahaha.. blekkk~
dahlah, aku nak tido. esok nak pergi jogging dengan Pn Nora. :8)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yAwnnnnnnnnnn;
B. Disgrace