Ofis. Empat enam belas minit petang. Bising. Bingit telinga aku. Diorg tengah gadoh pasal kes kat Jalan Rembia. Org dalam vs Org site. Erk. OMG. Suara dia dah tinggi. Erghhhhhh!!..
From my personal observation..
Kes malam tadi. Dia standby. Jaga Zon Utara n Tengah. Tah, apa tah. Kes tu masuk. Dia pergi check. Dah sampai site, cakap suruh hold dulu. (KIV). Pastu, orang dalam cancel kes dulu. Pagi ni buat kes baru. Guna nama bos. (Manager). Sekali, batal pulak. Cakap jangan buat. (Aku pun pening ni..). Aku pulak yang sakit otak. Oi, diam!! DIAM!!! Aku stress lah!! Sengal-sengal telinga. Aduh... Diam.. Nasib ada Humai. Penyelamat keadaan. Dia tenangkan semua orang.
Haishhh..
Kalau aku jadi Man, aku malas nak carik gadoh ngan dia. Dia. Dia mmg akan menang kalau bergadoh mulut camtu. Walaupun aku bercinta dengan dia takdalah lama sangat. But, aku kenal dia teramatlah sangat. Dia sangat pandai dalam argue-meng'argue' ni. Mengikut pengalaman aku, 10 (anggaran kasar sahaja. sebenarnya banyak lagi. sangat banyak!) gaduh dengan dia, dua je aku menang (ni memang angka yang sahih). Satu menang betul. Satu lagi menang tipis je. Harem!
Tadi hangat gila. Aku pun tiba-tiba rasa temperature aku naik. Satu floor ni panas. Hmm, camtulah kerja kat sini. Setahun at least sekali mesti ada perbalahan macam hari ni.
Sekarang, dah senyap. Masing-masing dah balik ke workstation masing-masing. Dia? Dia naik ataslah. Meja dia kat atas. Mesti tengah panas tu kat atas. Sesi umpatan. Yahahaha~
Korang jangan ingat perempuan yang suka mengumpat. Ofis aku ni, 98% lelaki. Semua kaki mengumpat dan suka bergosip liar. Propa pun suka sangat diorg sebarkan. Pape berita hangat, tau je diorg tu. Bila cakap diorg suka mengumpat. Diorang cakap diorg ALERT. Ah, blah lah!
Tidak bingit lagi.
B. Disgrace
No comments:
Post a Comment