Jerebu.
Sejak kebelakangan ni aku selalu diserang lelah. Menjadi-jadi. Aku ingatkan pasal aku dah dua bulan try stop ambik medications yang Dr Fazillah prescribe tu. Yo yo lah aku lawan. Tahan je bila kena serangan. Last2, malam tadi terjawablah semuanya.
Sangat teruk weh. Jerebu kali ni memang menyusahkan hidup aku. Kerap sangat aku sakit. Kat ofis pun aku selalu kena. Jangan cakaplah kat ofis tu. Semuanya pakai belasah je hisap rokok dalam ofis. Semua perokok tegar. Kalau boss pun pakai langgar je, apa lagi kalau setakat mentimun macam aku ni je yang sound. Takda kesan beb. Huh.
Sebab jerebu ni lah aku terpaksa mc lagi semalam. Serba salah jadinya. Aku memang tak suka dengan unplanned leave macam ni. Tanggungjawab dah cukup banyak. Bila Zam pun cuti semalam, aku kena buat kerja dia jugak. Tapi benda nak jadi beb. Nak elak macam mana kan? Aku sakit betul lah semalam. Eh, actually aku tak pernah lagi mc tipu. Ishh, mintak jauh.. (Eh, tak. Gadoh screening dulu aku ponteng. Tu EL lah tapinya.. Haha). Hmm, pagi semalam aku sms Man pagi2 lagi cakap aku masuk lambat sebab nak pergi amik nebulizer kat clinic.
9.30pagi aku pergi klinik yang dekat dengan rumah aku ni. Lelah dah subside sikit. Tapi, aku berkeras nakkan nebulizer tu sebab hari ni aku ada exam. It must be truly subside. Doktor pun bagilah gas. Tapi aku takda rasa pun kesan dia. Doktor tu kata sebab aku pakai symbicort which contains a high number of steroid, sebab tu aku tak rasa kesan nebulizer tu. Adehh.. Doktor tu kata nak bagi injection. Kirim salamlah. Dalam hati aku, doktor ni mesti nak 'tale' ING kaw2 ni. Ciss.. Aku katalah aku taknak. Pastu, doktor offer steroid tablets. Ha, ni aku setuju. Makan 4 hari je pun. Takda hal lah. Haha. Suka pulak saya. Ciss!
Ouh ya, doktor nak bagi mc for two days but aku refuse untuk menerimanya. Mesti panas hati boss aku. Ala, lagipun hari ni aku ada exam. And I've already applied my unrecorded leave for my exams. Tu pun tak jadi masalah sangat. Yang aku takut sekali semalam macam mana aku nak bagitau Man yang doktor bagi aku mc dan suruh aku rehat kat rumah. Last2, aku ambik keputusan untuk minta pertolongan dari Bani untuk sampaikan kat Man pasal aku sakit. Erk. Gila emo aku punya sms.
Meh aku kongsi gambar jerebu.
Jerebu di Sentul.
Maaf, resolusi gambar kurang memuaskan. (Tak nampak jelas kot jerebunya!). Aku malas nak masuk dalam semula and grab my digicam. Ngeh ngeh ngeh.
No comments:
Post a Comment