Wednesday, 29 July 2009

Gembira untuk dia. Juga sedih.


Aku baru pulang dari majlis tahlil dan doa selamat yang keluarga Zam adakan sempena majlis pertunangan Zam n Hajar di Taiping hari Sabtu ni. Aku gembira untuk dia. Nak tunang dah Zam. Lepas sorang, sorang bertunang. Berjangkit-jangkit. Hihi.

Tapi entah kenapa. Aku sedih pulak mlm ni. Ya, aku mmg ramai kawan lelaki. Tapi ni lah antara yang susah dan senang bersama. Kami dah lama kenal. Dah macam adik beradik. Mungkin itu sebabnya kenapa aku sedikit tersentuh macam ni bila dia nak bertunang. Rasa seperti keakraban kami akan berkurang hari demi hari yang bakal ditempuhi kelak.

Yelah, makin hari makin dekatlah dia nak kahwin. Mungkinkah bila dia kahwin kami dah tak boleh hangout macam dulu lagi? (Eh, aku menangis tanpa sedar).

Ya, dah lama sangat kawan. Aku dah anggap Zam macam abg aku sendiri. Jadi, bila dia bertunang dan seterusnya akan berkahwin maka aku rasa seperti akan ada orang tengah di antara keakraban aku dgn dia.

Ya, mungkin aku takda hak nak sedih2 macam ni. Aku cuma harap Hajar dapat jaga Zam sampai bila2. Aku doakan diorang bahagia sampai ke akhir hayat.

Harap hubungan mereka kekal hendaknya. Aku nak yg terbaik untuk kawan2 aku.

And Zam, if you're reading this, our friendship remains. ;8)

Aku dan Zam, sekitar majlis itu. Malam tadi. ;8)
Photo taken by En Rabani Naruto Sulaiman. Hehe~


Happy for them;
B. Disgrace

Sent from my iPhone

2 comments:

  1. ko tunang la segera. tgu pa g..

    ReplyDelete
  2. hurm..jgn sedey2 ok..nnt turn nard plak ntah mcm ne plak..musti ramai yg envy nnt..huhu..

    ReplyDelete