Rabu malam Khamis lepas aku keluar karox dengan Nairus. Lepas tu kitorang lepak supper kat tempat biasa, Jalan Kolam Air. Lepak. Makan. Lepak. Borak. Borak kosong. Makan. Minum. Borak lagi. Silence. Login Facebook Mobile.
Kecewa. Dua-dua.
Malam tu rupanya diorg dah announce kat tv yang PPSMI akan dimansuhkan 2012. Hmm. Tahla. Aku cukup tak faham kenapa diorang nak mansuhkan benda yang akan bawa kebaikan pada semua orang di masa depan. Shallow/narrow-minded. Sila buka minda anda. Tak banyak. Sikit pun cukuplah.
Aku dengan Nairus cukup tak sokong. Kitorang borak-borak pasal ni. Lama jugak lepak. Malas nak cakap lebih-lebih kat sini. Nanti dapat call pulak dari ISA. :8)
Aku ada banyak point kenapa aku sokong PPSMI. Salah satunya, aku ambik contoh pada diri aku jugak. Aku belajar dulu kat poli je. (Maknanya, dalam BM lah tu medium pengantarnya). Lepas dapat diploma, aku kerja banyak tempat. From insurance company to JUSCO supplier to bank. (International bank).
Lepas tu semua baru aku dapat kerja yang sama dengan line yang aku belajar.
Tempat yang aku kerja sekarang ni tak guna English sepenuhnya. But there are some important meetings the headquarters yang menggunakan BI. So, aku sebagai 'kaki report' (penyedia report) tau lah sikit-sikit technical terms in English. Hari tu, aku kena pergi main office, boss panggil. Aku pun lepaklah kat dalam bilik manager aku. Sambil tu baca the company's latest monthly bulletin. Basicly, it's in English lah kan. 3, 4 kali jugak aku selak buletin yang tak berapa nak tebal sangat tu. Lama sangat tunggu boss aku. Last-last aku fed up dan baca je content dalam tu. Sekali aku terjumpa dengan satu technical term yang aku tak pernah dengar. Kebetulan depan aku ada kawan aku M&E executive. Aku tanya dia : Weh, binatang apa ni? Dia pun tak tau. Tapi dia cuba gak nak analyse dari struktur ayat tu. Pastu aku kecohlah satu bilik tu aku tanya soalan. Kat semua org. Pastu aku tanya sorang lagi colleague aku ex-UTM Semarak. Apa? Dia pun tak tau.
Last-last aku tanya je manager aku yang tengah busy atau mungkin buat-buat busy sebab stress dengan meja dia yang totally disorganised tu. Atau mungkin dia pening fikir valve mana nak tutup untuk kes valve cracked dekat dengan Velodrom tu. Tu topik hangat minggu tu. Aku bacalah ayat tu. (Sebenarnya aku dah lupa apa perkataan yang aku jumpa tu. Hehe.). Dia pun tak tahu. Pastu, dia datang kat aku. Nah, technical dictionary! Carik sendiri..
Aku tahu dahlah perkataan tu. Dalam BM-muka sauk.
Boring kan? Biarlah. Blog aku. Sukahati akulah kan? Tak, sebenarnya aku terganggu dengan org ofis yang datang singgah kat meja aku masa aku tulis pos ni. Terbantut semua idea aku. Sorry ya.
ps : Bacalah blog Tun Mahathir.
Di Ofis:
B. Disgrace
No comments:
Post a Comment