Salam.
Hmm. Terbaru. Tulang belakang aku sakit. Aku rasa macam dah bengkok sebab aku sangat sibuk di ofis. Sejak aku cuti minggu lepas, naik je cuti KL dah sibuk dengan kursus HSE tu. Lepas sorang, sorang kena attend. Dahlah unit aku mmg kekurangan orang-orang yang berkaliber tinggi macam aku ni. Hahaha. Takda, takda. Aku gurau. Haha. Geli je cakap macam tu. Hee~
Kebetulan masa semua orang kat KL tengah sibuk berkursus, masa tu jugaklah kat Kg Cheras Baru heboh dengan kes takda air. Hadoi. Ribut. Kejang-kejang tangan aku melayan kes kat p5 tu. Nak muntah. Sebab tu lah aku punya tulang belakang makin membengkok. Makin kurang lurus. Start semalam dia dah makin sakit. Lepas tu macam terbonjol keluar. Tak tahulah kalau tu perasaan aku je.
Tadi, aku tak tahan sangat sakit. Jadi, aku pinjamlah Bani punya minyak angin gamat tu. Panas. Sedap. End up, minyak tu aku termisplaced lalu jatuh tah ke mana tah menghilang. Aku rasa macam jatuh masa aku keluarkan fon dari poket uniform aku masa pergi minum kat Tengkorak tadi petanglah. Haihhhhh! Matilah. Mesti Bani marah ni besok... Huuuu~ Takut saya.. :8(
Atau, mungkinkah aku tertinggal semasa melarikan diri dari boss ke tingkat atas? Hopefully adalah minyak tu kat meja Yassin kat atas tu. Kalau tak, kenalah ganti mamat tu punya. Huuuuu~ Aku tak tahu macam mana nak bagitahu kat dia besok. Ntah2 minyak tu tunang dia yg bagi ke? Matilah aku! Mana nak carik. Tu brand susah nak carik je macam. Huuuuu~
Ha, ouh ya. Tadi kan masa on the way nak balik rumah ada satu accident kat Sentul Link. Kalau dari Mahameru, betul-betul sebelum simpang yang nak masuk ke D7 tu. Jalan Sentul Indah tak silap aku. Gila weh. Sebijik Range Rover, warna maroon. Tiba-tiba ada kat atas divider. Dalam keadaan 90 darjah berlawanan dengan concrete divider itu. Gila. Nasib baik aku berada di situ pada waktu itu. Kalau aku berada awal dari waktu itu, mungkinkah aku yang akan terlibat sekali dalam nahas tu?
Aku sempat on camera kat fon aku. Tapi, I didn't managed to snap the accident. Sebab sungguh susah pakai fon touch screen ni. Sekian, terima kasih. Hampa. Ingatkan dapat tadi. Cek kat traffic light depan tu, HAMPAS! Takdo. Ciss.. Hampa saya.
Hmm, tadi kat ofis En Azmi datang. Aku takda masa dia berlegar-legar kat dalam ofis. (Pergi minum). Masa aku sibuk buat kerja dia meeting. Aku pun blahla pergi minum dengan Nuar, Rajoo and Uncle Singam. :8)
Sampai-sampai je ofis aku tengok orang tua tu ada kat tempat aku. Belek-belek laptop Nairus. (Nairus, kalau laptop kau ada porno, kantoilah tadi dengan Manager aku!). Hmm, nasib baik laptop aku tengah 'sakit'. Kalau tak habislah dia explore semua gambar-gambar aku. Tu pun tadi dah agak kantoi sebab dia duk baca agaknya apa aku YM dengan kawan-kawan. Haha. Siapa suruh baca. Memang ada kutuk boss pun tadi. Yahahahaha.. :8p
Malam ni aku plan nak tido lambat. Nak settlekan assignment. As usual, aku dah pun mintak tolong kawan-kawan untuk menyemak assignment itu. Hehe. Thanks Mimi. Jasamu dikenang. Wan juga. Reggy juga. Abg Is juga, walaupun tak dapat tolong. :8)
Sekarang adalah masa untuk bekerja untuk tugasan. Goodnight. Sekian.
Salam.
Kesakitan yang tidak terbendung lagi :
B. Disgrace
No comments:
Post a Comment