Wednesday, 29 July 2009

kehampaan

Pengumuman.

Laptop aku masih 'demam'. Masih berada dengan En Weck. Dalam sesi kuarantin di sana.
Jadi, lama lagi kot untuk aku nak update blog ni. Ni pun curi masa kejap kat ofis. Hihi.

A little update.

Jumaat malam Sabtu ni aku pergi Taiping dengan Sufiah. Yeay! Dah lama tak jumpa dia. ;8)

Ok, mahu pulang.


Out.
B. Disgrace

Gembira untuk dia. Juga sedih.


Aku baru pulang dari majlis tahlil dan doa selamat yang keluarga Zam adakan sempena majlis pertunangan Zam n Hajar di Taiping hari Sabtu ni. Aku gembira untuk dia. Nak tunang dah Zam. Lepas sorang, sorang bertunang. Berjangkit-jangkit. Hihi.

Tapi entah kenapa. Aku sedih pulak mlm ni. Ya, aku mmg ramai kawan lelaki. Tapi ni lah antara yang susah dan senang bersama. Kami dah lama kenal. Dah macam adik beradik. Mungkin itu sebabnya kenapa aku sedikit tersentuh macam ni bila dia nak bertunang. Rasa seperti keakraban kami akan berkurang hari demi hari yang bakal ditempuhi kelak.

Yelah, makin hari makin dekatlah dia nak kahwin. Mungkinkah bila dia kahwin kami dah tak boleh hangout macam dulu lagi? (Eh, aku menangis tanpa sedar).

Ya, dah lama sangat kawan. Aku dah anggap Zam macam abg aku sendiri. Jadi, bila dia bertunang dan seterusnya akan berkahwin maka aku rasa seperti akan ada orang tengah di antara keakraban aku dgn dia.

Ya, mungkin aku takda hak nak sedih2 macam ni. Aku cuma harap Hajar dapat jaga Zam sampai bila2. Aku doakan diorang bahagia sampai ke akhir hayat.

Harap hubungan mereka kekal hendaknya. Aku nak yg terbaik untuk kawan2 aku.

And Zam, if you're reading this, our friendship remains. ;8)

Aku dan Zam, sekitar majlis itu. Malam tadi. ;8)
Photo taken by En Rabani Naruto Sulaiman. Hehe~


Happy for them;
B. Disgrace

Sent from my iPhone

Monday, 27 July 2009

Sambil makan sambil update blog

Hehe.

Aku tgh mkn ni. En Din yg belikan. Kirim. Hmm. En Din selalu belanja
kami. Biasanya kalau keluar minum/mkn ramai2 mesti En Din yg belanja.
Murah rezeki org tua tu. Amiin~

Hari ni boss aku perangai macam haram. Aku rasa mmg hobi dia suka
pressure org lah. Kesian. Lonely camtulah. Haihh. Tapi tak bising
pulak dia aku hantar report tu lambat. (Aku dah ckp tak boleh siap
before lunch tapi diorg degil). Before buat report kena buat penugasan
dulu kat p2. Dah settle kes as at semalam barulah boleh buat report tu.

Penatlah nak explain. Dah beribu kali kot aku terangkan work flow
sistem tu mcm mana. Tak reti2.

Ouh. Tadi Ann ajak bernovell dgn dia. Tapi rupanya aku punya novell id
dah expired. Ciss. Belum sempat bagitahu Su n Hafiz lagi. Biarlah
dulu. Tak penting. Hari ni mood aku baik nak buat kerja. Hehehe. Poyo.

Jap lagi nak pergi karox dgn Nairus after work. Kat Mutiara Complex,
Jln Ipoh.

(Selingan jap. Gila layan nasi goreng kampung dgn air tembikai.)

Hmmm. Aku mmg dah kemaruk nak karox ni. Smlm dah ajak Zam dan rakan2
lain karox. Tapi korum tak cukup. Ada yg standby, ada yg blk kampung.

Semalam after class aku fetch mak aku n kami perfi The Mall. Aku nak
pergi beli cd Lady Gaga n pensel 2B. Buat persediaan awal untuk exam.
Hari tu aku paw pensel Zairol. So ingat nya niat di hati nak gantilah.

Cd Lady Gaga tu. Ada Malaysia Edition je kat Speedy The Mall. Beli
jelah. Masa org kedai tu ambikkan cd tu untuk aku, kat belakang cd
Lady Gaga tu cd Lenka. Tergoda. Lalu terus membeli keduanya. Setan!!!
Tapi mmg dari bulan lepas nak beli Lenka punya album.

Oklah. Layan gak lagu2 LG tu. Aku beli sbb fikir nak kan lagu2 fast
beat baru dalam kereta sbb Jumaat malam ni nak pergi Taiping untuk
majlis Zam n Hajar. Kalau layan cd2 yg aku ada tu mesti mengantuk.
Haha. Yelah. Lagu indie byk yg emo2. Putus cinta la cinta tak
berbalaslah. Bla bla bla. Hihi.

Lagipun kalau kang aku pasang lagu Kofin Kanser kang Najjah ngan Nuar
pening pulak. Ahahaha.

Oklah. Nak start kerja. Eh, dah 5.20pm. Tak sedar masa berlalu.
Rupanya aku mkn lewat gila hari ni. Huh! Hidung pun dah sejuk ni minum
air tembikai byk sgt. Yahaha.

Ouh wait. Jap jap! Lupa nak cakap pasal laptop. Aku bakal meniti hari2
tanpa internet yg tidak bersempadan. Laptopku dijangkiti virus. Trojan
tu. Mlm ni after karox nak hantar kat Weck. Semoga diberkati. Weck
akan tolong menbunuh virus2 yang tidak diundang itu. Thanks Weck!!
Sapa kata org Melaka jahat. Baik tau org Melaka. Saling bantu
membantu. Uhuhuhu.

Out.
B. Disgrace

Sent from my iPhone

Saturday, 25 July 2009

Terbaru

Salam.

Hmm. Terbaru. Tulang belakang aku sakit. Aku rasa macam dah bengkok sebab aku sangat sibuk di ofis. Sejak aku cuti minggu lepas, naik je cuti KL dah sibuk dengan kursus HSE tu. Lepas sorang, sorang kena attend. Dahlah unit aku mmg kekurangan orang-orang yang berkaliber tinggi macam aku ni. Hahaha. Takda, takda. Aku gurau. Haha. Geli je cakap macam tu. Hee~

Kebetulan masa semua orang kat KL tengah sibuk berkursus, masa tu jugaklah kat Kg Cheras Baru heboh dengan kes takda air. Hadoi. Ribut. Kejang-kejang tangan aku melayan kes kat p5 tu. Nak muntah. Sebab tu lah aku punya tulang belakang makin membengkok. Makin kurang lurus. Start semalam dia dah makin sakit. Lepas tu macam terbonjol keluar. Tak tahulah kalau tu perasaan aku je.

Tadi, aku tak tahan sangat sakit. Jadi, aku pinjamlah Bani punya minyak angin gamat tu. Panas. Sedap. End up, minyak tu aku termisplaced lalu jatuh tah ke mana tah menghilang. Aku rasa macam jatuh masa aku keluarkan fon dari poket uniform aku masa pergi minum kat Tengkorak tadi petanglah. Haihhhhh! Matilah. Mesti Bani marah ni besok... Huuuu~ Takut saya.. :8(

Atau, mungkinkah aku tertinggal semasa melarikan diri dari boss ke tingkat atas? Hopefully adalah minyak tu kat meja Yassin kat atas tu. Kalau tak, kenalah ganti mamat tu punya. Huuuuu~ Aku tak tahu macam mana nak bagitahu kat dia besok. Ntah2 minyak tu tunang dia yg bagi ke? Matilah aku! Mana nak carik. Tu brand susah nak carik je macam. Huuuuu~

Ha, ouh ya. Tadi kan masa on the way nak balik rumah ada satu accident kat Sentul Link. Kalau dari Mahameru, betul-betul sebelum simpang yang nak masuk ke D7 tu. Jalan Sentul Indah tak silap aku. Gila weh. Sebijik Range Rover, warna maroon. Tiba-tiba ada kat atas divider. Dalam keadaan 90 darjah berlawanan dengan concrete divider itu. Gila. Nasib baik aku berada di situ pada waktu itu. Kalau aku berada awal dari waktu itu, mungkinkah aku yang akan terlibat sekali dalam nahas tu?

Aku sempat on camera kat fon aku. Tapi, I didn't managed to snap the accident. Sebab sungguh susah pakai fon touch screen ni. Sekian, terima kasih. Hampa. Ingatkan dapat tadi. Cek kat traffic light depan tu, HAMPAS! Takdo. Ciss.. Hampa saya.

Hmm, tadi kat ofis En Azmi datang. Aku takda masa dia berlegar-legar kat dalam ofis. (Pergi minum). Masa aku sibuk buat kerja dia meeting. Aku pun blahla pergi minum dengan Nuar, Rajoo and Uncle Singam. :8)

Sampai-sampai je ofis aku tengok orang tua tu ada kat tempat aku. Belek-belek laptop Nairus. (Nairus, kalau laptop kau ada porno, kantoilah tadi dengan Manager aku!). Hmm, nasib baik laptop aku tengah 'sakit'. Kalau tak habislah dia explore semua gambar-gambar aku. Tu pun tadi dah agak kantoi sebab dia duk baca agaknya apa aku YM dengan kawan-kawan. Haha. Siapa suruh baca. Memang ada kutuk boss pun tadi. Yahahahaha.. :8p

Malam ni aku plan nak tido lambat. Nak settlekan assignment. As usual, aku dah pun mintak tolong kawan-kawan untuk menyemak assignment itu. Hehe. Thanks Mimi. Jasamu dikenang. Wan juga. Reggy juga. Abg Is juga, walaupun tak dapat tolong. :8)

Sekarang adalah masa untuk bekerja untuk tugasan. Goodnight. Sekian.

Salam.

Kesakitan yang tidak terbendung lagi :
B. Disgrace

Thursday, 23 July 2009

Testing

Saja nak test post entry from email.

Testing 1 2 3..

B. Disgrace

Sent from my iPhone

erk..! baru teringat!

Minutes of meeting bulan lepas

Boss dah mintak. Hard copy dah ke mana tah. Aku kena type balik ke? ARGHHH!! Kenapa mesti ada virus?? Haihhhhhh!

Dahlah banyak gila. Matters of arising je lebih dari 5 kot. Mati. Raw material kat Nairus. Mati!

Takpe2. Sukor dah nak resign. Buat-buat lupa ok tak? Hehehe..


tak tahu nak letak tajuk apa.. :8D

Salam.

(Penat)

Aku baru lepas balik dari Majlis Housewarming di rumah Nuar kat Bukit Sentul. Penat. Heh! Hmm.. Takda apa yang menarik. Biasa-biasa je. Guests pun, budak-budak ofis jugak. Hari-hari aku tgk. Cuma, tadi adalah Azwad (yang dah hampir seminggu bercuti-mogok agaknya-) dengan wife nya Dila, Nazri Black (yang dah lama gila aku tak jumpa) dengan wife nya Alin, Humai (juga sedang bercuti sakan.-Balik Kedah, konon!!-), hostess-Nuar, Zam, Yassin, Mat Zan. Ouh ya, ex-bf ku (Dia) dan barisan konco-konconya. (Menyampah aku tengok).

Mula-mula Zam gerak dari ofis pukul 7. Aku stayback sampai 9lebih. Sekali, Zam call. Huh. Poyo-poyo cakap penyepit terlupa nak bawak. Ada kat tingkat atas. Aku telah dijadikan mangsa untuk menghantar benda alah itu kepada diorang. Aiseh. Baru terasa malas nak pergi tadi sebab takut terjebak sehingga lewat malam. Dahlah kat kuarters tu banyak gila nyamuk. Tak larat aku nak derma darah kat nyamuk-nyamuk Bukit Sentul tu.

Kawan punya pasal, aku pun hantarlah penyepit tu. Sampai-sampai je baru nak naikkan ayam kat atas grill. Hek aiiii... Rasa aku nak sepuk je budak 3 ekor tu tadi. Terhegeh-hegeh. Tadi pukul 6 baru nak pergi beli barang semua. Apa daaaa~

Lepas dah gaul-gaul semua bahan yang nak digrillkan, aku pun buat-buat busy lah masuk rumah Azwad-ambik dulang, pinggan bagai. Tak lama lepas tu Halim datang dengan segerombolan rakan taulan dia. Yang paling teruk, Si Bob yang menjengkelkan tu ada. Serius, aku annoyed gila doh dengan mamat tu. Macam bagus. Dari dulu aku memang tak suka dia. Yang Si Halim pulak greeted his friendly HELLO to me dengan menarik rambut aku. Cis bedebah. Dia dari dulu eh, memang berani buat benda-benda macam tu kat aku depan kawan-kawan dia. Meluat aku.

Kau kalau tak ganggu aku, tak senang eh?
Ala, karang kau cakap aku sombong pulak.
Haah! (Sarcasticly).
And he went away, membontot kawan-kawan dia yang useless tu.

Awkward.

I thought I can do this. But I can't. Dalam hati aku: Bila mak nak call ni suruh balik?? Tapi, aku buat derk jelah. Nasib baik Yassin datang tak lama lepas tu. Ada geng! :8) Sampai-sampai je, Yassin datang kat aku. Bisik:

Yassin : Pukul berapa ko sampai?
Aku : Hmm.. 9lebih. Apsal?
Yassin :Tu. (sambil point kat Halim guna mulut dia). Bila dia datang? Pukul berapa?
Aku : Alamak. Tak perasanlah pulak. Dalam 10 kot..
Yassin :Huh. Agak-agak ah.
Aku :Apehal?
Yassin :Kan dia standby dengan aku.. Jagalah sikit kerja.. Dah berapa bulan dah tak pernah ada kalau standby.
Aku :Biasalah, dia. Ikut suka dia je.

Hmm. Aku memang perasan pun. Dahlah semua orang asyik tanya pasal perangai dia je kebelakangan ni kat aku. Macamlah aku jaga. Haha, dulu bolehlah aku jawabkan. Sekarang pun aku nak jawab, letihlah beb. :8)

Cut that part.

Overall, the BBQ thing was ok lah. Went well. Tak tahulah Zam dapat balik awal ke tak. Hajar dah call dah tadi. Janji nak dating. Huhu. No komen. :8p



Hmm, ouh ya. Semalam aku attend HSE training kat Pantai Office. HSE-Health, Safety, E aku tak tau apa. Environment kot? Yahaha. By right, last week aku kena attend dah. Tapi kebetulan, fated mungkin, aku berjaya mengelaknya. Haha. Aku suka sebab aku ingatkan kursus HSE ni kursus yang memBOSANkan! Ternyata sebaliknya. Aku enjoy gila pergi kursus ni. Rasa nak pergi lagi je.

Kebetulan this last group terdiri daripada orang-orang yang banyak mulut. Antaranya Taufik Water Quality. Dengan loghat utaranya. Hakhak. Kelakar gila. Adalah jugak few guys from Unit Meter yang kelakar-kelakar (tapi aku tak kenal diorang). So, banyaklah lawak-lawak yang ditimbulkan semalam. Tapi, tak dapat nak kongsi. Sbb, aku dah sangat sakit belakang, Malas nak type panjang.

Aku suka HSE Officer tu. En Rostam. Pandai gila dia tackle kami semua. Most of the time, kami tak mengantuk pun. Kecuali masa yang dia terangkan 13 procedure dalam HSE. Tu memang sangat bosan, dengan flowchart yang panjang tu. Dahlah panjang, Fisz photostat kat A4 size paper pulak tu. Lagi berpinar-pinarlah bijik mata semua orang. Bluerrkk.. Muntah..

Hmm.. Yang paling aku suka bila En Rostam bagitahu yang dia tak sokong ETEMS dimansuhkan. Wuhuuuu.. Gilalah. Aku suka cara dia elaboratekan idea. :8) Teruja. Sampai aku ada perasaan nak email dia untuk tanya pendapat pasal assignment aku. Huhuhu. Ya, mungkin esok lepas aku siap emailkan report kat boss aku nak email kat En Rostam. Hihihihi.

Erk.

Adeh. Sakit belakang. Tidak terbendung sudah. Perlu meluruskan tulang belakangku. Huuuu~
Sakit gila!!

Salam.