There are a few reasons why I dont want this holy month of Ramadhan to end.
Here's some!
1. Allah janjikan pada semua hambaNya yang beramal kepadaNya dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
2. Puasa itu sesuatu yang bagus. Bagus untuk rohani, mental, fizikal. Sistem badan manusia juga perlu 'time off'.
3. Dalam sedar tak sedar, kita boleh banyak 'beriadah' semasa beribadat. Aku pernah dengar kat Tanyalah Ustaz di TV9, katanya, mengikut kajian sains, pergerakan yang kita lakukan semasa mendirikan solat adalah pergerakan yang bagus untuk sistem-sistem dalam badan kita, terutamanya pengaliran darah. (Sila google untuk info lebih lanjut). Subhanallah! Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
4. Reason yang paling sayu. Selepas azan Maghrib pada akhir Ramadhan/awal Syawal, semua hamba Allah yang telah kembali kepadaNya tidak lagi terlepas dari seksaan kubur. Betapa sayu bila aku memikirkan tentang arwah Abah aku. Lebih sayu bila tahun ini adalah tahun pertama aku tak dapat menziarahi kubur arwah kerana aku uzur. :( *Mari kita luangkan 4 minit masa kita untuk sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Abah aku. Ab Aziz Bin Ab Wahab*
Salam awal Syawal. Berayalah dalam keadaan yang serba sederhana. Semoga kita mendapat keberkatan dariNya di hari kemenangan kita tahun ini. InsyaAllah.
Xoxo
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment