Itu bagi aku.
Kenapa aku cakap macam tu, kerana pasti akan ada yang mahu argue dengan "Allah dah ciptakan manusia ini dengan sempurna". :)
Betul. Itu memang tidak terhujah lagi. :)
Namun, bagi aku, sempurna itu sendiri subjektif. Bahkan, kebanyakan kata adjektif itu subjektif. Setuju?
Contoh mudah :
Pedas - pedas untuk tekak seseorang itu berbeza-beza. Tak semestinya sama. :)
Begitu juga dengan perkataan sempurna. Manakan sama sempurna manusia dengan sempurna Yang Esa.
Betulkan aku kiranya aku salah.
***
Ianya suatu poin, tapi bukan itu yang nak aku point out kat sini kali ni.
***
Bagi aku, aku lebih berpegang pada kata "Nobody's Perfect". Apapun, manusia itu seharusnya bersyukur dalam ketidaksempurnaannya.
***
Begini :
Kau seharusnya bersyukur bilamana Dia jadikan kau tak sesempurna orang lain yang kau rasa sempurna.
Contoh 1 :
Kita semua mesti biasa dengan situasi ini. Seorang wanita muslim berhijab kerana rambutnya tidak selurus, sevolume, sesihat rambut orang lain.
Aku kata itu bagus. Ya, walaupun pada dasarnya wanita tadi tidak ikhlas berhijab. Tapi, menutup aurat itu wajib. Kalau itu alasannya dia berhijab, insyaAllah satu hari nanti dia akan matang dan ikhlas itu datang dengan sendirinya secara automatis.
Contoh 2 :
Wanita berkaki yang tidak cantik. Tak kiralah sama ada berbetis/peha seakan pemain bolasepak, atau mungkin lututnya gelap, atau kakinya berparut, atau kulitnya bersisik atau apa sahaja. Hasilnya, mereka yang dari golongan ini tadi tak punya keyakinan memakai mini skirts, hot pants dan sebagainya.
Juga, bagus bagi aku. Kenapa? Kerana bagi aku, Allah sayangkan mereka. Kerana mungkin, jika mereka punyai kaki yang cantik, mereka akan memakai sehabis pendek untuk memperagakan sepasang kaki itu. :)
***
Sebenarnya, banyak lagi contoh yang aku nak bagi. Tapi, sebab dah lewat sangat, mata aku pun dah makin mengecil.
Contoh-contoh lain ada di sekeliling kita. Apa kata korang look around and find them yourselves..? :)
***
Happy observing!
B. Disgrace
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment