Monday 2 November 2009

Manusia Pelik di Internet

Aku baru lepas baca perbualan secara terbuka kawan aku ni dengan
rangkaian kawan-kawan dia kat satu web komuniti.

Aku cukup tak faham.

Sekarang ni aku tengok dah jadi trend bercakap benda-benda kotor
secara terbuka. Laman web komuniti macam tu bolehlah dikategorikan
sebagai tempat awam. Seolah-olah bangga dan tanpa wujud walau
sekelumit rasa segan silu mereka lontarkan komen-komen yang tak manis.
Gadis tak elok berbicara begitu. Tak manis! Well, at least dont do it
publicly.

Tak kisahlah walau antara teman-teman rapat korang je kan. Tapi bila
korang bualkan benda-benda macam tu di 'tempat awam' begitu, mana
perginya maruah sebagai seorang muslimah.

Ya, aku tau. Aku sedar aku pun bukanlah sempurna. Bukanlah baik. Semua
orang pun pernah lakukan kesilapan. Tinggal lagi sama ada nak mengaku
atau tidak saja. Kan? Kamu setuju? Kamu pula, bagaimana? Tak setuju?
Aku tak suruh pun kamu baca.

Sambung balik.

Bagi aku, kalau itu antara kau dengan teman-teman kau saja yang boleh
baca takpalah. Takda masalah. Ini, satu extended network boleh baca.
Lagi pula kalau kena yang jenis pakai approve je kalau orang duk add
dia.

Karang, kalau orang pandang rendah, kau nak emo. Hah, apa? Kau cakap
kau tak pernah emo? Mungkin belum masa lagi kot. Kau tunggulah. Masa
tu akan tiba. Bila orang pandang rendah kat kau, kau marah. Padahal
kau yang dengan penuh bangganya 'canang' pekung kat dada kau tu.

Kalau ada yang terasa, aku minta maaf sangat-sangat. Aku cuma tulis
pendapat aku secara peribadi. I am not offending any of my friends.
Kalau tersedar, bagus. Alhamdulillah. Kalau ada yang melenting, nah,
itulah emo. Faham?

Fikir dulu sebelum menaip apa-apa juga komen dsb di internet. Verbal
bolehlah orang lupa. Kalau written ni, boleh copy and paste.

Ok, sekarang korang nak cakap yang aku overthink of it? Apa yang aku
rasa (dan tulis) ada rasionalnya. Fikirlah secara mendalam. Kalau
bukan kita yang jaga maruah kita, siapa lagi?

Korang rasa aku konservatif pula? Sukahatilah. Mungkin juga. Ada
perkara-perkara yang kita kena fikirkan secara konservatif. Kita kena
pandai bahagi-bahagikan. Kadang-kadang kita perlu kolot.

Apapun, ini hanya pendapat aku. Kalau tak puas hati, aku minta maaf.


Kolotkah aku atau kamu semua yang dah hilang rasa malu?
B. Disgrace

Sent from my iPhone