Showing posts with label kongsi gambar. Show all posts
Showing posts with label kongsi gambar. Show all posts

Tuesday, 12 April 2011

Pictorial Entry


mother-daughter


old friends


sunset, somewhere in Kajang


Zt's wedding, Senawang


trying to study

Sunday, 6 June 2010

Sekitar Kak Wa and Abg Fakrie Wedding Reception :)

Nadia and Ainfatin :)

Ainfatin and Pn Nora (emak saya)



Cousin Hakim & Cousin Yati




Pak Long Aris & Mak Long Noni



Ainfatin & Nadia :P




♥ Abg Fakrie and Kak Wa ♥



Kak Wa - Semasa sisa-sisa zaman bujang :P



Abg Fakrie - After nikah - Acara serah Mas Kahwin



Abg Fakrie & Kak Wa - on the dais
The Pengapits are : Abg Fakrie's cousin and Kak Norita :)



Abg Fakrie & Kak Wa - Upacara Potong Kek :)



Some piccies taken at the solemnization and wedding reception. :)
































Thursday, 11 March 2010

Rindu

Petang tu.
Hujan.
Pandu pulang.
Hujan lebat.


Laluan itu.
Laluan yang sama.


Waktu tu.
Saat tu.
Aku rasa sama.
Sama dengan hari tu.

Aku pandu.
Gagahkan anggota.
Fokus.
Pandu.

Radio memang tak on.
Tiba-tiba.
Aku menangis.
Terfikirkan Rhinestone Cowboy.
Seakan sedang terputar.

Aku teringat dia lagi.
Dia.
Yang dah lama aku tak jenguk.
Aku rindu dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Babahku.

Aku betul-betul rindukan saat begini.
Lepak dua beranak.
Minum teh petang-petang kat Restoran Kassim.
Restoran Kassim pun dah takda. Aku rasa seolah-olah semua memori di situ dibawa pergi bersama dengan dia. Tapi, setiap kali aku ambik corner dari blok aku ke Blok 33 aku mesti ingat teguran dia.
Beriya betul paut steering. Kan power steering, rilekslah.
Aku akan gelak kecil dalam hati. Cuba sorok rasa sedih.
Lagi, aku tak mungkin akan lupakan saat dia ajar aku pandu kereta manual. Kereta dia auto. Jadi dia tukar kereta dengan Aunty Rozy seminggu sebelum aku jalani ujian memandu dengan JPJ. Bapak mana yang taknak anak dia lulus ujian memandu.
Sebelum tu, dia selalu ajar aku memandu lepas kami pergi jogging pagi-pagi kat Titiwangsa. Mula-mula pusing kat parking je. Dah lama sikit dia suruh aku bawak kereta dia kat jalan yang kurang sibuk.
Aku ingat lagi ada satu masa tu. Masa tu pilihanraya. Pusat mengundi dia kat Sg Way. Pergilah kami tiga beranak. On the way balik, tiba-tiba dia berhenti kat Grand Season Hotel. Katanya, nak bagi aku pandu sampai rumah. Aku takut. Jalan sesak. Nak kena tempuh Bulatan Pahang. Aku mana berani. Dia yakinkan aku. Berjaya pun. Selamat sampai rumah. Siap parking sekali. Hehe.
Sebut pasal Grand Season Hotel, teringat pulak lepas teman dia fetch mak kat ofis, kami singgah kat situ dengar live band. Seronok.
Lepas tu, ada lagi. Banyak tempat makan yang first class rasanya dia bawak kami.
Mee Rebus kat Doraisamy.
Kedai Mamak kat corner yang sup dia gao tu kat Doraisamy jugak.
Mee Rebus sedap kat depan Standard Chartered ke Bangkok Bank tah. (Aku pun dah lupa!).
Nasi Lemak @TPCA.
Satay terbaik kat Jln Peel. (sekarang dah takda).
Ah Kow @TPCA.
The best chapatti and teh tarik susu lembu : Santa Curry House @Jln Sarikei. (kedai Uncle Joe).
Bihun Sup Utara @Jln Chemur.
Macam-macam. Banyak lagi.
Semua yang masih ada tu, semua tulah yang buat aku selalu fikirkan dia.
Al-Fatihah.
Semoga dia ditempatkan dengan roh-roh orang yang beriman.
Amiin~
I miss him so much :
B. Disgrace
(crying)

Thursday, 3 September 2009

Kuih Raya For Sale!!!!!!!!

Kali ni aku telah diassign untuk menjadi tukang promosi kuih raya jualan kami. (Aku dan seorang lagi teman). Satu jenis je. Kami ingin fokus supaya produk yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi. Ehem! ;8)

Chocolate Cornflakes Cookies. Well, it's not really a cookie. It's a kuih raya lah. Sebenarnya, aku tak tahu nak categorisekan sebagai cookies ke biscuits. Entah, keliru aku. Cookies kot? Bedal sajalah. Yang penting sedap. Hehe.

Ouh ya, separuh daripada teman-teman mungkin dah dapat sms atau email berkenaan jualan kuih ni. Tapi, aku belum sempat forward rupa ia lagi. Makanya, aku upload lah beberapa gambar kat sini.

Harga adalah seperti yang tertera di bawah :





. 100pcs @ RM 20/= ONLY .
*sample will be distributed upon request only
I present you
Chocolate Cornflakes Cookies




Secara fizikalnya mungkin kurang nilai estetika, tapi makanan ni rupa tu bagi aku soal kedua. Yang penting, rasanya. Setuju?
.Murah.
.Sedap tidak terperi.
Kepada yang berminat, sila tinggalkan pesanan di ruang ulasan untuk entri ini.
Kepada teman-teman yang ada nombor telefon/alamat email aku, anda boleh terus sms/call/email terus kepada aku.
Sekian terima kasih.
Selamat berpuasa.

Sunday, 30 August 2009

Sempat Ke Jumpa Bulan Puasa Ni Weh?

Aku dengan Najjah

Aku pun tak ingat dah lama mana kitorang tak hangout sama-sama. Agaknya kali terakhir aku lepak dengan Najjah masa kami karox kat Ampang Park tu. Wah. Sangat lama dah tu. Jumpa adalah satu dua kali. Masa dia balik dari HUKM, aku paksa dia lunch dengan aku kat Bandar Seri Permaisuri. Dan yang satu lagi, masa ambil kek untuk hantaran majlis pertunangan Zam dan Hajar.
Tu pun sekejap je.
Dia sampai, aku, Nuar dan Zam sedang rancak makan minum. Dia pun tak makan. Lagilah sekejap je lepak. Lepas kami (aku, Nuar dan Zam) selesai makan dan minum, terus gerak dari Pak Li Cafe. Rushing sebab nak kena fetch mak aku kat rumah Mak Yah kat USJ.
Heh!
Kerinduan :
B. Disgrace

Wednesday, 19 August 2009

Rindu

Petang tu.
Hujan.
Pandu pulang.
Hujan lebat.

Laluan itu.
Laluan yang sama.

Waktu tu.
Saat tu.
Aku rasa sama.
Sama dengan hari tu.
Aku pandu.
Gagahkan anggota.
Fokus.
Pandu.

Radio memang tak on.
Tiba-tiba.
Aku menangis.
Terfikirkan Rhinestone Cowboy.
Seakan sedang terputar.

Aku teringat dia lagi.
Dia.
Yang dah lama aku tak jenguk.
Aku rindu dia
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Babahku.





Aku betul-betul rindukan saat begini.
Lepak dua beranak.
Minum teh petang-petang kat Restoran Kassim.


Restoran Kassim pun dah takda. Aku rasa seolah-olah semua memori di situ dibawa pergi bersama dengan dia. Tapi, setiap kali aku ambik corner dari blok aku ke Blok 33 aku mesti ingat teguran dia.


Beriya betul paut steering. Kan power steering, rilekslah.


Aku akan gelak kecil dalam hati. Cuba sorok rasa sedih.


Lagi, aku tak mungkin akan lupakan saat dia ajar aku pandu kereta manual. Kereta dia auto. Jadi dia tukar kereta dengan Aunty Rozy seminggu sebelum aku jalani ujian memandu dengan JPJ. Bapak mana yang taknak anak dia lulus ujian memandu.


Sebelum tu, dia selalu ajar aku memandu lepas kami pergi jogging pagi-pagi kat Titiwangsa. Mula-mula pusing kat parking je. Dah lama sikit dia suruh aku bawak kereta dia kat jalan yang kurang sibuk.


Aku ingat lagi ada satu masa tu. Masa tu pilihanraya. Pusat mengundi dia kat Sg Way. Pergilah kami tiga beranak. On the way balik, tiba-tiba dia berhenti kat Grand Season Hotel. Katanya, nak bagi aku pandu sampai rumah. Aku takut. Jalan sesak. Nak kena tempuh Bulatan Pahang. Aku mana berani. Dia yakinkan aku. Berjaya pun. Selamat sampai rumah. Siap parking sekali. Hehe.


Sebut pasal Grand Season Hotel, teringat pulak lepas teman dia fetch mak kat ofis, kami singgah kat situ dengar live band. Seronok.


Lepas tu, ada lagi. Banyak tempat makan yang first class rasanya dia bawak kami.


Mee Rebus kat Doraisamy.
Kedai Mamak kat corner yang sup dia gao tu kat Doraisamy jugak.
Mee Rebus sedap kat depan Standard Chartered ke Bangkok Bank tah. (Aku pun dah lupa!).
Nasi Lemak @TPCA.
Satay terbaik kat Jln Peel. (sekarang dah takda).
Ah Kow @TPCA.
The best chapatti and teh tarik susu lembu : Santa Curry House @Jln Sarikei. (kedai Uncle Joe).
Bihun Sup Utara @Jln Chemur.


Macam-macam. Banyak lagi.


Semua yang masih ada tu, semua tulah yang buat aku selalu fikirkan dia.


Al-Fatihah.


Semoga dia ditempatkan dengan roh-roh orang yang beriman.
Amiin~








I miss him so much :
B. Disgrace
(crying)

Saturday, 15 August 2009

Terima Kasih

Aku nak ucapkan terima kasih kat Cik Nairus Nordin yang selalu menjadi peneman setia aku untuk ke event-event seperti Pekan Frinjan dan yang terbaru Selasa lepas; kami ke Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume II di Stor DBP. ;8)


Terima kasih juga di atas bekalan chewing gum yang dah nak hampir expired yang diberikan semasa staging Naturalisasi. Nyanyanya. (Hidup Razman!!)


Camwhoring pada malam Selasa lepas; after KoKEN Theatre, semasa menunggu Ann B disental oleh mamat India di Mobil sebelah.
Thanks, Cik Nordin!
  • walaupun kau tak pernah baca blog aku (kau memang hina!) ahahaha ;8p
  • lain kali kita dating lagi, ya!
  • karaoke AFTER fast-breaking? ouh sungguh keji aktiviti itu..

Yours truly;

Cik Aziz

Friday, 14 August 2009

Knee Surgery Day 1

Abang aku masuk hospital dari hari Isnin lagi. Tapi, hari Rabu baru aku dapat datang. On the day of the surgery. Pastu, hari Khamis tu aku ambik EL. Yelah, kang abang aku ingat aku tak sayang dia pulak. Masa aku admitted last Feb, dia terus ambik EL the moment dia dapat news yg aku kena masuk wad. Jadi, nilah balasannya. Aku pulak cuti jaga dia. ;8)


Malam Rabu tu, aku sampai-sampai semua dah ada. Mak, Along n Sham, Mak Yah, Ain. Aku datang dengan Kak Wa. Masa aku sampai mak kata dia risau. Before abang aku masuk OT, doktor kata surgery tu hanya ambil masa yang paling lama 1.5hrs sahaja. Tapi dari 4:30 petang dia masuk, till the time Kak Wa n I reached there, dia masih belum keluar. Masa tu dah 6:30 petang.


Kami hang around the room. Lepak-lepak. Aku jamah sikit bekalan makanan yang Mak Yah tapaukan untuk mak aku. Saki-baki je tinggal. Bedal jugak. Bukan selalu dapat rasa rendang Mak Yah. Perak style. Melaka murtad betul. Uhuhu.. ;8p

Lebih sejam kami lepak-lepak situ tunggu Boy (abg aku) keluar. At last, 7:45 malam nurse usung dia ke katil dia. :8)

Alhamdulillah semuanya selamat. Siap ada DVD tu. Dahsyat! Canggih woo hospital ni!! Uh, tak! Takda kerusi malas, tak canggih ok! Wekkk!



Mak tidur kat hospital, jaga Boy. He couldnt get out of bed. Nak pee pun ada this thingy like a bottle yang nurse provide kan. He cant even reach the vomit bowl by himself. Anestasi dalam badan masih tinggi. Sakit woo. Kalau aku, mesti dah nangis dah. Uhuhu. Agaknya.

Disebabkan mak teman Boy kat hospital, Sarep di rumah hidup dalam keadaan yang sungguh pilu. Wakaka! Bulunya seakan-akan tidak terurus. Seolah-olah baru mati laki. Eh, ya... Padahal dia kucing jantan. Tapi rupanya sangat jambu hinggakan kadang-kadang tu aku (dan orang-orang lain juga) ingatkan dia kucing betina. Tiada ciri-ciri kejantanan langsung. Tambah pula dia berbulu panjang. Anunya tidak begitu kelihatan. Kena tengok betul-betul baru nampak. Hahaha. Kasihan.
Aku pun snap lah gambar Sarep n mms kat mak. Waiceh.. Touching lah tu mak aku.. Macam tak tahu.. Ahak2.. ;8p

Thursday, 16 July 2009

aku sakit sebab kau

Malam tadi aku plan nak keluar kejap dengan mak aku pergi bank n tapau dinner. Masa keluar je dari pintu depan, aku terkejut gila. Gilalah.. Bapak teruk.

Jerebu.

Sejak kebelakangan ni aku selalu diserang lelah. Menjadi-jadi. Aku ingatkan pasal aku dah dua bulan try stop ambik medications yang Dr Fazillah prescribe tu. Yo yo lah aku lawan. Tahan je bila kena serangan. Last2, malam tadi terjawablah semuanya.

Sangat teruk weh. Jerebu kali ni memang menyusahkan hidup aku. Kerap sangat aku sakit. Kat ofis pun aku selalu kena. Jangan cakaplah kat ofis tu. Semuanya pakai belasah je hisap rokok dalam ofis. Semua perokok tegar. Kalau boss pun pakai langgar je, apa lagi kalau setakat mentimun macam aku ni je yang sound. Takda kesan beb. Huh.

Sebab jerebu ni lah aku terpaksa mc lagi semalam. Serba salah jadinya. Aku memang tak suka dengan unplanned leave macam ni. Tanggungjawab dah cukup banyak. Bila Zam pun cuti semalam, aku kena buat kerja dia jugak. Tapi benda nak jadi beb. Nak elak macam mana kan? Aku sakit betul lah semalam. Eh, actually aku tak pernah lagi mc tipu. Ishh, mintak jauh.. (Eh, tak. Gadoh screening dulu aku ponteng. Tu EL lah tapinya.. Haha). Hmm, pagi semalam aku sms Man pagi2 lagi cakap aku masuk lambat sebab nak pergi amik nebulizer kat clinic.

9.30pagi aku pergi klinik yang dekat dengan rumah aku ni. Lelah dah subside sikit. Tapi, aku berkeras nakkan nebulizer tu sebab hari ni aku ada exam. It must be truly subside. Doktor pun bagilah gas. Tapi aku takda rasa pun kesan dia. Doktor tu kata sebab aku pakai symbicort which contains a high number of steroid, sebab tu aku tak rasa kesan nebulizer tu. Adehh.. Doktor tu kata nak bagi injection. Kirim salamlah. Dalam hati aku, doktor ni mesti nak 'tale' ING kaw2 ni. Ciss.. Aku katalah aku taknak. Pastu, doktor offer steroid tablets. Ha, ni aku setuju. Makan 4 hari je pun. Takda hal lah. Haha. Suka pulak saya. Ciss!

Ouh ya, doktor nak bagi mc for two days but aku refuse untuk menerimanya. Mesti panas hati boss aku. Ala, lagipun hari ni aku ada exam. And I've already applied my unrecorded leave for my exams. Tu pun tak jadi masalah sangat. Yang aku takut sekali semalam macam mana aku nak bagitau Man yang doktor bagi aku mc dan suruh aku rehat kat rumah. Last2, aku ambik keputusan untuk minta pertolongan dari Bani untuk sampaikan kat Man pasal aku sakit. Erk. Gila emo aku punya sms.

Meh aku kongsi gambar jerebu.



Jerebu di Sentul.

Maaf, resolusi gambar kurang memuaskan. (Tak nampak jelas kot jerebunya!). Aku malas nak masuk dalam semula and grab my digicam. Ngeh ngeh ngeh.



Saturday, 4 July 2009

tadi siang

tadi siang di ofis aku gaduh ngan zam. yak yak. takde ape yg serius pun. dia lah. aku ajak elok2 gi minum kat tengkorak dia boleh buat mengada2 dia lah pulak. haduhhhhhhh! last2 aku merajuk, dia nak pujuk pun aku malas. at last, dia balik. aku online n settlekan speech aku. pastu, 6pm aku keluar ngan bani n andy pegi tengkorak. HUH!



ini adalah gambar minuman kami along with their rokoks n my newborn green baby. (thanks to piyya lalink).. :8)


wah, tadi petang, aku sangat busy membuat speech. ramai yg menjadi guru. nairus, reggy, wan, ieja, mimi. malam ni tadi sambung lagi ngan ann plak. abg is. haha. byk teguran terhadap grammar. (terima kasih ya!) huhuhu.. dah lama tak membuat essay2 dan yang sepertinya. sesungguhnya sudah berkarat. habis semua bahasa urdu, sanskrit, 'brench' keluar. hahaha.. (brench=aku baru cipta tadi bahasa tu, Banjar+French. Idea Abg Is). Lalalalala~

fuhhhh! at last siap jugak speech n slide aku. but the slides need to be touched up tomorrow.. kena rearrange a few points accordingly to the speech. hihi. papepon, thanks to my barisan rakan2 yg sangat banyak membantu. my head of mentera guru is nairus. tapi bukan free.. pempuan tu aku kena rasuah belanja dia kat chilli's. haha.. blekkkk~

i don't care. as long as my assignment will be done nairus. terima kasih. hikhikhik. ouh, betul kata farezaa, kerja sambil belajar adalah sangat mencabar. Ir pun ada cakap banyak kali. ist! takpe.. takpe.. lagi 4 tahun tak payah susah2 lagi.. uhuk3..

oh ye, actually, tadi sebelum gerak ke ofis Pn Nora aku lepak2 ngan Yassin. teman die main game kat fon aku. dia standby hari ni. tapi takde komplen sangat. so lepak2 aje. pastu, lepak2 lah sekali dengan En Rauf, En Mangin n Andy. Chehhhhhhh.. sume cerita pasal kahwin.. bosan aku... semua perkara2 lucah je. tapi suruh aku stay, tapi bercerita benda camtu. macamlah aku nak dengar sangat.. Huhhhh! bosan lah kadang2 kat ofis tu. takde benda lain agaknya nak cerita. dari zaman aku bercinta dulu sampai la. tak habis2 gossip dalam kain. dol mat betul.

hmmm.. hari ni aku siapkan Appendix 6.0 on time. just before lunch aku dah email kat Ieza n Shahrum. takda lah shahrum menyalak kat aku bulan ni. hahahaha.. cuma pagi tadi je dia suruh ieza call aku mintakkan Appendix tu.. hihihi.. walaupun ada satu leak yang exceed 24hr client charter, aku berjaya menangkas masalah itu. aku letak je the exact problem at site. sekarang tak payah bagi boss baca. yang penting siap. diorg nak kuantiti. bukan kualiti. lalalalalalala~ korang percaya tak isnin nanti ada kemungkinan boss2 semua call aku tanya pasal kes tu? yahahahahaha.. blekkk~

dahlah, aku nak tido. esok nak pergi jogging dengan Pn Nora. :8)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

yAwnnnnnnnnnn;
B. Disgrace

Friday, 3 July 2009

dari si kembar

D A R I P I Y Y A L A L I N K

hari ini saya dapat keychain dari piyya lalink


thanks piyya. walaupun lambat, sampai juga akhirnya. ha ha ha. i tak bagi nama lagi kat dia. cam nak bagi nama Jimmy. :8) Or Edward.. Atau.. Supian.. Ok tak? Yeahhhh!!... :8p

thanks again. nanti kita jumpa k. i missed u too. :8( lama gila tak jumpa. muahs. take care.

Sunday, 28 June 2009

Saturday, 20 June 2009