Wednesday, 29 September 2010

The Last One for Tonight, Perhaps?

Ya, pasal kerja lagi.

Dah 4 kali aku dapat melarikan diri dari meeting. Sesenyap nama aku kena petik jadi urusetia untuk majlis raya kat ofis. Tapi, hari ni aku dah tak boleh lari lagi. Ada kakak ni call aku suruh datang juga. Siap suggest aku naik dengan AM aku dari Sg Besi ke Pantai Office. Heh! Takkan nak lari lagi? Walaupun kes banyak, aku pergi jelah.

Seperti yang dijangkakan, memang kelam kabut. Venue meeting tukar dari 2nd floor ke 3rd floor. Padahal, bukan ke pagi tadi baru diorg spread text message pasal meeting ni. Dan bukan ke meeting room memang dah diguna dari semalam? Adeh. Apakah dowh?

Ok, fine.

Sampai2 second floor diorang cakap, "Eh, meeting dah tukar kat 3rd floor..". Aku fikir dah bermulalah meetingnya. Rupanya belum. Padahal aku dah 10 minit lambat.

Apakah?

Tadi was the first time aku attend meeting pasal majlis ni. Yang aku tau, last week, dari memo yang ada, nama aku tersenarai dalam Urusetia Logistik.

Errr, aku tak tau apa tanggungjawab aku sebenar-benarnya. Diorang duk cerita pasal kambing golek dua ekor dah dapat, signage, pasal emcee, takda turutan pun. Pastu lagi, pasal lemanglah, penyanyilah. Ala, semua tu pembaziran duit je. Lagi, pasal sate limited 5cucuk je untuk seorang. Wth? Ha? Ha?

Kan lebih bagus tak payah je hidang sate? Or, duit penyanyi tu buat duit beli sate. Kan?

Ok, whatever!

Work and Clothes

I miss the time when I was still working in CTB. I get to wear nice baju to office. Friday is dressdown day. We always had this 'Colour Day'.

It's totally different for me now. I wear my casual clothes most days. Uniform sometimes. It's boring.

désolé

désolé

means

sor.ry [sor-ee, sawr-ee]

- adjective

6. (used interjectionally as a conventional apology or expression of regret)

# Sorry, you're misinformed.

# Did I bump you? Sorry.

Last weekend saya ada sakitkan hati kawan saya. Saya tak tahu dia ni jenis yang cepat terasa. Dan, dia mungkin tak tahu yang saya ni jenis manusia yang they-don't-mean-it-that-way-when-they-say-it. Ya, mungkin saya seorang yang tak pandai menjaga hati kawan-kawan. Kawan saya ni sangat marah dengan saya. Saya malas nak call dia sebab saya rasa dia takkan pick up kalau saya call. Mesti dia screen phone call saya. So, saya pun buatlah entri ni. Walaupun dia takkan baca crappy blog kepunyaan saya yang tak infomatif langsung ni. Tapi, at least I have the effort to 'unsaid' what I have said. Kan?


Ok, entri ini khas untuk bekas rakan sekelas saya di KA6.



** Fizi, sorry k. I didn't mean it that way. The intonation of my text was not as the way you interpreted it. Sorry lah wei. Ni kan raya. Takyahlah merajuk lama-lama. Aku tak sedap hatilah kalau kawan-kawan terasa hati dengan aku. Plus, kau kan Happy Hafizi, mana boleh marah-marah wei. Tak cool. Okay, I owe you another frappucino! **





Tak Cukup Nakal Kot? Kan?


Sebab semalam ada open house ala-ala catching up meeting kat rumah kawan aku, terlintas aku nak tulis entri pasal dulu-dulu masa zaman sekolah.

Hah!

:)

Dulu aku suka-suka je apply sekolah teknik, dapatlah pulak. So, pegi jelah, sebab dapat kos yang aku nak tu. Civil Engineering. Hmm, JAUH OK!! Jauh gila! Ulu. Kat Muadzam Shah, Pahang. Time tu adalah first time dalam hidup aku duduk asrama. Hidup berdikari. Nangis jugaklah masa first week kat sana sebab senior semua macam celaka je perangai. Majoriti memang budak Klang Valley, so, siapa kat matric card nombor tengah empatbelas, memang kaw-kaw la kena dengan diorang.

Bagi salam salah, tak bagi salam lagilah salah kan? Ada je nak komen. Suara perlahanlah, apalah. Kalau bagi salam kuat, dikatanya biadap sebab meninggi suara. Poyo je lebih tu diorang tu.

Masa kat sekolah tu, warden asrama semua garang-garang nak mampos. Kat sana, kalau siapa langgar peraturan sekolah/asrama memang sah-sahlah kena rotan. Hah, korang ingat saiz rotan tu macam yang jual kat kedai dua ringgit tu?? MEMANG TAK LAH KAN? Sakit wei. Kesian dekat budak-budak nakal dulu. Tapi, siapa suruh diorang nakal. Acecececece. Macam bagus pulak aku. :P

Hmmm, dulu, masa kat sana, Add Maths memang compulsary lah untuk budak-budak Kejuruteraan Awam (KA). Masa kat sekolah dulu, semua orang lemau masa Add Maths. Homework banyak gila tak siap. Memang stok salin soalan jelah majoritinya. Datang kelas awal pun semata-mata nak 'fotostat' buku budak-budak cemerlang ilmu hisab. Kalau yang tak sempat tu memang kena rotanlah by the time cikgu buat rounding sebelum start mengajar. Bodoh gilalah aku rasa masa tu. Apa kerja tah yang kitorang buat masa kat hostel? Bergosip ke ape? Haha. Lagi, kalau masa kat kelas semua duk mengantuk je. Dan-dan salahkan nasi kawah. Lame excuse, tapi itulah alasan yang paling popular bagi budak-budak asrama seantero dunia. Gamaknya. :D

Dulu, masa zaman sekolah, aku ni jahat. Tapi, takdelah jahat sampai merompak kedai emas macam geng Si Biawak tu. Itu dodol-perisa-durian namanya! Aku ni kategori nakal-nakal manja lah. Kenakalan aku tak diketahui ramai. Hehehe.

Masa form five, aku ngan kawan aku yang sorang ni gaduh dengan cikgu Maths kitorang. Ala, hal kecil je. Dia yang perbesarkan, kasi nampak serius. Cikgu ada ego jugak weh. Lama juga kitorang gaduh dengan dia. Masa dah nak dekat SPM baru kitorang jumpa dia minta maaf. Masa tu Open Day. But that's not the first time lah we tried to seek apology from her. Itu kali yang ketiga. First time adalah a day after dia halau kitorang dari kelas. The second time was when it's a month away from SPM. Masa first time kami nak minta maaf tu, dia cakap dia doakan kitorang gagal dalam Matematik Moden masa SPM. Ada ke? Emo lah tu kan? Hehe. :P The second time pula, masa tu. kami tunggu dia kat luar staffroom. Kami tahu dia ada kat dalam, but dia avoid kami. Siap sanggup keluar lambat utk next class sebab tak nak terserempak dengan kitorang. Haha. Kelakar sehh!

Ok, enough with the gaduh2 thing.

Lagi, masa kat sekolah dulu, ada lah sorang budak laki ni. Dia ni jenis pendiam. Monitor kelas lain. Dia ni tinggi orangnya. Tinggi jenis yang kaki panjang. Haha. Dia budak KL juga macam aku. Dia pakai seluar senteng weh pergi sekolah. Aku dengan kawan aku ni, punyalah nakal, setiap kali terserempak dengan dia kat sekolah, kami kejar dia. Jalan belakang dia, lepas tu cakap kuat-kuat "Senteng! Senteng! Senteng! Senteng!". (Jahat kan??) Hahahahaha. Sampailah bila balik dari cuti sekolah, dia dah pakai seluar baggy. Dah dapat hidayah lah tu lepas kena kata ngan kami! Hahahahahaha. Kesian dia. Tapi, bagus jugak kan? Kalau tak, kesian dia kena kutuk dengan budak-budak lelaki. Haha. At least, he managed to change his style. Sekarang, dia dah bergaya dan hmmmm.. bolehlah dikatakan hensem. Bolehlah tu... Kan? :)

Pastu, ada macam-macamlah panggilan aku dengan partner aku ni bagi kat budak-budak sekolah. Especially yang sorang ni aku ingat sangat sebab aku baru jumpa dengan dia kat open house rumah kawan aku semalam. Ha Ha Ha! Kitorang ada bg nickname kat budak laki ni --Mentadak Mentadu-- Hahahahahahahahahaha~ Rasa tergeletek hati semalam masa tengok dia join juga kat open house tu. Keh keh keh.

Haaa... Paling best. Kat sekolah tu, masa tu, ada lah sorang budak laki ni. Kitorang rasa dia poyo sangat. :)) Hahahahaha. Dia dahlah tinggi. Pastu, asyik pakai jersy basketball. Aku ternampak-nampak ni hah imej dia. Jersi tu warna biru. Heh! Sibuk main basketball masa riadah. Aku dengan kawan aku duk usha je kepoyoan dia. Hahahhaha. Sekali kami decide nak hantar surat layang kat dia. Buat-buat macam dia ada admire lah. Kasi thru dorm mate kitorang yang satu kelas dengan dia. Hak Hak Hak. Serius kelakar wehhhh!! Aku tak ingatlah dia ada balas ke tak. Rasanya macam ada. And, handwriting dia buruk! Hahahahahahahaha. Sekarang, dia dah berjaya. Tak kisahlah. Ada juga cakap-cakap dengan dia masa dah besar ni. Tegur-tegur gitu jelah. Hehe. And, and..... sekarang pun kami ada nama panggilan untuk dia. Tapi, itu aku taknak reveal. Biarlah kami saje yang tahu.

Whatever-whatever pun, walaupun boleh dikatakan semua student kat situ merungut tentang betapa strictnya rules kat sekolah tu, most of us masih stay in touch with each other. Masih selalu jumpa.

Dan yang paling penting, lagu sekolah aku best! Lagu sekolah korang best ke?





I love each and everyone of my schoolmates. X.
B. Disgrace

Tuesday, 28 September 2010

Let It Be Lah!

Kalau ada yang betul-betul tunjukkan cara untuk menjauhkan diri dengan kau, for the sake of their rumahtangga-wise, let them be.

#1 - aku tak hadap

#2 - it seems like youre the only one who wants to save this friendship.

(Maybe youre the only one who look it as a friendship and they dont. Then, I guess, it's not lah. What's the point pun kan?)

#3 - tell that fella to tell their other half to get A LIFE.

What the eff! Bila kau terserempak kat pejabat, kau boleh buat macam kayu.

Kau dua orang boleh pergi mampus. Tuhan marah orang yang suka putuskan silaturrahim. Dan aku tau aku bukan orang itu.

Sekian terima kasih.


Ps : Rasa nak ludah je muka kau tadi, kat atas.

Sent from my iPhone

Wednesday, 8 September 2010

Pesan Saya Di Hari Raya

Assalamualaikum kawan-kawan!


Sedih rasanya bila Ramadhan dah nak pergi tinggalkan kita. Tapi, Allah berikan kita Syawal untuk menyambut kemenangan seluruh umat Islam selepas menjalani ibadah puasa dan sunat-sunat lain semasa bulan Ramadhan.


Esok hari last aku kerja. Tahun ni tak apply cuti untuk petang raya macam tahun-tahun sebelumnya seperti selalu. Plan esok, after sahur malam ni, dalam pukul 4 pagi dah kena pergi pasar beli bahan-bahan basah untuk lauk-pauk raya. Macam biasa aku pergi Pasar Chow Kit. Dengan mak. :)


Lepas settle kat pasar, drop mak kat rumah, then aku terus shoot ke ofis. Buat kerja sikit lebih kurang. Salam-salam orang. Pastu, chow. Terus blah untuk tolong mak masak. Banyak nak kena buat tu. Fyi, kitorang buat kerisik sendiri. Memang arwah nenek punya resipi. So, kita memang ikut one by one dia punya method.


Korang dah habis shopping raya ke belum? Aku tahun ni raya ala kadar je. Lebihkan barang-barang kat rumah. Kuih, lauk, household stuffs etc. Baju raya aku ada sehelai je. Kasut raya takda pun tahun ni. Tahun ni tak beriya sangat sebab tak dapat duit raya dari Tan Sri. :( Sedih.


Sorrylah terbebel panjang pulak kat entri ni. :P



S E L A M A T / H A R I / R A Y A / A I D I L F I T R I


m a a f / z a h i r / b a t i n


# semoga kita semua dapat mengerat kan silaturahim antara keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan


# harap semua yang balik kampung akan selamat tiba di destinasi masing-masing


# jangan lupa "Mirror, Signal, Maneuver"!


# jangan lupakan mereka yang dah tinggalkan kita


# kalau boleh, jangan main mercun. BAHAYA!


# kalau nak main juga, bawa-bawalah main kat tempat yang lapang


# jangan terlebih makan :P


# duit raya kalau nak bagi biarlah ikhlas, bukan berlumba-lumba antara satu sama lain siapa yang bagi paling banyak.. menyedihkan!


# yang terima duit raya pula, jangan mengomel kalau dapat amaun yang sedikit.. sila bersyukur!
Sekian.
Happy Eid Mubarak.
Forgive all of my wrongdoings.
Have a blessful, beautiful and prosperous Raya. :)
Love,
B. Disgrace


Sunday, 5 September 2010

Itu Bukan Saya

Saya bukan jenis yang suka rampas teman lelaki orang. Lain cerita kalau dia tipu, dia kata dia single. And that it's too late to turn the feelings back. Hmm. Komplikasi. Jarang berlaku. Tapi kebarangkaliannya tinggi. Sangat tinggi.

Minta simpang.

Sekali terkena sudah memadai ya!