Sunday 30 August 2009

Sempat Ke Jumpa Bulan Puasa Ni Weh?

Aku dengan Najjah

Aku pun tak ingat dah lama mana kitorang tak hangout sama-sama. Agaknya kali terakhir aku lepak dengan Najjah masa kami karox kat Ampang Park tu. Wah. Sangat lama dah tu. Jumpa adalah satu dua kali. Masa dia balik dari HUKM, aku paksa dia lunch dengan aku kat Bandar Seri Permaisuri. Dan yang satu lagi, masa ambil kek untuk hantaran majlis pertunangan Zam dan Hajar.
Tu pun sekejap je.
Dia sampai, aku, Nuar dan Zam sedang rancak makan minum. Dia pun tak makan. Lagilah sekejap je lepak. Lepas kami (aku, Nuar dan Zam) selesai makan dan minum, terus gerak dari Pak Li Cafe. Rushing sebab nak kena fetch mak aku kat rumah Mak Yah kat USJ.
Heh!
Kerinduan :
B. Disgrace

Siri Bercakap dengan Diri Sendiri I

Tadi aku pergi sahur di McD yang berdekatan dengan rumah. Hmmm. Tempat nostalgic. Siotlah!!

Nadia, nadia! Perlu ke?
Tak.
Tapi...........
Ah, jangan! Nanti tersasar lagi..
*dush dush*
Adeh, tolong jangan berlegar-legar dalam minda la wehhhh!!
Pergi!
Shoot!

Adeh! Kurang hajarlah wehhhh!
Tolonglah.
Pergi.
Just go.
Please.
I beg you, please..
Go..



:8(

(2007-2008)
Masih segar, iya.


B. Disgrace
Aku loser kah atau loser kah aku?

Monday 24 August 2009

Tak Punya Tajuk, Lagi!

Yang betulnya, aku penat. Mata aku dah perit akibat melihat monitor laptop aku dengan bertemankan table lamp yang malap.

Aku baru selesai bluetooth semua topik untuk subjek ODL. Ala kadar je baca. PEMALAS!

Dah, aku penat! Mahu tidur-tidur ayam sebentar before sahur.

Mungkin esok lusa saja aku pos entri baru. Mungkin. Kalau aku tak sibuk.

Selamat malam seluruh hamba.






zZzZzZz :
B. Disgrace

Friday 21 August 2009

Bukan Marah, Ini Nasihat

Ramadhan datang lagi. Wehuuu. Bulan Ramadhan adalah bulan yang aku paling suka. Tak tahu kenapa, tapi dalam bulan ni aku rasa tenang. Harap semua pun begitu ya!


Dengan ini, aku dengan penuh hati yang tulus nak ucapkan :


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Puasa jangan tinggal!
Lakukanlah ibadat-ibadat sunat di samping yang wajib!
Selamat mengumpul pahala.



Kepada yang selalu tunaikan solat sunat tarawih tu, masa ambil moreh, diminta jangan potong barisan ya. Hormat sikit orang lain. Lagi, jangan ambil moreh banyak-banyak. Sila berpada-pada. Ingat sikit orang belakang.


Kepada korang-korang yang suka sangat main mercun, main tu biar kat tempat yang lapang. Jangan gedik pulak nak main mercun kat tempat orang nak lalu-lalang. Nasihat sikit adik-adik korang tu kalau nak main mercun tu jangan gatal pulak nak gi baling kat kereta orang. Ingat beli dengan pasir ke? (Ooops, tergarang pulak!). Takda, kalau cat rosak, nak kena polish. Kalau tak dapat diselamatkan dengan polish, kena tembak cat baru. Korang fikir, orang yang berkereta ni semua senang ke? Mereka bukan bekerja sebagai pengecop duit ok? Tengah musim-musim perayaan nak dekat ni, banyak duit nak pakai. Faham? Hah, tolong ya nasihat sikit budak-budak bawah umur ni.


Kepada yang tinggal dengan family, janganlah asyik kerja je. Atau asyik buka kat luar dengan kawan je. Kesian mak korang masak kat rumah. Sebenarnya, time Ramadhan ni lah aku rasa satu-satunya masa yg paling afdal for the whole family to gather as they enjoying their foods during fast-breaking.


Kalau pergi Bazaar Ramadhan tu pulak, janganlah beli juadah tu melampau-lampau. Beli sikit je. Jangan ikut nafsu gajah anda tu. Aku bet mesti tak habis. Membazir je.


Lagi, kalau buka puasa tu jangan selalu sangat minum air berais. Nanti boleh kena sakit tekak. Ingat ya?


Lepas tu, kalau yang ada gastric tu. Anda digalakkan meminum air dairy (susu, coklat susu, strawberry susu dsb) untuk elak daripada anda mengalami gastric sepanjang siang ketika berpuasa. It works for me, so it might works for you too! ;8)


Kepada perokok-perokok tegar, jangan pulak hisap rokok banyak-banyak sangat. Bukan ke patutnya bila bulan puasa ni bajet untuk beli rokok tu makin berkurangan. Jangan membazir ya. Nanti, nak balik kampung. Korang kena fikirkan bajet-bajet tambahan seperti tol, minyak, duit tiket bas/kapal terbang, upah baju raya, upah langsir raya, duit kuih raya dan yang paling penting duit raya untuk mak bapak, adik-adik, sepupu yang belum bekerja dan anak-anak buah korang. Fikir dulu sebelum buang!


Hehehe. Panjang pulak aku bebel. Yeah!


Selamat berpuasa dari aku :
B. Disgrace ;8)~

Wednesday 19 August 2009

Yahoo! Messenger

Kadang-kadang, korang mesti bosan kan? Yahoo! Messenger atau lebih dikenali dengan YM biasanya jadi tempat untuk luahkan isi hati, marah, suka, sayang, curhat-curhat (curahan hati), bila emosi terganggu oleh persekitaran seperti bf/gf korang kantoi ada scandal dengan orang lain, sakit hati dengan majikan yang menjengkelkan, tak puas hati dengan rakan sekerja dan macam-macam lagi rasa; korang akan YM dengan teman-teman rapat yang ada dalam friendlist korang tu kan?

Aku nak tanya korang, korang pernah tak? Masa korang online, korang tak tegur pun kawan-kawan yang tengah online jugak tu? Tak semua kan? Hah, kenapa? Sebab bosan kan? Walaupun jumpa secara virtual sahaja. Tak tegur. Kan kan kan?

Aku pun macam tu.

Kadang tu, kita online. Available. Tapi kita takda mood nak borak-borak, gebang-gebang dengan orang lain. Kadang tu bukan apa. Sebab dah selalu sangat online. 24/7. So sampai dah ketandusan idea. Tak tahu nak buka topik apa lagi untuk dibualkan.

Betul?

Hah, aku cuma nak kongsi. Korang tau tak? Ada satu tahap tu, aku merapu dengan kawan aku. Games semua dah tak larat nak main sama-sama. Doodle IMvironment pun dah tak larat dah nak lukis-lukis. Balik-balik aku lukis bunga, rama-rama, bunga tulip, pelangi, pemandangan, sawah padi, burung terbang dari jauh dsb.

Sebenarnya macam-macam kita boleh buat dengan YM ni. Bukan setakat mengadu domba je tau. Borak-borak kosong. Zzzzzz...

Selalunya, kalau aku bosan, aku dengan kawan aku sorang ni selalu buat benda-benda bodoh kat dalam YM. Contohnya seperti main teka lirik lagu, karaoke secara menaip dan yang paling menyeronokkan..... Perang Audibles..

Perang Audibles ni kerap kali aku lakukan dengan Nairus Nordin. Ha ha ha. Kelakar weh. Selain boleh belajar bahasa-bahasa lain seperti Tagalog, Tamil, Masti dsb, kita jugak akan jumpa dengan audibles yang sangat menggelikan hati.

Ada sekali tu, explore punya explore, aku terjumpa satu audible yang agak berunsurkan sexual harassment. Sungguh! Aku tak tipu. Buat apa nak tipu. Tak dapat duit pun. Huhu. Aku siap sebarkan lagi kat kawan-kawan semua.

Audible tu menunjukkan seorang orang tua yang botak kepalanya (macam bos aku). Dia cuma cakap.. "Slurp! Lollipop!".. Macam sial.. Korang carilah!

Audibles > International > Tamil

Hu hu hu..

Selamat mencari..









Lotsa Lurve;
B. Disgrace

Rindu

Petang tu.
Hujan.
Pandu pulang.
Hujan lebat.

Laluan itu.
Laluan yang sama.

Waktu tu.
Saat tu.
Aku rasa sama.
Sama dengan hari tu.
Aku pandu.
Gagahkan anggota.
Fokus.
Pandu.

Radio memang tak on.
Tiba-tiba.
Aku menangis.
Terfikirkan Rhinestone Cowboy.
Seakan sedang terputar.

Aku teringat dia lagi.
Dia.
Yang dah lama aku tak jenguk.
Aku rindu dia
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Babahku.





Aku betul-betul rindukan saat begini.
Lepak dua beranak.
Minum teh petang-petang kat Restoran Kassim.


Restoran Kassim pun dah takda. Aku rasa seolah-olah semua memori di situ dibawa pergi bersama dengan dia. Tapi, setiap kali aku ambik corner dari blok aku ke Blok 33 aku mesti ingat teguran dia.


Beriya betul paut steering. Kan power steering, rilekslah.


Aku akan gelak kecil dalam hati. Cuba sorok rasa sedih.


Lagi, aku tak mungkin akan lupakan saat dia ajar aku pandu kereta manual. Kereta dia auto. Jadi dia tukar kereta dengan Aunty Rozy seminggu sebelum aku jalani ujian memandu dengan JPJ. Bapak mana yang taknak anak dia lulus ujian memandu.


Sebelum tu, dia selalu ajar aku memandu lepas kami pergi jogging pagi-pagi kat Titiwangsa. Mula-mula pusing kat parking je. Dah lama sikit dia suruh aku bawak kereta dia kat jalan yang kurang sibuk.


Aku ingat lagi ada satu masa tu. Masa tu pilihanraya. Pusat mengundi dia kat Sg Way. Pergilah kami tiga beranak. On the way balik, tiba-tiba dia berhenti kat Grand Season Hotel. Katanya, nak bagi aku pandu sampai rumah. Aku takut. Jalan sesak. Nak kena tempuh Bulatan Pahang. Aku mana berani. Dia yakinkan aku. Berjaya pun. Selamat sampai rumah. Siap parking sekali. Hehe.


Sebut pasal Grand Season Hotel, teringat pulak lepas teman dia fetch mak kat ofis, kami singgah kat situ dengar live band. Seronok.


Lepas tu, ada lagi. Banyak tempat makan yang first class rasanya dia bawak kami.


Mee Rebus kat Doraisamy.
Kedai Mamak kat corner yang sup dia gao tu kat Doraisamy jugak.
Mee Rebus sedap kat depan Standard Chartered ke Bangkok Bank tah. (Aku pun dah lupa!).
Nasi Lemak @TPCA.
Satay terbaik kat Jln Peel. (sekarang dah takda).
Ah Kow @TPCA.
The best chapatti and teh tarik susu lembu : Santa Curry House @Jln Sarikei. (kedai Uncle Joe).
Bihun Sup Utara @Jln Chemur.


Macam-macam. Banyak lagi.


Semua yang masih ada tu, semua tulah yang buat aku selalu fikirkan dia.


Al-Fatihah.


Semoga dia ditempatkan dengan roh-roh orang yang beriman.
Amiin~








I miss him so much :
B. Disgrace
(crying)

Tuesday 18 August 2009

Peniaga Haram Berperangai Babi!!!!

Amaran Keras !! : Entri kali ini mengandungi explicit content. Di mana banyak makian akan tertera. Tidak sesuai untuk bacaan bagi mereka yang masih di bawah umur.

Hah, korang nak dengar tak cerita pasal peniaga haram yang berperangai babi? Kurang 10minit yang lepas, ada seorang peniaga haram yang kurang hajar dengan aku! Sial!

Tadi aku balik dari ofis jam 8:51 malam. Lebih kurang dalam jam 9:00 malam aku dah sampai bawah rumah aku. Uh! Takda parking!

Sabar.

Dua kali aku round kawasan rumah aku. Takda parking kosong. Lepas tu, aku round kat kawasan yang berdekatan pulak. Kat Jalan 1/48A. Sepanjang jalan tu, tapi kat bahagian yang berdekatan jelah. Lepas setengah jam pusing-pusing, aku dah start sakit otak. Ah, bedal jelah cari kat belah jalan besar ni.

Cari punya cari, makin sakit otak aku. Sebab dah lama sangat cari. Aku ni memang jenis cepat stress. Akhirnya, aku buat keputusan untuk park kereta aku kat bus stop belah rumah kedai. Kat jalan besar tu lah. Jalan 1/48A tu.

Aku lepak lama sikit dalam kereta. Sayang. Nak habiskan satu lagu yang tengah aku mainkan tadi. Nanti tak sempurna je rasa kalau tak habiskan.

Habis lagu. Aku matikan aircond. Matikan enjin. Keluar. Lipat side mirror belah kanan.

Baru je aku nak tutup pintu, si peniaga haram tu sound aku. Buat muka ketat. "Kak, meniaga ni!!". Tinggi suara dia. Bab tinggi suara dengan muka ketat tu yang buat darah aku berapi. Pukimak kau! Kau dahlah peniaga haram. Perangai pun macam haram jadah! Sial! Masak kalau tak sedap memanglah orang tak beli. Takda maknanya sebab aku parking kereta aku kat situ konon-konon orang tak nampak kau meniaga. Kepala butoh ah! Babi! Celaka! Aku bakar gerai kau baru kau tahu! Peniaga haram, perangai macam babi! Masak dahlah tak sedap! Rasa kalau macam pantat hantu memanglah takda orang nak beli, bodoh! Orang beli sekali je, serik!! Bangang! Manusia macam ni pun ada! Dahlah meniaga takda lesen. Berlagak macam bagus! Sial! Tu illegal tap lah tu air! Aku report kat PUSPEL baru kau tahu! Bodoh! Meniaga dahlah secara haram. Curi air pulak! Kau pikir Tan Sri tu cap duit? Sedap-sedap je kau nak curi air? Bodoh! Babi! Babi tonyok! Pergi matilah kau. Bagilah anak bini kau tu makan duit haram!! Biar jadi lipan dalam perut! Kurang hajar! Tak senanglah hidup kau, barua!

Bukan aku park betul-betul depan gerai kau pun! Aku block tak tempat kau lepak kat tepi gerai kau tu. Dasar bajingan!! Sialan! Brengsek! Pundek!

Jangan beli Nasi Kukus Ayam Dara (konon!) dia tu!! Peniaga haram ni dahlah masakan tak sedap. Mak aku dah pernah beli. Nak meniaga, tapi masak tak pandai. Simpan jelah niat kau tu. Kos kau belanja beli barang-barang meniaga tu baik kau hantar bini kau belajar masuk kelas memasak. Masak tak sedap ada hati nak meniaga! Bodoh punya manusia!

Exact location aku taknak bagitahu. Tapi nanti aku nak snap gambar 'premis' haram peniaga haram yang berperangai babi tu. Later aku nak upload. Baru puas hati aku. Cari pasal sangat dengan aku kan? Pergi mampuslah kau!

Kau buat hidup aku susah, kan? Siapa suruh. Memang mulut aku jahat! Padan dengan muka kau, BODOH!!

Dasar peniaga haram yang tak sedar diri!!


Darah yang sedang membuak :
B. Disgrace




Saturday 15 August 2009

Terima Kasih

Aku nak ucapkan terima kasih kat Cik Nairus Nordin yang selalu menjadi peneman setia aku untuk ke event-event seperti Pekan Frinjan dan yang terbaru Selasa lepas; kami ke Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume II di Stor DBP. ;8)


Terima kasih juga di atas bekalan chewing gum yang dah nak hampir expired yang diberikan semasa staging Naturalisasi. Nyanyanya. (Hidup Razman!!)


Camwhoring pada malam Selasa lepas; after KoKEN Theatre, semasa menunggu Ann B disental oleh mamat India di Mobil sebelah.
Thanks, Cik Nordin!
  • walaupun kau tak pernah baca blog aku (kau memang hina!) ahahaha ;8p
  • lain kali kita dating lagi, ya!
  • karaoke AFTER fast-breaking? ouh sungguh keji aktiviti itu..

Yours truly;

Cik Aziz

Friday 14 August 2009

Knee Surgery Day 1

Abang aku masuk hospital dari hari Isnin lagi. Tapi, hari Rabu baru aku dapat datang. On the day of the surgery. Pastu, hari Khamis tu aku ambik EL. Yelah, kang abang aku ingat aku tak sayang dia pulak. Masa aku admitted last Feb, dia terus ambik EL the moment dia dapat news yg aku kena masuk wad. Jadi, nilah balasannya. Aku pulak cuti jaga dia. ;8)


Malam Rabu tu, aku sampai-sampai semua dah ada. Mak, Along n Sham, Mak Yah, Ain. Aku datang dengan Kak Wa. Masa aku sampai mak kata dia risau. Before abang aku masuk OT, doktor kata surgery tu hanya ambil masa yang paling lama 1.5hrs sahaja. Tapi dari 4:30 petang dia masuk, till the time Kak Wa n I reached there, dia masih belum keluar. Masa tu dah 6:30 petang.


Kami hang around the room. Lepak-lepak. Aku jamah sikit bekalan makanan yang Mak Yah tapaukan untuk mak aku. Saki-baki je tinggal. Bedal jugak. Bukan selalu dapat rasa rendang Mak Yah. Perak style. Melaka murtad betul. Uhuhu.. ;8p

Lebih sejam kami lepak-lepak situ tunggu Boy (abg aku) keluar. At last, 7:45 malam nurse usung dia ke katil dia. :8)

Alhamdulillah semuanya selamat. Siap ada DVD tu. Dahsyat! Canggih woo hospital ni!! Uh, tak! Takda kerusi malas, tak canggih ok! Wekkk!



Mak tidur kat hospital, jaga Boy. He couldnt get out of bed. Nak pee pun ada this thingy like a bottle yang nurse provide kan. He cant even reach the vomit bowl by himself. Anestasi dalam badan masih tinggi. Sakit woo. Kalau aku, mesti dah nangis dah. Uhuhu. Agaknya.

Disebabkan mak teman Boy kat hospital, Sarep di rumah hidup dalam keadaan yang sungguh pilu. Wakaka! Bulunya seakan-akan tidak terurus. Seolah-olah baru mati laki. Eh, ya... Padahal dia kucing jantan. Tapi rupanya sangat jambu hinggakan kadang-kadang tu aku (dan orang-orang lain juga) ingatkan dia kucing betina. Tiada ciri-ciri kejantanan langsung. Tambah pula dia berbulu panjang. Anunya tidak begitu kelihatan. Kena tengok betul-betul baru nampak. Hahaha. Kasihan.
Aku pun snap lah gambar Sarep n mms kat mak. Waiceh.. Touching lah tu mak aku.. Macam tak tahu.. Ahak2.. ;8p

Wednesday 12 August 2009

tak tau nak letak tajuk apa

Aku sedang online di tepi katil hospital abang aku. Dia operation hari ni. Petang tadi. Empat setengah petang. Katanya sejam lebih saja. Tapi, ambil masa lebih dua jam. Hampir 4jam pun. Huh. Doktor juga suka putar belit ya?

Malam ni, mak aku yang teman abang aku. Aku ada gak perasaan nak teman. Tapi, fasiliti di hospital ini kurang memuaskan. Kerusi malas untuk sewa per malam tidak ada. Huh! Selimut lebih juga tiada. Bantal juga. Bukankah semuanya dicaj di dalam bil nanti? Kechoa!

Ah, hospital ini tidak bagus servis pelanggannya. ;8p

Sebenarnya, aku ingin menulis lebih panjang lebar. Ada beberapa perkara yang aku lalui sepanjang 2,3 hari ini. Tapi, aku pinjam laptop sepupu aku. Adiknya (sepupu aku jugalah) nak guna pulak. Takpa. Aku sambung di rumah nanti. Ingat nak pakai laptop abang aku. Ada password pulak. Heh!

Ok lah, aku off dulu.

Salam.




Kesejukan di sini :
B. Disgrace

Sunday 9 August 2009

Dugaan ke ni?

Tolonglah jangan duga aku yang lemah ni. Aku memang kurang sabar. Jangan duga aku. Dugaan ni berat sangat. Aku tak mampu nak terima.

Boss yang sangat mendesak + Server yang sangat lembab = Gangguan emosi yang maha dahsyat!!

Omg! Aku sangat tertekan di saat ini. Sungguh. Amat sangat!

Kurang 20minit lagi jam 9malam. Ahad. Aku masih di pejabat. How fucked up is that? Ergh!! Otak aku makin loya. (Ada ke otak loya?). Ah, sekali lagi.. Blog aku, tulisan aku, suka hati aku!!

Dah lebih 10minit aku load report function kat sistem bodoh ni. Ah, baru sekarang dia nak keluar that bloody " The page cannot be displayed". Babi!

Sekarang dah azan Isya'. Aku masih stuck di pejabat. Sedari aku pulang dari bercuti, kubikel stesen kerja aku unorganised! Berterabur. Berselerak dengan A4 paper. Feedback dari para kontraktor. Dengan memo dari HQ yang di SK kan kat aku. Kenapa kebodohan orang lain perlu ditanggung oleh aku? Kenapa?

Diorg yang salah close case under company. Aku pulak yang kena bear with the consequences. Hidup ini sungguh babi!! Argh!!! Ikut hati aku, ikut darah aku yang tersirap ni, nak aje aku masuk server room dan hempas kan binatang2 dalam tu semua.

Aku dah cuba positif dah dari pagi tadi. Masuk ke jam ini, aku dah tak tahan. Aku baru je terima balasan sms dari Su, IT Programmer kat ofis aku ni. Katanya dia takda pulak dapat apa2 info dari ICT kat HQ tentang gangguan server malam ni. Ah, sheebye ah!!!!

Aku tak tau sekarang ni nak terus balik atau tunggu dulu.

Wait.

An sms. Kat hp pemberian kampeni.

Su. Katanya : Cuba reboot modem dan firebox.

.
.
.
.
.

Hadoi. Hampa. Tak boleh jugak. Takda kesan.

Aku nak balik ke nak tunggu dulu ni? Ah. Celaka!

Aku mahu pulang. Tulang belakang aku makin bengkok. Cukuplah dari 11pagi aku bertungkus-lumus siapkan report ni. Kalau aku tahu macam ni, tak hingin aku datang. Tapi, kalau aku tak datang, ambil masa yang lebih panjang pulak nak amend mende alah ni. Hadoi!

Dahlah. Server bodoh ni dah ok pulak. Bunguks!



Server babi sangat malam ni :
B. Disgrace

Thursday 6 August 2009

Renungkan : Tentang JODOH.

Renungkanlah sedalam-dalamnya.

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.

Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Wednesday 5 August 2009

Cerita Hari Ini

Hari ni aku bangun awal gila. Hehe. Keluar rumah pun awal. Tiba-tiba teringat zaman sekolah rendah. Pagi-pagi dah keluar rumah. Macam tadi. 6 lebih. Dulu jalan kaki sampai Convent Sentul dengan Atok. Sampai situ, naik Bas Sri Jaya. Kadang-kadang terserempak dengan Noni kat Haji Salleh tu.

Aku sememangnya tak cukup tidur. Bawak kereta pun dalam separuh sedar. Macam, eh tiba-tiba dah ada kat tol Batu Tiga? Jalan pun jammed. Lemau dalam kereta sorang-sorang. Nasib menyebelahi aku hari ni. Jalan bolehlah dikatakan ok. Jammed tadi kat Syed Putra je. Nak ikut NKVE tak reti. Hahaha. Redah jelah Federal Highway tu. Ngee~

Sampai-sampai Seksyen 7 aku terus park kereta kat Hakim. Dah janji dengan Mazlee nak jumpa kat situ. Dalam kurang 10 minit camtu dia sampai. Aku order kopi tarik. Wajib. Perlukan bantuan supaya tak mengantuk dalam exam hall yang sejuk. Dahlah cuaca redup-redup hibernasi je pagi ni. Hihihi.

Lepak-lepak.

Aku dah malas sebenarnya nak study. Belek-belek buat syarat je. Macam yang aku cakap semalam. This is the very first time of my life that I find English is very very very membosankan! Takda mood dah nak baca.

8.30am. Kami gerak ke exam hall. Tralalalala~

9.00 am masuk exam hall. Aku duduk second row. Bukan apa, meja lain semua macam tak sempuras je rupa. Kang aku terganggu pulak dengan struktur meja tu. Aku pun dengan terkial-kialnya start lah isi booklet untuk jawapan tu. Terhegeh-hegeh. Director Learning Centre Lembah Kelang tu dah suruh check kertas soalan dah padahal time tu. Apatah yang aku terhegeh-hegeh aku pun tak tau. Mengantuk kot.

"You may start answering the paper now!"

Aku pun dengan penuh bersahaja dan tidak bersemangat langsung menyelak kertas soalan yang muka hadapannya berwarna kuning.

Selak.
Gelak.
Selak lagi.
Senyum pulak.
Selak lagi.
Geleng kepala sambil sengih sorang-sorang.

Dalam hati : Kurang hajar punya soalan!

Aku jawab jugak, nak taknak. Yelah. Kang tak jawab, rugi. Lalalalala~ Dengan tulisan separa hodoh aku tu, aku tulis selaju mungkin. Perah otak sampai ke titisan ilmu yang terakhir. Hamparkan kat atas paper tu. Aku ternampak-nampak dah vision transkrip aku untuk subjek ni. Huuuuuuuua~

9.50am aku keluar dari exam hall. Tak sampai hati dah nak tipu diri konon-konon macam agaknya last minute nanti tiba-tiba dapat hidayah seperti skema jawapan turun dari langit. Kahkahkah. (Oh, buat lawak ya Nadia?)

Hmm, aku keluar-keluar je terus pergi kat meja nak masukkan entrance slip and pencil case dalam bag. Aku fikir aku yang paling kejung dalam tu lantas membuat keputusan untuk beredar awal. Aik. Tengok rupa-rupanya, lelaki-lelaki sewel kelas aku tu semua dah berderet-deret kat luar ngan dahi yang bercop "Dapat B pun jadilah...".

Semua cakap muka aku muka serabut. Muka "Saya sedih tak dapat jawab sebab soalan dia macam sheebye!". Hahaha~ The truth is, aku mengantuk. Memang aku tak dapat jawab paper ni. Tapi, it is expected. Aku dah sangat menjangkakan yang aku takkan mampu jawab soalan hari ni.

There goes my A. A tau aku nak. Bukan A+. Haaaahhhhhh... Tiba-tiba rasa nak nangis. Huuu~

Dahlah. Aku nak cas badan jap. Serap oksigen banyak-banyak dalam otak sempit aku ni. Lepas tu nak study Entrepreneurship.



Atas cadar koala ku;
B. Disgrace

Tuesday 4 August 2009

i find english is VERY boring, for the first time in my life

Aku baru lepas makan charcoal tablet yang Zam bagi. Gastric lagi. Adehh..

Tajuk entri kali ni. (Babi). Dang! <--- kata-kata kesat. (Tension).

Terus terang aku cakap, sejak aku bersekolah dari darjah 1 sampailah sekarang ni, inilah kali pertama aku rasakan yang English ni adalah subjek yang membosankan. Argh!

English for Oral Communication. Huh! Tak sangka benda yang sangat simple. Bila kita pelajari dengan lebih mendalam, ia menjadi sangat sukar. Korang faham tak? Aku tak sangka sebenarnya subjek ni ada final paper. Aku ingatkan sekadar assignments, oral, presentation sahaja. Terkena betul kali ni. The whole class in fact, terkena. Tak budget langsung kami ia akan ada kertas untuk peperiksaan akhir. Sengal. Kejung kami semua.

Yelah, selama ni lecturer kami hanya tekankan tentang tugasan saja masa tutorial. Tiba-tiba aku berkecil hati dengan lecturer aku. Huuuu~ Dia cuma ada bagi contoh soalan berjawapankan 4markah. Tupun dua kali. Sekali diminta untuk dibincangkan dalam kelas dan satu lagi diminta untuk dibualkan di dalam forum atas talian. Dan lagi, ada yang dimintanya untuk kami bincangkan sesama sendiri di dalam kumpulan secara on the spot. Hah, itu memang senang. Create a dioalogue from the given situations. Senanglah. Ini, tanya :

"Explain what is RECEIVED PRONOUNCIATION?"

Apa ke bendanya tu? Dalam modul pun takda. Ke ni modul lama? Aku punya format baru?Haihh.. Tahlah pening kepala aku.. Huuuuu... Nak nangis..

Takmolah sampai tak dapat jawab esok.. Ya Allah Ya Tuhanku, lorongkan hambaMu ini ke arah kerajinan.. Amiin~


Ini dia Modul, Notes dan Past Year Exam Paper + 'Pensel tekan' Pilot ku ;8)









Masih berdoa;
B. Disgrace