Tuesday 26 January 2010

Letih!!

Kadang-kadang orang sekeliling dengan kita ni, diorang rasa diorang faham kita. Tapi sebenarnya tak. Kan ada pepatah kata : Rambut sama hitam, hati lain-lain. Jadi, kenapa mereka tu rasa mereka faham aku? Heh, ada perasaan rasa-best-bila-orang-lain-lihat-kita-mesra-dan-memahami-di-laman-web-komuniti, kan?

Tolong jangan ada perasaan macam tu boleh?

Kalau tak boleh, tolong blah!

Hearts




Apa yang saya buat, semua dia tahu.
Saya yang mahu begitu.
You never know how much I love you!!





life is a rollercoaster :
B. Disgrace

Thursday 21 January 2010

Ia Dilukai Lagi :8(

Semalam aku balik lambat dari ofis. Itu telah mendatangkan masalah mencari tempat letak kereta kat bawah rumah aku. Aku duduk flat, so korang imagine jelah betapa crampnya tempat letak kereta kat situ. Petak yang disediakan memang sangat tak mampu untuk menampung kereta-kereta ribuan penghuni kawasan perumahan aku ni. Yelah, kalau satu rumah ada sebiji je kereta takpa. Ini tak. Sebuah rumah kadang tu, parents sebiji, anak sorang sebiji, menantu. Hah, kot ada yang dah tiga keturunan tinggal kat situ, tak ke berbiji-biji untuk seisi rumah. Tak gitu?

Masalah kekurangan ruang letak kereta ni dah lama dah wujud. Sejak aku mula berhijrah kat perumahan ni lebih 12 tahun dulu lagi. Dulu, arwah babah aku selalu bawak balik kereta kampeni sebab selalu kena entertain client sampai malam-malam buta. Kengkadang, meeting pun sampai lewat malam baru balik. Esok pagi tu, arwah babah aku hantarkan aku ke sekolah. Ya Allah, dia punya jauh nak menapak ke kereta tu, sabar jelah. Bayangkanlah betapa crowdednya keadaan kat kawasan aku ni. Itu lebih 10 tahun dulu. Masa orang belum mampu sangat nak beli-beli kereta. Bayangkanlah sekarang. Betapa crampnya tempat ni. Haih!

Sejak setahun lebih aku ada kereta ni, aku pun sama juga. Aku pun harung benda yang sama. Kalau balik kerja lambat, harap maaflah nak dapat parking dalam. Parklah kat jalan besar nun. Hampeh. Nasib-nasib jelah kalau kot ada yang kaki rambu keluar malam tu, adalah kosong sikit. Satu dua ruang. Nasib baik aku ni berkereta kecil. :8) Muat aje menyempil kat celah-celah ruang kosong tu. Tapi, kenalah tolak kereta lain tu dulu.

Pada yang duduk rumah pangsa macam aku ni, mesti dah jadi kebiasaan doublepark kereta or motosikal kan? Kereta kena lepas handbrake. Supaya tak menyusahkan orang lain. Ini namanya bertimbangrasa.

Ok, sambung.

Jadinya, nak dijadikan cerita, semalam kan aku pulang lewat dari ofis. Kebetulan, ada pula satu ruang yang lebih dari muat untuk kereta aku. Aku pun park la kereta aku kat situ. Unpulled the handbrake, gear kat N (Neutral). Ruang untuk motosikal tu memang aku dah sediakan. Aku memang seorang yang bertimbangrasa. Tak suka menyusahkan pengguna jalanraya yang lain. Aku lipat sidemirror. Tekan remote. Blah.

Semua macam biasa.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Plotnya di sini.

Pagi tadi, aku bersemangat gila. Mungkin baki mood rajin semalam masih ada kesan dalam sezarah dua dalam diri aku ni. Haha~ Ok, everything was right. Aku bangun awal. Tonton Tanyalah Ustaz kat TV9 sambil bersiap. Lepas tu turun bawah.

Sampai je bawah, berkecai gila hati aku ni. Annabelle has been scratched. A long deep scratch. Which is still fresh di mana ada lagi kesan-kesan habuk serpihan cat di tepi calaran tu. Kecewa aku. Satu-satu harta yang aku ada (yang aku dengan penuh komited bayar for over a year now), diperkotak-katikkan. Hampa. Luluh hati aku. Lebih dari yang aku rasa masa aku putus cinta. Sumpah. Itu yang aku rasa pagi tadi. Sangat kecewa lagi mengecewakan.

Aku tak fahamlah kenapa masih wujud manusia yang lagaknya seperti tidak bertamadun. Tak rasional. Tak reti nak hidup bermasyarakat. Senang-senang je dia calarkan kereta aku. Hasil titik peluh aku. Bukan aku jual maruah kat lelaki tua yang kaya raya nak dapatkan kereta tu. Hasil dari saluran yang halal. Suka hati dia je nak buat macam tu. Apa, dia fikir, mentang-mentang aku pakai kereta kecil buatan tempatan je, dan bukannya Honda, Toyota, dia boleh buat macam tu kat kereta aku? Wah, mana perginya perikemanusiaan? Bukannya aku tarik handbrake tu. Tak boleh ke dia tolak kereta aku? Ini kali kedua aku kena macam ni. Kadang tu aku rasa macam ada orang dengki kat aku. Tapi entahlah. Tuhan saja yang Maha Mengetahui.
Aku malas nak sumpah seranah. Maki hamun.

Semoga Tuhan sedarkan makhluk-makhluk yang berperangai begini. Mungkin pemilik motosikal tu puas hati buat macam tu.

Sekian, terima kasih.










Sakit hati yet cant do nothing :
B. Disgrace
(Kehampaan)


p.s : Mummy loves you Ann B!

Wednesday 20 January 2010

Tiada Tajuk!!

1. Kau kata capri pants aku ketat.
Kau baru tengok dalam gamba kau nak kepoh. Sound-sound aku. Aku suruh kau belikan ke? Tak, kan?

2. Kau kata type 'macam aku' ni stok buat-buat kawan je.
Ouh, sekarang kau nak adili aku, walhal kau baru kenal aku beberapa hari. Boleh kira lagi dengan jari tangan/kaki aku ni ha. Ouh, just because aku friendly, mesra alam, kasar, tak lembut, sopan santun, kau nak cop aku perempuan tak baik lah? Macam tu? Sebab aku tak pakai tudung, aku jahatlah? Aku keluar tengok midnite movie dengan tunang orang, aku jahatlah? Ah, not like i seduced them or what. KayGee gila! Ugh, aku tak tahu kenapa aku tak boleh nak sound dengan penuh kurang ajar depan kau. Aku nak kau sedar, tapi, aku taknak masam muka dengan orang ofis. Susah! Jadi, silalah faham.

3. Kau kata aku emo.
Manusia mana yang tak sentap kalau tetiba ada parti lain yang dengan wah seronoknya nak komen macam-macam pasal kau. Bila aku cakap macam-macam, memang banyaklah yang kau komen. Kau apply lah jadi pengkritik rancangan tv realiti. At least, dapat payment. Betul?

4. Kau kata aku jalan bersepah.
Eh, ikut suka hati aku lah! Tak perlulah aku terangkan kat kau kenapa aku jalan macam tu. Ada lah sebab aku. Ok, sebelum orang fikir yang bukan-bukan, biar aku jelaskan. Bagi aku, aku rasa kalau aku jalan macam jantan kat tempat awam kebarangkalian untuk diragut akan berkurangan. Tak kisahlah. Apa yang penting, apa yang aku rasa. Kalau semua yang kita buat dalam dunia ni nak kena dahulukan apa yang orang fikir, tak majulah.

5. Kau kata aku kasar.
Ouh, aku baru kata : Poyonya gf kau. Pergi toilet pun nak teman! kau dah tarik muka. Marahlah konon. Ada pula perasaan defensive. Kalau aku defensive kat diri sendiri, kau kata emo. What the fish! Ouh, yang kau senang hati mengata aku depan orang ramai macam aku ni takda maruah tu takpa pulak lah? Wah, 'adilnya' kau. Tau pun kau nak sentap.

Patutnya aku tak perlu pos entri ni. Wan kata : Buat apa you nak touching? Jangan layan manusia tak matang macam tu. Aku tahu tu. Tapi, aku tak larat lah nak simpan dalam hati. Boleh tak kau berperangai normal. Orang lain tu pun gurau juga dengan aku. Takdalah sampai macam tu. Kalau ada pun, aku sound balik, diorang hormat aku. Ah, kadang-kadang kalau kita berlembut sangat dengan orang, kepala kita kena pijak. Kadang tu kita kena ajar. Bukan ajarlah. Sedarkan sikit. Supaya orang tu sedar yang semua benda dalam dunia ni ada limitations.

Aku nak minta maaf. Lately, entri aku dah berterabur dengan masalah je. Aku sangat sibuk. Bila ada masalah, baru aku pos entri baru. Aku rasa macam blog ni dah macam tempat aku melempiaskan marah/tak puas hati aku je.

Fine fine. We're doing fine!

Saya tgh berlagak cool sekarang. Well, ive passed the prime phase.
Menuju ke fasa seterusnya which is still hard to tell. Enough bout
this. (Malam ini saya suka just to know the facts on things that he
said to me. Byk yg macam 'wow'. Comel. Suka. Heeee~)

Ok well, kerja makin ok sebab sekarang saya tgh rajin (ok, takla rajin
mana, but ada la improvements di situ). Im proud of myself! Form ABC
makin senang nak buat. Ya, lepas ni nak ajar Yatt. So that we will
backup each other if one of us is taking the day off. Hmm, lagi, ada
TM baru. Ouh yes, lupa! Haji Su dapat pindah Klang. Sukala tu org tua
tu. Hehe. So nye, kami dapatlah boss baru. And yes, another one from
PJ. Ann kata muda orangnya. Late 30's kot. Zam pun kata camtu. Saya
belum jumpa lagi. Tadi adelah dia reply email saya pasal report
submission. Nak every monday katanya. InsyaAllah. ;8)

Updates!

On the 6th ada Tanda. It's a play. Teater Kompilasi Vol. 3. Wajiblah
tgk. Saya tgk malam. So again, saya tak dapat nak attend Frinjan.
Rugiiiii~ dah lama tak jumpa Beeha. Rindu. Uhuhu. Tapi, Dum Dum Tak
takde kot. Saya dah tgk flyers. Hihi. Kenapa? Takbleh ke nak suka?
Tamborine player tu comel!!! Uhuk2.

Papepun, im looking forward to tonton Tanda. Ive already booked two
seats for me and Yatt. Tapi, Yatt mcm tak sure lagi je. Takpela. Kalau
dia tak pg nanti saya ajakla sape2. Pn Nora ke. Hehe. Ouh, saya
semangat nak pegi tanda sebab : 1. Saya dah lama tak jumpa Bob. 2.
Saya nak jumpa the Shamimi Twins. 3. Saya rindu kat K'n sebab dah lama
dia menghilangkan diri dari fb. Last jumpa 4/10/09. Haha. 4. Nak jumpa
Kak Maya!!!

Hmmmm.. Byk errands. Tapi semuanya akan dilakukan after the play la
kan. Masa mingle2.

Anyways, saya rindu nak hangout dgn Cik Nordin!!!!!!!!! :8( Saya rindu
nak dengar mulut dia yang macam bontot ayam tu. Potpetpotpet. Hahaha~
Rindu nak karox. Rindu nyanyi Drowning sambil berlakon cam buat
konsert. Haha. Poyo gile. Rindu nak lepak talk abt life over frap-
sipping-hangouts! Memacam lah!!!

Bla bla blahs :
B. Disgrace


Sent from my iPhone

Tuesday 12 January 2010

Maafkan saya, Encik!

Tarik nafas dalam-dalam.

Ok now, exhale. Haha. Saya rasa malu bila saya fikir yang bukan-bukan pasal dia. Hihi. Saya suka melebih-lebih. Saya dan Khairun Najjah (klik pada nama untuk link) sama saja. Ok, kami silap. Sorry sebab terfikir yang bukan-bukan. Padahal takda apa pun. Rupanya perangai dia sama dengan Zahiril Adzim. (klik pada nama untuk link). Suka membuat kenyataan yang nak stir up kan atmosphere. Cis!

Jadi, Khairun Najjah, shhhhhhh. Saya sangat gembira. TQ.









Pls d.e.c.o.d.e me :
B. Disgrace

Tuesday 5 January 2010

Siri bercakap dengan diri sendiri II

Saya nak dia. Hanya untuk saya. Dia hanya untuk saya sahaja. Kalau
saya selfish, tolong sedarkan saya. Kalau saya hanyut, biarkan. Kalau
saya lemas, come save me. Tapi kalau dia tak tahu berenang, let us
hanyut bersama. Just so u know that i'll always be there during the
ups and downs.

It seems that he STILL doesnt realize my presence in the good and the
bad time for him.

Christina Aguilera kata "if u love something let it go, when it comes
back it's yours". Jadi, saya guna teori itu. Benda macam ni tak sesuai
kalau guna teori mekanik bendalir atau fizik.

Saya mengarut lagi. Jangan layan.

Kadang tu, saya suka discreetkan feelings saya. Walaupun sebenarnya
perasaan mahu dinotis membuak-buak. Ala, perempuan kan lahir dengan
sifat pemalu. *wink wink*

Saya tahu ada jurang tu. Tapi tak salah kalau cuba kan? Saya bukan
melayu yg tipikal. Saya lain. At least saya taknak duduk dalam kotak
kecil yang tertebuk satu saja lubang yang diameternya tak seberapa
untuk melihat dunia. Taknaklah! Tak semestinya bila saya minta
pendapat kawan-kawan, saya tiada pendirian sendiri.

Jadi, berbalik pada perasaan ingin dinotis yang melonjak tu, hehe,
takda apalah. *blushing*

(Tapi, hari ni je, saya dah lakukan banyak benda bodoh yang
menyusahkan diri sendiri. Haih.)


Stay bagaikan dadah.

Lalok :
B. Disgrace

Sent from my iPhone

Sunday 3 January 2010

Saya pasti akan diketawakan oleh mereka

Mereka adalah :

1. Khairun Najjah
2. Wan Amirul Muzaffar
3. Azrul Azneeta
4. Norhayati


Alasan :

1. Ok, saya mengaku. Twilight best! I cannot agree more.
Walaubagaimanapun, saya suka sebut 'ia (sangat) lain daripada yang
lain'.

2. Kamu semua kena faham kelemahan saya. *lelaki kurus, tinggi* i.e.
Robert Pattinson

3. Saya percaya, jika kamu baca bukunya, kamu akan lebih 'FEEL' the
movie. Jadi, thanks to Yatt sebab cadangkan saya baca Twilight dahulu.
(Sebab, mulanya saya mahu terus pinjam New Moon).

4. Takda alasan lagi.

5. Kan dah kata... Takda. Hehe.

6. (Anda boleh berdekah sekarang, silakan...) ;8p


*Saya enjoy baca buku ni sebab saya rasa ada sesuatu yang similar
dengan saya. Nyatanya similariti itu adalah perwatakan salah satu
watak dalam cerita ini. Mostly, monolog si pencerita. Menarik bukan?


Graviti sifar :
B. Disgrace

Sent from my iPhone