Tuesday 12 April 2011

Penyakit Sang Pesakit Yang Sakit

Mula-mula kau rancang sehabis baik, Lepas tu kau tak ikut apa yang kau dah aturkan.

Bila masa mula suntuk, Sebahagian dari diri kau kata "Lekas!". Sebahagian lagi macam endah tak endah.

Sudahnya kau mengelamun, kau leka, Gelombang negatif mula tunjuk kuasa, tunjuk hebat.

Lantas kau biar ia terus bermaharaja dalam jiwa. Kau dengan sengaja akur, hati berdetik "Ah, lumrah alam..!".

Bila waktu makin sempit, kau mula lelah. Saat itu gelabah menghela nafas pendek.

Minda bersimpang-siur. Berperang dengan syaitan ciptaan sendiri yang berkokok di dalam diri.

Dah nampak darah baru kau rasa sakit. Harusnya kau sedar tatkala memecut arah dinding bata itu.





Selingan peringatan;
B. Disgrace

Pictorial Entry


mother-daughter


old friends


sunset, somewhere in Kajang


Zt's wedding, Senawang


trying to study

Uri

Review on Uri.

Uri adalah telefilem yang sedang ditayangkan di Astro Box Office Ch 953. Pelakon utama Abg Beto (Beto Kusyairy). :D

Sejak Rosli Dhoby, saya tak pernah miss projek Abg Beto. He's such a born actor. Mak pun fikir benda yang sama. Kitorang memang minat Abg Beto sebab Abg Beto berlakon macam bukan satu lakonan.

Ok, ni nak kena review pasal Uri kan? Trust me I'm not good at reviewing since I have the STML disease. :P Mula-mula, masa info kat Ch 953 tu, bila nampak title URI je dah cukup takutkan saya. Ha ha. Bila info lagi, wahhhh! Menarik sinopsis! Layan jelah mula-mula sebab dah takda yang lebih menarik masa tu nak tonton.

Bila start je, eksaited gila sebab lead actor adalah Abg Beto. Setakat pemerhatian yang saya buat, Abg Beto tak pernah lagi join projek yang 'sampah'. :) Tabikkk!!

Cerita ni best! Walaupun ada some scenes yang membolehkan kita buat predictions, they are almost predicted correctly. (Tu untuk saya lah!). Saya bukan kaki drama sangat. Storyline dia menarik. Taklah tipikal.

I really enjoyed watching it. Jadi, saya sarankan kawan-kawan semua tonton telefilem ni ok? Berbaloi. Cerita ni pun nak kata heavy tak, nak kata light pun tak. :D

Sekian. *told ya it's gonna be the worst review ever!*





Wink; B. Disgrace

A Slight Update II

Salam. Good evening everyone! (Ala, dah takde orang singgah sini kan?). Followers are fading away. Sedih. :(

Sejak dapat kerja baru, memang tak sempat sangat nak online kat office or rumah. Kalau online pun check notifications and mentions kat fb and twitter acc je. Bila dah shutdown lappie baru teringat nak pos entri kat sini. Haha.

Bukan tak boleh update guna fon. Dah banyak dah draf. Tapi nanti ada pula musuh yang mengata 'mengada dan menunjuk' bila update pakai fon. (Memang saya minta dia bayarkan bil Maxis saya every month pun! -- mata ke atas, tangan ke dalam, lidah terjelir sedikit!). Heh!

At the moment, kerja biasa je. Issues at work macam biasalah juga. Ada yang dengki. Rasa tergugat pasal kerja adalah. I am still dealing with it. Biasalah hidup ni ada ups and downs kan? Yang penting kena apply positive thinking aje. (Ah, terasa hipokrit tulis macam ni!).

Oh ya. Kawan saya bagitahu yang one of my colleague kata saya cemburu bila ada perempuan lain kena transfer masuk unit saya. Like I told you, I used to be the only female in the unit. Tapi, tuduhan tak berasas macam tu, saya tak boleh nak terimalah! Ada ke dia kata saya cemburu dan takut bila perhatian akan dialihkan ke perempuan lain? Masuk akal tak? Maaf, saya datang kerja untuk KERJA. Bukan untuk menjual diri. Menjual cinta. Hati dan apa lagi yang kau orang gelar. Aishhhh! Jauh tersasar pemikiran kolot dia tu. Masa kawan saya cerita kat saya pasal ni, saya melenting juga.

Tapi, on second thought, I think it was funny. Macam yang saya pernah dengar kat TV9, ada ustaz tu kata, kalau ada orang yang buruksangka terhadap kita, kita kena ucap Alhamdulillah, sebab ada la gi kebaikan kita yang orang lain tak nampak.

Saya akui, kalau dari segi kerja, saya memang rasa terancam. Sebab, secara teknikalnya, ah, tak payah nak tulis kat sini. Biar saya simpan dalam hati buat masa ni.

Update pasal sekolah pula. Sekarang ni tengah peperiksaan akhir semester. First paper dah lepas. Comm and Man Tech. Hancur. Hancur. Walaupun carry mark sangat memberangsangkan, tapi, saya rasa saya macam ada potensi untuk gagal. (Eeeeeee... Simpanggggg! *gaya Usop Wilcha*)

Sekarang ni pun tengah study untuk Motion punya paper on 13th. (Suntukkkk). Tengah all out lah ni. Dah tak larat nak sumbat ilmu dalam otak, sebab tu pos entri kat sini. :)

Ok, apa pun. Thanks sebab baca. And please please please doakan saya cemerlang dalam dua lagi paper untuk final ni ya! Terima kasih. :)





Love. B. Disgrace