Tuesday 27 October 2009

Penentuan sebuah tentuan yang tertentu

Ok. Supposedly esok adalah sesi curhat terakhir antara aku dan dia.
Tiba-tiba tadi aku teremosi. Lalu aku menangis. Kerana apa? Najjah dan
Nairus tahu ITU. Mungkin. Aku belum pasti itu apa. Kalau betullah itu
ITU, aku tak mahu layan ia. Yang bakal berhadapan dengan realiti yang
pedih itu aku orangnya. Bukan dia atau DIA. Yang aku pasti perasaan
itu bukan terharu malah bukan juga sedih akan kehilangan seorang lagi
teman rapat.

Shit. Apa yang aku sibuk tulis panjang-panjang ni?

Pls call it off!

Nairus dan Najjah. Saya tau saya pentingkan diri saya. Itu tak membawa
maksud dia nak tekan butang yang saya mahukan. Kan?

Sent from my iPhone

Monday 26 October 2009

Tugasan Kat Sekolah

Banyak yang perlu dikejar. Tugasan Sosiologi, Tugasan LK. Kelas yang tertinggal. Harus dicatch up topik-topiknya. Mazlee call tadi, katanya Mid Exam untuk Maths jatuh pada 15 November depan. Ok, kena cool. Lima bab pertama akan dijadikan soalan dalam kertas Maths. Jangan risau. Cuma perlu revise sikit-sikit sahaja. Takda hal. InsyaAllah. (Semoga diberkati!)

Tugasan Sosiologi tu, malam karang Mazlee akan call in dan ceritakan kat aku pasal empat konsep dalam sosiologi dan falsafah, yang dimaksudkan. Aku dah plan, kali ni aku fikir aku nak ambil isu berkaitan PPSMI lagi. Aku rasa isu tu je yang paling hangat kat negara ni. Berkaitan dengan pendidikan. Kan? Malas nak fikir panjang. Nanti buang masa.

Ok, LK pula. Aku dari sekolah sebenarnya benci tajuk tangen. Pening memikirkan cara nak sambung titik tangen yang diberikan tu. Buat masa ni, Rx aku dah berjaya dapatkan atas bantuan Cik Arra yang baik hati. Terima kasih daun keladi. ;8) Masalahnya sekarang aku pening duk fikirkan cara nak buat tindihan antara R20 dengan R80. Itu saja yang tercicir tak dapat diselesaikan. Aku fikir, esok nak bawa kertas soalan tu ke pejabat. Nak tunjuk pada pakar-pakar LK kat ofis tu. Minta pertolongan jantan-jantan kaberet tu. ;8p

Wednesday 21 October 2009

Ek eleh! Pehal!

Tadi Nairus kata situation Thuresh yang tak reti-reti bahasa tu sama dengan situation aku. Aku marah betul.

Aku sms dia :

It's not funny. Dan ure not good in comparing situations. No. You suck in comparing situations.

Huh?







What the fish?! :
B. Disgrace

Thursday 15 October 2009

Ingat Baguslah Macam Tu..?

Dah tiga hari aku tak angkat kalau dia call. Merajuk. Marah. Konon.

Eleh. Sukahati aku lah nak angkat ke tak. Tapi, dah lama lepas tu aku
sms pulak.

Tadi petang aku sms dia tak reply. Aku marah betul. (Pasal tu kot aku
tak boleh tidur. Boleh jadi juga.).

Letihlah macam ni.

Mungkin dia marah.

Ah patutnya aku yg marah sebab dia perli aku nak beraya mana pakai
baju kurung. Aku cakap "Biarlah, sibuk je!".

Dan terus aku ajak Nuar pergi teman aku beli breakfast kat Chan Sow Lin.

Ala. Dia nak balas dendam lah tu. Tak angkat fon, dia tak reply sms
aku. Eyh, blekkkk!

Ikut suka saudaralah!


Sent from my iPhone

Jangan Rampas Alat Kawalan Jauh Aku, Lagi!

Kepada sesiapa yang berkenaan.

Sekarang ni remote control kat kau. Kau pegang. Life kau, kau yang tentukan. Sekarang masih BELUM terlambat. Kalau kau nak tekan butang pause tu aku boleh passkan rechargeable battery. Kalau kau nak lah. Aku ni kat tengah-tengah. Ke kanan pun tidak, ke kiri pun tidak.

Aku bukan apa. Perangai kau, makin dah nak dekat, makin lain. Kenapa kau buat perangai macam tahun lepas?

Kalau kau tak selesa dengan apa yang kau dah mula lebih empat tahun dulu, aku rasa baik kau terus tekan butang stop je. Bukan apa, sekarang ni aku tengok kau macam nak rampas remote control aku pulak. Apa dah kena dengan kau? Kau gila.

Jangan buat main-main benda macam ni. Malu besar. Semua. Semua orang kau tau tak? Jangan nak buat hal. Dah halfway.

Cuma kalau kau rasa kau dah silap langkah, kau cepat-cepatlah tekan butang mana satu yang kau nak.

Just take care.





Jangan kawal aku boleh tak?
B. Disgrace

Wednesday 14 October 2009

'Tayunk' saya dah ada blog!

http://halfthesoul.blogspot.com

Nama : Bootybubbaloolababybubbagurlie

Ha Ha Ha..

Kawan-kawan. Silalah follow. She's one of my bestfriend!

To Miss KN, Selamat Datang ke Dunia Blogging...

"i lap you long time....."

B. Disgrace.
(Mummy Ann B)

Thursday 8 October 2009

Tak ada tajuk

Kalau tidur terganggu kena keluarkan notis juga kah?

Ok. Aku buat lawak dolmatroprompin.

Sebenarnya aku tak boleh tidur. Pasal itu ke? Tah. Ye kot. Aku duk
kelih fon syarikat je ni. Inbox. Sms dari nombor (rahsia).

Hah. Kan? Dah start dah. Sial!

Hati aku sekarang hampir dengan zon merbahaya. Mudah pecah. Sikit lagi.

Benci.

Kenapa dia nak tumpang folder tu kat desktop aku? Lain kali beli
thumbdrive yang besar, kedekut!

Bengangnya.

Sebab dalam tu ada beberapa lagu kami. Dia masih simpan. Bodoh.

Dah. Nadia. Paksa diri tu tidur. Esok buat tak nampak je dia kat atas
tu.


Blablablahssss :
B. Disgrace

Sent from my iPhone

Berbaik-baik membawa padah

Sep 5, 2009 2:48 AM


Me to Him :




Him to Me :

Tq... ingat je ko eh...


Oct 7, 2009 6:13 PM

Him to Me :

Selamat hari lahir Nadia, sorry kalau terlambat. Semoga panjang umur murah rezeki :-)

(obviously, dia edit dari doodle yang aku send kat dia..)




Aku reply.

Me to Him :

Kalau ya pun lukislah sendiri. Overwrite aku punya hasil kreativiti pula. Tq sebab doakan yang baik-baik untuk saya.





Dia balas balik. Imej kat bawah ni.

Him to Me :





Aku balas.

Haha. Jangan baik-baik sangat. Nanti saya jatuh hati. Hahaha.



Dia.

Hahaha.. Hati awak jatuh takpa.. Jangan hati saya ni, bahaya woo..



Aku.

Awas. Kawasan tapir berbulu merah jambu melintas di hadapan. (Awaklah tu). Kalau berlanggar bahaya. Kalau hati saya jatuh saya kena kutip sendiri. Kan?



Dia.

Saya tolong kutipkan.. Tu pun kalau saya hidup.. Awak kalau langgar stok mati punya kan...?



Aku.

Bergantung kepada berapa merbahaya tapir berbulu merah jambu itu. Kalau tak merbahaya macam dulu saya cepat-cepat tekan brek kecemasan. Err..



Dia.

Baguslah.. Beringat.. Saya pun tak nak kena langgar.. Awak langgarlah tapir-tapir yang sopan santun lagi baik budi pekerti mereka itu.. K.. Bye..

.
.
.
.
.
.

I didnt reply. Why should i? Kan? Aku terguris. Apa maksud dia sebenarnya? Dia tak 'berkeinginan' dengan aku kah atau dia tak mahu aku terjebak dengan 'kancah' dia tu lagi? Keliru.

Sedih.




Senangnya dia lupakan aku:
B. Disgrace

Ok, i get it. Dia perli aku! Celaka!

(Tidak tenteram).

Thursday 1 October 2009

Penyakit A dah mula semula

Ni yang buat aku nak ikut Muiz balik kampung masa Raya Qurban ni nanti.

Boleh ke?

Dia tak kisah ke ah?

Ala, nak raya rumah Hedgehog Merah hamba.

Hahaha.

Gila.

Ok.

Bye.


Keangauan :
B. Disgrace

Sent from my iPhone