Monday 24 May 2010

Semak!

Dan bila kawan kau dari jenis yang pakai approve je friend request sampai beribu-ribu kawan dia. Sebab dia rasa dia terlalu hot/gorgeous/cantik/ayu/kacak/tampan/comel nak mampus.

Bila kau berbalas-balas komen kat status/wallpost dia.

Tak semena-mena, beratur anon yang add kau. Bila tengok mutual friend(s), tak masuk akal. Tengok rupa, tak kenal.

Haihhhh!




Semak,
B. Disgrace

Straight From The Hospital Bed


Dengan ini, saya, Nadia Ab Aziz ingin mengumumkan bahawa saya akan bercuti selama sebulan bermula dari tarikh hari ini. Yeay!


Suka.

Sekarang ni aku ada kat Pusrawi Jalan Tun Razak. Aku baru je lepas 'menyerah diri' kat sini tadi. Haha. Aku ada kat Wad As-Salam, 5th floor, Ward 2, Bed 2B-3. Kepada yang nak datang melawat sila bawa makanan yang berkhasiat eh! :P Bahan bacaan juga! :P

Aku kena jalani pembedahan di lutut sebab knee cap aku ketat kesan dari kejatuhan tahun lepas dan awal tahun ni. So, doktor aku nak longgarkan. :) Hmm, scary? Entahlah. Aku tengah takde perasaan ni. :P

Apapun, aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar esok. Amiin~ Masuk OT pukul 11am. InsyaAllah. :)

Akhirnya, doakan aku ok ya! TIA.

Muahs~



Love,
B. Disgrace




Saturday 22 May 2010

Esok Ahad. Makanya....

Maka bermulalah semester baru esok onwards. Kelas saya will be on Sundays of the 2nd and 4th week. Hee~

Sem ni, subjek-subjek MQA saje. Hmm, harapan saya adalah :

Harap-harap, English jelah ada assignment!

Hahaha. Pemalas. :P

Ok, wish me luck. Muahs.

Can't wait to meet new friends esok.

And. And. Tak sabar nak terserempak dengan Rauf and Izral esok. Eleh.. Awak ingat saya takut ke? Ada saya kesahh? Hukhukhuk.

Ok, saya nak offline.

Enjoy your weekend k friendies!



Lots of ♥;
B. Disgrace

Friday 21 May 2010

Debaran Selasa :/

Ah. Ok, takut!

Sepupu aku yang dah lama tinggalkan hockey game tiba-tiba pergilah bermain tadi petang. Sekali dia post status ni kat Facebook :

-- > adeh. Injured my knees. Dislocated knee cap. <--

Sakit ok! Bila aku tanya dah pergi hospital ke tak, dia kata takpelah, kena inject lagi sakit.

Boleh?

Huhuhu.

Ok, aku dah start berdebar untuk undergo an endoscopy procedure for my knee Selasa depan. Huhuhuhu. Gilalah!

This is not right. Aku dah hilang keberanian. Ok, jap! Aku masih ada 3 hari untuk kumpul semula keberanian itu! Yeah!

Nadia, you can do it! :)

Ajoy and Wany


Picture grabbed from Ajoy's Facebook :)

Woah! Another wedding of a close friend! :) Kawan dari sekolah rendah. Kami semua masih rapat, in contact with each other. Selalu lepak-lepak. Minum-minum teh. Borak-borak. Huhu. Tapi sejak Ajoy keje kat Batu Pahat, dah jarang sikit jumpa la. Open haus masa raya kat rumah dia aku tak dapat datang. Haha. Tapi, itu hari kami dah berlepakkan beramai-ramai di NZ dalam 3 bulan lepas kot. Ok la tu. :)

Ok, maybe lepas ni kami semua akan lepak dengan wifey/hubby rakan-rakan sekali kan? Huhuhuhu..

Wedding reception belah Ajoy akan diadakan on the 28th ni. It's a dinner. Dekat Dewan Komuniti Taman Ibukota. Hmm, harap-harap I'm going to be well enough to walk (walaupun bertongkat ke ape ke), aku akan cuba hadirkan diri dengan rakan-rakan gila ku! Huhuhuhu.

Anyway, aku nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan Tahniah kat Ajoy and Wany! Semoga berbahagia ke akhirnya. Amiin~

:)

Uh-oh!!

Dan bila ex-bf kau bagi lagu She's Gone*Steelheart kat kau. Dan bila pada masa tu kau single, dia single. And the fact that he's doing good now. Kau akan keliru. Apa kau perlu rasa sepatutnya?

Cakap dalam hati 'Padan muka!'?

Ucap Terima Kasih?

Atau

Cakap 'Hey, let's start this over!'?
.
.
.
.
.
.
.
Hah. Apa kata survey?

Sent from my iPhone

Monday 17 May 2010

Omelan Si Kusut

Bila fikiran kusut fikirkan masalah yang kronik macam ni, selara makan pun hilang. Makan sekadar untuk menghindarkan gastric je. :(

Malam tak boleh tidur. Semalam aku dapat nightmare. FYI.

Kepala pening. Sakit. Buntu fikirkan jalan penyelesaian yang lepas satu-satu ada saja halangan.

Betul-betul banyak dugaan bila aku cuba taknak lukakan hati orang lain. Aku taknak dia kecewa. Aku pasti dia tak akan percaya pada aku lagi. Aku taknak.

Ya Allah, lancarkanlah segala apa yang telah ku rancangkan. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah, Maha Mengetahui, Maha Mengasihani. Amiin.



I am so screwed.
B. Disgrace

Dengar Ni Aku Nak Bagitahu..

Kalau kawan kau tengah sangat kusut, jangan pulak kau nak semakkan otak dia dengan benda remeh-temeh lain. Dia dah cukup rasa fucked up. Kau jangan nak membebel banyak-banyak walaupun dia salah.

Sekian.

Friday 14 May 2010

Bukan Marah, Ini Nasihat.

Saya ada sorang kawan ni. Tapi sejak dia dah ada boifren baru, dia asyik reject je kalau saya ajak jumpa-jumpa. Tak lah all the time. Cuma, ya, most of the time je. And, and! Those least times we have/had pun kejap je. Kalau keluar dengan saya, ada aje alasan dia. Kena balik cepat dia kata. Curfew, kata orang putih. Pelik jugak saya, kalau dengan boifren baru dia yang dia selalu stresskan yang dia dah lama kenal/kawan dengan boifren dia tu, boleh pulak dia balik lambat. Kalau dengan saya je, dia cakap mak dia marah. Wtf. Saya bukan apa, saya tau la saya ni tak laku, (eh jap, bukan tak laku, I chose to be single, aite!), tapi, hubungan dengan kawan-kawan kena lah jaga. Karang, kalau kau ada masalah dengan boifren kau tu, barulah kau terhegeh-hegeh kat kawan-kawan loser kau ni. Hidup ni mesti beringat. Itu saja.

Ada Apa Dengan Jantina?

Baru-baru ni aku ada apply satu kerja baru kat Sabah sebab bosan kerja dengan company sekarang ni. Aku apply sebab aku rasa kerja aku tak mencabar. Bagi aku, budak lepas SPM pun mampu buat kerja tu. Tang report tu kena lah masterkan MS Excel and Powerpoint. Dan, of course, bijak sikit congak-mencongak (takdelah kena terror sangat - calculator kan ada!), lepas tu, minda kena cekap. Kalau lembab, memang kenalah dengan GM aku tu.

Ok, berbalik pada cerita minta kerja baru tu.

Dah dua minggu (mungkin lebih kot) aku sumit resume aku kat company tu. Dua kali pulak tu. First masa mula-mula ad pasal vacancy tu keluar kat JobsDB. Kali kedua minggu lepas. Kali kedua JobsDB hantar email for job reccommendation. Takde feedback. They never reply. :( -sedih kan?

Semalam, masuk kali ketiga diorang up vacancy untuk post tu kat JobsDB. Aku dapatlah email lagi dari diorang (JobsDB). And today, I eagerly called in the contact person, Miss Hoo. She left her cellphone number dalam ad tu.

Boleh tak? Dia cakap : Actually, we're looking for a male engineer. Or a Sabahan candidate because the site is there.

I couldn't be any more devastated. :(

It's a shame that they still discriminate on genders. WTF!





Aku akan hantar anak aku pergi tadika Cina nanti. Senang nak cari kerja. Kan?
B. Disgrace


Wednesday 12 May 2010

Dulu-dulu punya cerita.

Adalah sorang mamat ni. Tak hensem. Tak macho. Hmm. Tapi baik. Kot. Hmm. Dulu aku suka dia. Tapi dia tak perasan. Sebab, dia tak suka kat akulah kan obviously? Sebab aku punya muka ni buruk dan dia hanya nak awek-awek hot dan gorgeous kot untuk jadikan calon girlfriend dia. (Cermin diri boleh?). Marah pulak aku ek? Haha. Hmm. Dia memang seorang yang fun. Eee, geli pulak cakap macam ni sekarang. Ok, dia takdelah fun mana. Biasa je. Aku pun tak tahu kenapa aku suka dia dulu. Aku pendekkan cerita la eh? Tiba-tiba ada kawan dia ni suka kat dia. Hmm. Lawa ke tak? Aku pun tak tahu lah. Tapi, masa tu, disebabkan dia rival aku, haruslah aku benci dia. Kawan-kawan aku pulak, kata dia tak cantik pun. Pakai revealing clothes, dah gaya cheapskate. Slutty. Flashy. Dalam bahasa kita, murahan - ni yang paling sopan santun lah. :P Tujuan aku tulis entri ni untuk sampaikan... Yang laki semua sama. Ok, tak semua.. Promise! :P Bila ada kesulitan, yang buruk ni jugak kau carik...

Aku cerita kat kawan aku, perasaan aku macam hambar dah nak layan dia. Lepas tu aku tanya, Takpe ke? Jahat tak aku?

Kawan aku kata : TAK.

Terima kasih. Muah - untuk kawan aku tu tau. :P






Well, yes! Hari ni hari menulis dengan kuantiti yang banyak!
B. Disgrace

Mourning.

Hari ni aku dapat berita sedih, ayah kawan aku meninggal dunia.

Al-Fatihah.

Berita ni buat aku rindu Babah aku. :(

Aku Menangkis Penangkis Bulu Tangkis.

Eeeeeee..! Aku memang tak boleh nak minatlah badminton. Tengok-tengok ni. Kalau orang belanja tiket, jemput aku kat rumah, bawak pergi stadium, mungkin aku pergi.

Bukan apa. Pemain badminton takda yang comel kot! Ok, ok! Not that I know. Setahu aku (dalam Bahasa Melayunya).

Eh, cukup patriotik ke kau nak komen-komen aku?

Suka hati aku lah!

Mana satu ni?

Bila musim bola dah dekat, mesti ada perempuan yang tak senang duduk. Agaknya. Mengikut pengalaman aku, girlfriend-girlfriend aku yang berboyfriendkan laki-laki kaki bola atau kaki bangku yang buat-buat minat bola sebab tak mahu dicaci atau dituduh gay, akan gundah bila musim bola datang. :)

Haha.

Nak tau? Masalahnya, konon, bila anniversary kau clash dengan match penting macam team Brazil, Spain, Italy, Holland. Hmm. Apa nak buat?

Tadi aku dengar radio. Mana satu nak pilih? Bola atau girlfriend/isteri?

Ok, aku bagi situasi, katalah, malam tu ada World Cup Final. Ok ok, semi final la. Team kau main. Kau memang obses bola lah kan, kau lelaki normal. (Konon). Sekali, girlfriend/isteri kau cakap nak pergi tengok bulan bintang kat spot-spot menarik. Tak kisahlah, Bukit Permai ke, Bukit Teratai ke, KL Tower ke. (KL Tower boleh naik ke malam-malam?). Ah, lantaklah! Contoh je.

Ni anniversary ni. Mana kau nak pilih?

Tadi Ferhad kata, Ala pergi jelah open air mamak.. You can watch football match and see the stars and moon at the same time. Kan adil?

Betullah tu!

Kompromi. Kan bagus?





Aku tengok bola jugak. Tapi sebab nak tengok laki-laki comel. :P
B. Disgrace

Sunday 9 May 2010

Keindahan Itu Keperluan Kah?



Satu hari tu ada budak ofis aku tengok camera album kat fon aku. Sambil scroll sambil komen. Dia cakap "Ha, yang ni lah buat profile picture! Baru saham naik!". Aku macam, "Ek eh! Pehal plak?"



(Tapi dalam hati lah)



Dia fikir aku join community service website ni untuk apa? Jual rupa?



(Rupa aku bukan cantik pun)



Ada aku kisah?



Aku join Facebook tu untuk catch up balik dengan kawan-kawan lama aku. I want to get in touch with them. Apa gunanya, kalau kawan beribu-ribu dalam tu? Realitinya, kau sendiri pun tahu. Bila kau susah, diorang nak tolong ke?




Hmm, paling kodi pun aku nak ngorat Abdul Muniff Md Isa. Yang aku buat puisi untuk dia. (Macamlah dia heran pun). Itu aku saja isi masa lapang. Kalau aku respect dan hargai kerja dia, kalau betul dia se-cool yang aku rasa, mesti best kalau berkawan betul-betul dengan dia. Kan?






Faham sekarang?
B. Disgrace






Thursday 6 May 2010

Senang saja




Teorinya mudah. If you're the one then you'll be at the top of my messenger list, you have your own group, I promise! Hee.. :)


And....


And....


You will top my list of friends on Facebook.


Sungguh. Tak percaya check sekarang. He he he.


Mudah, kan?


Sumpah!






Nadia start dah..

B. Disgrace

Wednesday 5 May 2010

Kerja


Kerja.
Takkan pernah habis.


Serius. Kalau cakap pasal kerja, dari mood aku riang ria pun boleh jadi angin satu badan. Darah akan menyirap. Tapi bagus jugak kadang-kadang tu. Sebab aku ni ada masalah tekanan darah rendah. Kalau time tak mampu nak makan sup kambing kat kedai Tengkorak tu, bolehlah buat ubat bercerita pasal kerja ni.


Aku tak pelik kenapa lembu-lembu kat ofis tu tak nampak apa yang aku buat selama ni bukan kerja aku. Job function list yang aku sign kat HQ masa aku mula-mula, hari pertama aku kat HR kampeni ni takde kena mengena dengan apa yang aku buat hari-hari. Aku tak salahkan ED, CEO, COO dan huruf-huruf jawatan tinggi yang lain tu. Lembu-lembu depan mata aku tu je. Diorang fikir aku bodoh macam diorang ke? Diorang fikir aku ni jenis yang rela, sua hidung aku, kasi orang atasan tindik?



Harap maaf.


Yang paling bodoh bila dah ada dah orang yang sepatutnya buat kerja-kerja setimpal dengan gajinya, tapi, nak aku jugak yang buat. Barua!


Pergi mampuslah korang. Job hunting kali ni memang serius. Tunggulah surat aku. Tak sabar nak taip surat letak jawatan.


Tapi..


Apapun, aku kena rasional.


ED, saya sayang kampeni ni. Serius! Tapi...
B. Disgrace

Tiga tahun kemudian...

Biasanya aku tak senervous ini.
Sumpah!
Ini bukan aku.
Kenapa jantung aku berdegup laju?
Kenapa hati aku berdebar-debar?
Sejak malam tadi.
:(
Is this a really thing to do?
Is it?
Oh, you know how I hate YOU!
Interviews.


Monday 3 May 2010

What would you do?

What would you do if you find out that your ex (whom you still hope that they will somehow come back to you) is going to engage/tie the knot very soon?

A) like i care? I dont give a fish.
B) throw the invitation card into the bin
C) cry out loud until your eyes pop out
D) commit a suicide
E) crash their wedding and make a scene
F) stalk the couple and hit them with your car
G) attend the wedding with a big congratulations smile though it eats you from the inside
H) kill his future fiance/fiancee/wife/husband
I) ....................., who? (fill in with your ex's name)
J) send tonnes of inappropriate piccies of you together as a wedding
gift.


Keh keh keh.


Sent from my iPhone

Sunday 2 May 2010

BLOG RASMI SALMAH COUTURE

Hai, kawan-kawan! :)

Saya baru je start bisnes menjual baju atas talian (online) melalui Facebook bersama dua org rakan lain, Nairus dan Mien. Nama 'kampeni' kami ialah Salmah Couture. Sila search di fb. :) Ada profile dan fanpage juga! Sila add kedua-duanya. ya! Thank you! Ehehe~ Kami mengetengahkan koleksi vintej (vintage), yang mana sedang menjadi tinggi permintaannya buat masa ini. :)

Setakat ni, alhamdulillah, perniagaan kami mendapat sambutan yang menggalakkan. Thanks semua!!

Ok, tujuan saya pos entri ni untuk promote blog Cik Salmah. We need your support, kawan-kawan! Harap anda semua dapat membantu kami dalam melebarkan sayap bisnes ini ya! Thanking each and every one of you in advance.

Kepada yang ada blog tu, silalah follow blog Cik Salmah ni ya! Here's a link to it! Sila klik link berwarna hijau di bawah untuk pautan ke blog Salmah Couture.

Thanks ppl!
Salam vintej dari saya :
B. Disgrace

Ainul Aishah Tak Pakai Bra

Things happen. Biasalah kalau dah bukak strap and bra tu loose. Korang kepoh2 pehal. Kalau ye pun dia tak pakai bra (KALAU), biarlah. "They're" hers, so it's up to her decision lah to decide whether or not to wear one. Aduh. Tu pun nak bising.





Ya, saya minat Ainul Aishah. Ada masalah ke?
B. Disgrace

Saturday 1 May 2010

Sakit Kaki

Aku tak sabar nak pergi buat appointment dengan orthopaedic aku, Dr Azmi. Kaki aku ni aku rasa dah makin kronik. Aku harap semua kawan-kawan doakan agar kaki aku masih dapat diselamatkan. Amiin. Aku taknak aku sakit kaki di usia muda. Sekarang ni pun memang dah macam orang tua. Naik tangga sikit je dah sakit lutut.

Semua ni kesan dari sakit kaki aku tahun lepas. Aku tergelincir dan urat kat kaki aku lari. Kaki kanan. Dua minggu aku dapat mc. Patutnya kena buat minor operation, tapi doktor kata nak try dengan treatment biasa dulu.

Inilah kesannya sekarang. Kaki aku dah mula lebam dah. Rasanya dah dua bulan. Lepas tu, aku dah tak boleh nak bend tiga jari kaki aku. Aku tak boleh melutut. Tak boleh berjalan dengan betul. Tak boleh letak full weight kat kaki. So, aku lebih banyak gunakan lutut (untuk letak beban). Lepas tu, aku punya lutut pulak lah yang sakit.

Jadi, tadi aku pergi mintak refer letter kat Klinik Semarak, sebab appointment card PUSRAWI and GL aku dah hilang. PUSRAWI minta aku dapatkan balik refer letter dari klinik panel, sebab lagipun dah dekat setahun aku tak follow up dengan orthopaedic aku.

And, memandangkan Isnin aku kena submit monthly committee meeting report kat GM, Jumaat jela aku pergi hospital. Tak sabar. Sebab, aku dah risau dah dengan kondisi kaki aku ni. Duduk bersila pun sakit ni tau. :(

Aku lagi suka kalau aku kena undergo a minor surgery. Serius! Teruja! Aku suka duduk hospital! Boleh jumpa kawan baru. :) Yang paling penting, boleh bercuti lama dari kerja yg takkan pernah habis kat ofis tu. Huhuhuhu~ Let's pray for minor surgery!! Amiin~ :D

Ok lah. Itu saje. Update tentang kesakitan kaki ku ini. He he he..







We want SURGERY!!!
B. Disgrace