Wednesday 12 May 2010

Mana satu ni?

Bila musim bola dah dekat, mesti ada perempuan yang tak senang duduk. Agaknya. Mengikut pengalaman aku, girlfriend-girlfriend aku yang berboyfriendkan laki-laki kaki bola atau kaki bangku yang buat-buat minat bola sebab tak mahu dicaci atau dituduh gay, akan gundah bila musim bola datang. :)

Haha.

Nak tau? Masalahnya, konon, bila anniversary kau clash dengan match penting macam team Brazil, Spain, Italy, Holland. Hmm. Apa nak buat?

Tadi aku dengar radio. Mana satu nak pilih? Bola atau girlfriend/isteri?

Ok, aku bagi situasi, katalah, malam tu ada World Cup Final. Ok ok, semi final la. Team kau main. Kau memang obses bola lah kan, kau lelaki normal. (Konon). Sekali, girlfriend/isteri kau cakap nak pergi tengok bulan bintang kat spot-spot menarik. Tak kisahlah, Bukit Permai ke, Bukit Teratai ke, KL Tower ke. (KL Tower boleh naik ke malam-malam?). Ah, lantaklah! Contoh je.

Ni anniversary ni. Mana kau nak pilih?

Tadi Ferhad kata, Ala pergi jelah open air mamak.. You can watch football match and see the stars and moon at the same time. Kan adil?

Betullah tu!

Kompromi. Kan bagus?





Aku tengok bola jugak. Tapi sebab nak tengok laki-laki comel. :P
B. Disgrace

No comments:

Post a Comment