Saturday 1 May 2010

Sakit Kaki

Aku tak sabar nak pergi buat appointment dengan orthopaedic aku, Dr Azmi. Kaki aku ni aku rasa dah makin kronik. Aku harap semua kawan-kawan doakan agar kaki aku masih dapat diselamatkan. Amiin. Aku taknak aku sakit kaki di usia muda. Sekarang ni pun memang dah macam orang tua. Naik tangga sikit je dah sakit lutut.

Semua ni kesan dari sakit kaki aku tahun lepas. Aku tergelincir dan urat kat kaki aku lari. Kaki kanan. Dua minggu aku dapat mc. Patutnya kena buat minor operation, tapi doktor kata nak try dengan treatment biasa dulu.

Inilah kesannya sekarang. Kaki aku dah mula lebam dah. Rasanya dah dua bulan. Lepas tu, aku dah tak boleh nak bend tiga jari kaki aku. Aku tak boleh melutut. Tak boleh berjalan dengan betul. Tak boleh letak full weight kat kaki. So, aku lebih banyak gunakan lutut (untuk letak beban). Lepas tu, aku punya lutut pulak lah yang sakit.

Jadi, tadi aku pergi mintak refer letter kat Klinik Semarak, sebab appointment card PUSRAWI and GL aku dah hilang. PUSRAWI minta aku dapatkan balik refer letter dari klinik panel, sebab lagipun dah dekat setahun aku tak follow up dengan orthopaedic aku.

And, memandangkan Isnin aku kena submit monthly committee meeting report kat GM, Jumaat jela aku pergi hospital. Tak sabar. Sebab, aku dah risau dah dengan kondisi kaki aku ni. Duduk bersila pun sakit ni tau. :(

Aku lagi suka kalau aku kena undergo a minor surgery. Serius! Teruja! Aku suka duduk hospital! Boleh jumpa kawan baru. :) Yang paling penting, boleh bercuti lama dari kerja yg takkan pernah habis kat ofis tu. Huhuhuhu~ Let's pray for minor surgery!! Amiin~ :D

Ok lah. Itu saje. Update tentang kesakitan kaki ku ini. He he he..







We want SURGERY!!!
B. Disgrace

No comments:

Post a Comment