Thursday 31 December 2009

My last entry

This going to be the last entry for the year of 2009. Ive already,
vividly structured my new year's resolution in my brain. The
traditional do's and don'ts. Biasa je. But overall, it's quite a long
list juga. Let us ignore the typical end of year question : Adakah
azam tahun 2009 berjaya dicapai? Well, i personally think that the
most important thing of all is the effort in oneself to urge their
innerself to at least set some goals in life to target to. Betul? Apa
yang penting is what's ahead. Kan? Then why bother whether this year's
resolution(s) is successfully achieved. Kalau exam, dapat straight A's
la konon. Hehe.

Ok, whatever pun it is, i like to keep my new year's resolution only
to myself dulu (at the time being). Mungkin aku lebih selesa begini.

Aku nak buat major changes. InsyaAllah. Maybe later-later, i'll type
in a new entry on it.

Have a great 3-day rest, my working adults friendies!

Muahs

Kissing 2009 goodbye :
B. Disgrace

Sent from my iPhone

Monday 28 December 2009

Memang, saya memang gila.

Khas untuk si 'Dia'.

Tak terniat pun di hati saya nak buat awak macam tu tadi. Saya nak
minta maaf. Saya tau saya tak patut buat macam tu kat awak. Terima
kasih kerana concern. Tapi saya tak selesa walaupun memang itu yg saya
mahukan. Ha, keliru kan? Ya. Awak takkan faham. Sebab awak bukannya
tahu pun. Kalau saya cerita, mesti awak yg terlebih berkobar-kobar.
Saya taknak tipu awak. Sebab tu saya diam.


Women act stupid in front of the person they like. So do I :
B. Disgrace

Sent from my iPhone

Friday 18 December 2009

Aku Terbang Tanpa Tabung Oksigen

Kan aku dah kata, aku tak suka berada dalam zon INI? Faham? Aku ni suka sangat manjakan diri kan? Terbang jauh. Jauh nun nak pergi ke bulan. Dah nak sampai dah. Dua pertiga perjalanan aku dah tempuh. Rupanya aku lupa nak bawa tabung oksigen bersama. Habis lelah. Sesak. Lalu, aku jatuh. Korang bayangkanlah, it's 2/3 the distance between earth and moon. Multiply that with gravity. Sakit!!! Hancur. Jadi debu. Lepas tu, angin lalu pulak. Kena tiup. Tak sempat untuk siapa pun kutipkan.


Yes, another metaphor from Nadia.


Aku dah kata, aku tak suka layan perasaan selesa tu. Aku menyesal bocorkan hal ni kat beberapa orang. Sekarang, aku yang rimas sorang-sorang dengan situasi ni. Ok, maybe dia tengah peningkan benda lain. Dan B, I tak salahkan you punya positive thinking. It's just that selalunya bila I terlalu positif, you tahu kan apa akan jadi? I don't blame you. I sangat berbesar hati when I know that you'll always be there for me when you're in need. Ily. Aku cuma tak suka terlalu bertanggapan positif dalam beberapa perkara dalam hidup ni. Tak kolot kan? Being cautious is so not kolot kan?


Sekarang aku tak tau. Esok, lagilah.








P is for Pening;
B. Disgrace

Thursday 17 December 2009

'Lame' ke aku ni?

Apa korang rasa bila orang yang korang suka sentuh satu isu yang agak peribadi (tapi takdalah peribadi sangat) tentang kau? Apa-apa jela, kot hobi kau kumpul setem ke rama-rama ke(macam Romeo).. kumpul guli ke.. kan? Dia perkotak-katikkan. Dia kata lame. Apa korang rasa eh?

Kalau aku, aku terguris.

Tapi, ni sebenarnya perumpamaan je. Aku umpamakan je. Bukan exactly sama dengan situasi aku tu. Aku saja je.

Aku tengah tunggu Najjah online ni. Aku ada benda nak bgtau kat dia. Aku tak rasa apa yang Najjah rasa akan berlaku, akan berlaku. Haha. Ayat aku, pening kan? Hihihi. So, Miss KN, kalau awak baca entri ni, sila segera call saya. Saya call awak tadi tak dapat. Both of your number. Awak kat mana?

Well, anyways, aku tau entri aku makin lama makin bosan kan? Aku dah kurang peka dengan apa yang berlaku kat sekeliling aku. Jadi, takdalah topik-topik yang menarik nak pos. Walaupun aku tau, entri aku taklah setanding dengan entri Zahiril Adzim tu. Kan? Hahaha~

















Pencilkan diri lagilah walaupun saya tak suka;
B. Disgrace

Sunday 13 December 2009

Saya Suka Dia. Noktah!

Suka. Haah. Saya rasa saya suka kat dia. Tapi dia tak perasanlah. Takkan nak bagitau pulak kan? Seganlah. Haih, Macam mana ek?








Saya ingin memencilkan diri :
B. Disgrace

Friday 4 December 2009

Err.. Memey Tak Panik Pun En Mat Dom...?

Bertenang sekarang. Wait. Apsal aku tak panik? Oh no. This is not right. Sebetulnya, aku patut ada rasa berdebar-debar nak hadapi peperiksaan akhir Isnin ini di UM untuk kertas Sosiologi. Ya, Sosiologi yang aku tak faham satu apa tu lah! Adeh!

Ok now. Modul fotokopi sumbangan Carrefour (not really from Carrefour), dari Cik Mazlee yang pemurah tu (terlalu pemurah hinggakan terfotokopi mukasurat ganjil saja. Maz, kau memang kelam kabut! Hehe..) dah siap di-bind oleh Abang Sham. Aku kirim tadi masa dia turun hantar Along ke bawah.

Macam menarik nak baca. Aku hanya perlukan beberapa keping fullscap paper, highlighter, pen dan pensel beserta pemadam untuk jadikan teman menelaah.

Ha. Sekarang aku dah mula panik. Aku baru lepas tinjau kertas soalan semester lepas. Wah wah wah. SUSAH OK!!!!!! Dah aku tak mahu buang masa lagi dengan blog ni. Memang aku ada entri baru nak pos. Tapi nantilah dulu. Aku tak mahu memperhudikan masa depan aku (Isnin ini). Hehe.

Korang bayangkanlah. Kertas tu dari 9:00 pagi sampai 12:10 tengahari. Apa yang dia nak tanya lama-lama tu? Menyampah! Hahaha. Boleh? Aku ni gila kadang-kadang. Jangan layan sangat.

Anyway, friends.. wish me luck with this paper ok? Please. I really really really need it (luck). Haih nasib baik teman ambil cuti lama untuk study. Yeah! Thanking you in advance for wishing me good luck. Muahs. Saya sayang anda semua.
















Benci tapi kena buat-buat minat juga...
B. Disgrace

Wahai Si 'Lelah'..

Heh!

Kita tak boleh selalu bagi muka kat orang, Nanti orang yang mengada-ngada akan jadi lebih mengada-ngada. Yang besar kepala makin besar kepalanya. Yang rasa asyik dia je betul, akan menjadi lebih worse. Yang rasa diri dia paling bagus antara orang lain, akan lebih hanyut dengan keangkuhannya.

Nanti dia rasa dia asyik di pihak yang betul. Nah, lihat! Ada sezarah saja perasaan akur yang mengaku khilafnya. Tapi, dalam bait-bait 'itu' tidak pula disertakan perkataan maaf. Atau bunga-bunga pohon kemaafan.

Hei, persahabatan perlu ada give and take. Ingat! Kalau hanya seorang saja yang beri beri dan beri. Kadang tu, dia nak juga terima sesuatu. Kita semua tak sempurna. Aku bukan malaikat!!







Think hard!


Biasa-biasa sahaja:
B. Disgrace

Tuesday 1 December 2009

Kau Tolong Jangan Nak Menyusahkan Hidup Aku Boleh Tak, Kawan?

Kawan ni macam-macam jenis. Macam-macam hal. Macam-macam pattern.

Aku paling tak berkenan kalau yang dah buat salah, tapi tak sedar, konon. Tak faham, konon, kenapa kita marah dengan dia. Dan yang paling aku tak berkenan bila kesilapan yang sama dia ulang banyak kali. Berbulu betul. Rasa nak maki depan-depan, tak sampai hati. Kawan bagi aku adalah sesuatu yang berharga. Sangat berharga. Kawan-kawan ni kita kena tatang macam minyak yang penuh. Sungguh. Itu akulah. Aku, kalau susah, aku cari kawan dulu. Lepas tu baru aku cari mak aku. Bukan apa, aku taknak susahkan hati orang tua tu. Jadi, kawan-kawan bagi aku semua aku sayang, semua penting. Sebab tu kawan aku ramai. Dan, jangan rasa macam, wah... (bunyi kagum) kalau aku masih lagi in touch dengan kawan-kawan sekolah rendah aku. Most of them.

Selingan kejap. SKS kiddos, saya sayang anda semua! Muahs!~~

Ok, sebenarnya aku nak cerita pasal apa yang aku 'tak puas hati' dengan kawan aku ni. Aku taknak sebut nama kat sini. Tapi, kalau korang dari kalangan pembaca tegar blog aku ni (terima kasih banyak-banyak), korang tau lah siapa.

Aku ulang sekali lagi. Aku paling tak berkenan kalau seseorang tu duk ulang-ulang kesilapan yang sama. Meluat betul aku. Ah, mungkin tahap kepentingan aku sebagai seorang kawan dalam hidup dia tak setinggi kepentingan dia sebagai seorang kawan dalam hidup aku. Aku agak je.

Kalau kau baca ni, kalau apa yang aku rasa ni salah, betulkan. Jangan marah. Aku minta maaf. Kalau dulu, aku boleh sabar lagi sebab kau kata kau kena jaga hati dia. Ok, fine. Dia buah hati kau. Aku hormat. Aku hormat kalau kau kata itu hak kau. Privacy kau. Walaupun perbuatan kau, keputusan kau tu menjejaskan kerja aku. Menyusahkan aku. Kau kata sebab aku, kau selalu gaduh dengan gf kau. Sampai nak putus. Ok, aku akur lagi dengan apa yang kau cakap. Kawan. Kan?

Banyak kali kerja aku terganggu sebab kau. Aku mengeluh, mengomel sorang-sorang je. Aku tak pernah merungut terus pada kau dengan menganggap kau sepatutnya faham. Kerja tetap kerja, kawan! Kadang tu aku geram. Tapi aku tak boleh nak marah. Aku ni terlalu nak jaga hati kawan ke eh? Hati aku siapa nak jaga? Ah!

Lepas kau bertunang, kau kahwin. Sampai sudah kau nak susahkan aku lagi. Aku call bersebablah bongok! Kau ingat aku call sebab sengaja nak tanya kau kat mana? Kau buat apa? Kau dengan siapa? Kau dah makan ke belum? Macam kau ni laki aku? Tak. Maaf sikit! Aku bukan perempuan gedik macam perempuan-perempuan lain yang mungkin kau pernah kenal. Jangan samakan aku dengan barisan perempuan gedik yang kau kenal tu. Aku tak pernah gedik dengan kau. Aku anggap kau macam abang aku. Kau nasihat, aku terima. Aku dengar.

Sabtu lepas memang aku dah tak boleh tahan. Aku tinggi suara dengan kau, kau fikir aku bergurau. Haihh! Memang aku sengaja suruh orang lain jadi orang tengah sekarang ni kalau ada apa-apa hal yang aku nak quiry berkaitan tempat yang kau handle. Bagi aku, biarlah aku yang nampak buruk kat mata diorang semua, asalkan aku tahu apa yang aku tahu. Diorang takkan tahu sebab aku pun taknak diorg tahu. Aku cuma rasa bangsat gila bilamana orang-orang sekeliling kata aku emosi lebih lepas kau kahwin. Ah, pergi matilah mereka.

Aku benci.

Dah dua hari tak bertegur. Aku rasa macam cibai. Weh, aku bukan nak sangat gaduh dengan kau. Aku bengang. Kau selalu menyusahkan kerja aku. Tolonglah aku. Tolong ubah perangai keanak-anakan kau tu. Kau dengan better half kau sama je. Tolong respect periuk nasi aku.









Tolong sikit je aku mintak :
B. Disgrace