Showing posts with label E is for emo. Show all posts
Showing posts with label E is for emo. Show all posts

Thursday, 15 December 2011

Could You Please Tell Me The Things That I Don't Know?

Siapa kat sini yang suka kalau management charge dia buat salah walhal bukan dia pun yang buat salah tu? In fact, dia tak tau-menau pun pasal benda tu. Dan yang lebih penting, dia tak pernah suruh siapa-siapa pun punchkan kad dia. Orang yang gatal tangan tu yang "baik hati" sangat pergi punchkan kad dia.

Hei! Semak betul kau ni! Nuisance! Menyusahkan hidup aku. Dekat-dekat hujung tahun ni kau bikin panas line aku plak. Kalau tak tahu pape, jangan nak memandai-mandai gatal tangan. Sumpah semak!

Ok, fine. Boss aku kata aku just kena kaunseling and she said "kaunseling tu normal la... biasa je..". Tu pada dia. Pada aku, it's a big deal okay! Kaunseling masuk dalam personal file record aku.

1) Kalau aku perform macamana pun sampai tahap "technician buat kerja manager" macam dulu tu, confirm-confirm aku takkan dapat promotion. Even if boss aku promote aku bagai nak gila pun, dah nyata-nyata dalam personal file aku dah ada bad record. Shite!

2) Kalaulah aku nak berhenti kerja kat sini, aku nak develop career aku dengan company lain. Company tu pulak bukan company cap hayam. Lebih established dari company sekarang (katalah kan...), korang ingat HR diorang taknak liaise dengan HR company aku sekarang ni? Oi, lu sekolah kat mana? Big organisations tak ambil lah orang-orang bermasalah masuk dalam org diorang. Buat apa kalau orang yang dia bawa masuk tu bagi pengaruh negatif kat org dia?! Faham tak?

3) Yang paling tak best, boss dah mark kau. Kes ni kes berat. Bukan kes tak capai KPI. Kes punch card ni kes teramat diambil serius oleh mana-mana organisasi pun. Kes ni GM pun dah tau. Dan yang paling "best" sekali, ada cc kat CEO. Haaaa, just imagine lah. Unit aku ni dahlah direct bawah CEO. Eeeeee, sumpah otak aku semak! Memang dah habis dah reputation aku kat company ni. Semua pasal manusia-manusia bebal kat office tu! Kalau tak menyusahkan hidup orang tak senang agaknya hidup dia.

Yang si HRAM tadi tu balik-balik nak perli aku macam kalau aku tak mengaku, "Tuhan tu Maha Mengetahui". Eff YOU! Itu kau tak payah ajar aku. Aku rasa akulah salah satu manusia yang mengamalkan konsep TUHAN MAHA MENGETAHUI dalam APA SAHAJA yang aku buat sehari-hari. So, please, tell me some things that I don't know, boleh? Heh! *RollingEyes*

I know that some of y'all will say that aku ni exaggerate lebih and hanya besarkan benda kecik. KECIK KEPALAHOTAK KORANG! Korang yang lampi. Korang kerja kat company mana? Kau bukak balik employee handbook office kau, baca elok-elok, word by word. Kalau takde klausa yang mengatakan kesalahan berkenaan punchkan kad orang kesalahan yang boleh diambil tindakan serius sampai boleh kena buang kerja, tu maknanya kerja kau menoreh getah. Toreh getah mana ada punch card bongok!

Pendek kata, semua yang aku cakap berasas. Eh, haven't I told you that my late father has taught me enough about life? Ha, kau balik rumah, tanya mak bapak kau betul ke tak. Kalau tak dapat jawapan jugak, kau pergi kedai buku, kau beli satu stack punch card, kau bukak seal dia, kau baca tulisan kecik kat atas kad tu.

Sunday, 26 June 2011

Tambah Tolak Darab Bahagi

I have a friend who uses his/her advantages to suppress another friend.




I hate that bitch. That pretentious bitch.



Kalau kau tak ada hati perut, kau harus ada perasaan malu dengan tuhan.



Dosa.



Baik kau pergi jahanam.



---



My bestie is here. I miss her. :(



---







Sent from my iPhone

Tuesday, 19 October 2010

Now what?

A boss is like a diaper : always on your ass and usually full of shit!



Pegawai ini adalah seorang yang rajin tetapi kurang minat untuk memajukan diri.



Hmmm. That's what my immediate superior commented on my appraisal.









Jadi, apa sekarang?

Monday, 14 June 2010

Habis bateri. Need charging.

Adalah sangat cetek fikiran jika laki-laki menganggap yang perempuan cantik akan memberikan mereka kebahagian.

Dahlah bodoh, bila orang ajar, nasihat, taknak dengar. Tapi, ya, bukan semua perempuan cantik tu evil. Aku takkan cakap macam tu. Tapi kebanyakannyalah kan. Mereka rasa mereka bagus, they have all the power in the world to choose.

Dan..

Lebih teruk bila perempuan yang tak berapa nak cantik juga ada virus begitu dalam hati. Ah, tapi semuanya interrelated. Pergi mampuslah dengan dunia cinta.

Serius!

Aku dah letih nak kenal, kemudian, bercinta. Bosan. Mungkin aku juga akan suruh mak, makcik pakcik aku carikan jodoh. Macam kawan aku.

What I know now, I want to concentrate on my studies and my goals in life.

Sunday, 6 June 2010

Kondisi Kaki

Hoishhh!
Bengkak teruk.
I did a lot of standing today.
A lot of work.
Inilah kesannya.
THANKS!
I have never felt unappreciated like this before.
Ok, tipu. Maybe I had.
But not from the blood ties.
THANKS.

Ok, maybe they're just NOT your family. You're not QUALIFIED as one.
Well, really, it's not a biggie.
Cus I think we're RELATED.
SOMEHOW.
*Mungkin aku akan pos satu entri tentang hati aku yang dah hilang ini. Cuma bukan sekarang.

Tuesday, 23 March 2010

STOP! Please stop. Just stop, would you?

Please.
Stop treating me like this.
Stop making me feel like i am less important to you, at some times.
Some time, like now..
Stop making me feel being used.
Please.




Exploited LoveFOOL ;
B. Disgrace

Monday, 15 March 2010

K is for kahwin?



Lepas satu, satu kenduri kahwin yang aku attend. Lepas sorang, sorang kawan aku kahwin. Don't get me wrong. I still can live with it. Aku rasa aku cuma akan ternganga keseorangan bila Nairus Nordin dan Khairun Najjah kahwin. Sebab, kalau aku kahwin dulu, (aku tau laki aku cool), jadi, aku takde masalah nak hangout dengan perempuan-perempuan dua orang ni. (InsyaAllah). They're my closest friend in the whole wide world. Aina sekarang dah jauh. (Dari dulu memang jauh kot). So, ketidakberadaan dia dengan aku tu dah sangat selalu, sampai aku dah terbiasa. Frankly speaking, aku rasa, kami dah berapa bulan dah tak berSMS. We're still living with it. Kami dah biasa jauh. Tak kisahlah sangat.

Yang dua orang ni hah. Ni lah manusia yang aku angkut ke kenduri(s), wedding(s), teater, live band, konsert, karaoke, movie, emergency curhat meet ups, Starbucking, bhooooooting, buzzing, dan banyak lagi kalau nak listdown. Yang paling akan dirindui kelak adalah all girl's day out. Haruslah kan? Catch up meeting after work. Saje, hangout buang masa, change stories on work matters, general issues. Bincang pasal political issues yang sampai la ni pun kami duk pening lagi. Satu haram apa pun tak faham. Haha.

Semalam pergi wedding Imad, Najjah kata macam dia nak kahwin dah je next year. (Yeke wey?). Aku pun tak dapat nak pastikan dia serious ke main-main ke. Aku pun malas nak tanya banyak kali. Lantaklah!

Boleh tak kalau aku cakap aku nak kekal macam ni sampai bila-bila? Maksud aku, friendship ni dan acara-acara ritualnya. Is it possible?






Lots of ♥ with hugs and kisses;
B. Disgrace

Friday, 18 December 2009

Aku Terbang Tanpa Tabung Oksigen

Kan aku dah kata, aku tak suka berada dalam zon INI? Faham? Aku ni suka sangat manjakan diri kan? Terbang jauh. Jauh nun nak pergi ke bulan. Dah nak sampai dah. Dua pertiga perjalanan aku dah tempuh. Rupanya aku lupa nak bawa tabung oksigen bersama. Habis lelah. Sesak. Lalu, aku jatuh. Korang bayangkanlah, it's 2/3 the distance between earth and moon. Multiply that with gravity. Sakit!!! Hancur. Jadi debu. Lepas tu, angin lalu pulak. Kena tiup. Tak sempat untuk siapa pun kutipkan.


Yes, another metaphor from Nadia.


Aku dah kata, aku tak suka layan perasaan selesa tu. Aku menyesal bocorkan hal ni kat beberapa orang. Sekarang, aku yang rimas sorang-sorang dengan situasi ni. Ok, maybe dia tengah peningkan benda lain. Dan B, I tak salahkan you punya positive thinking. It's just that selalunya bila I terlalu positif, you tahu kan apa akan jadi? I don't blame you. I sangat berbesar hati when I know that you'll always be there for me when you're in need. Ily. Aku cuma tak suka terlalu bertanggapan positif dalam beberapa perkara dalam hidup ni. Tak kolot kan? Being cautious is so not kolot kan?


Sekarang aku tak tau. Esok, lagilah.








P is for Pening;
B. Disgrace

Thursday, 17 December 2009

'Lame' ke aku ni?

Apa korang rasa bila orang yang korang suka sentuh satu isu yang agak peribadi (tapi takdalah peribadi sangat) tentang kau? Apa-apa jela, kot hobi kau kumpul setem ke rama-rama ke(macam Romeo).. kumpul guli ke.. kan? Dia perkotak-katikkan. Dia kata lame. Apa korang rasa eh?

Kalau aku, aku terguris.

Tapi, ni sebenarnya perumpamaan je. Aku umpamakan je. Bukan exactly sama dengan situasi aku tu. Aku saja je.

Aku tengah tunggu Najjah online ni. Aku ada benda nak bgtau kat dia. Aku tak rasa apa yang Najjah rasa akan berlaku, akan berlaku. Haha. Ayat aku, pening kan? Hihihi. So, Miss KN, kalau awak baca entri ni, sila segera call saya. Saya call awak tadi tak dapat. Both of your number. Awak kat mana?

Well, anyways, aku tau entri aku makin lama makin bosan kan? Aku dah kurang peka dengan apa yang berlaku kat sekeliling aku. Jadi, takdalah topik-topik yang menarik nak pos. Walaupun aku tau, entri aku taklah setanding dengan entri Zahiril Adzim tu. Kan? Hahaha~

















Pencilkan diri lagilah walaupun saya tak suka;
B. Disgrace

Thursday, 8 October 2009

Berbaik-baik membawa padah

Sep 5, 2009 2:48 AM


Me to Him :




Him to Me :

Tq... ingat je ko eh...


Oct 7, 2009 6:13 PM

Him to Me :

Selamat hari lahir Nadia, sorry kalau terlambat. Semoga panjang umur murah rezeki :-)

(obviously, dia edit dari doodle yang aku send kat dia..)




Aku reply.

Me to Him :

Kalau ya pun lukislah sendiri. Overwrite aku punya hasil kreativiti pula. Tq sebab doakan yang baik-baik untuk saya.





Dia balas balik. Imej kat bawah ni.

Him to Me :





Aku balas.

Haha. Jangan baik-baik sangat. Nanti saya jatuh hati. Hahaha.



Dia.

Hahaha.. Hati awak jatuh takpa.. Jangan hati saya ni, bahaya woo..



Aku.

Awas. Kawasan tapir berbulu merah jambu melintas di hadapan. (Awaklah tu). Kalau berlanggar bahaya. Kalau hati saya jatuh saya kena kutip sendiri. Kan?



Dia.

Saya tolong kutipkan.. Tu pun kalau saya hidup.. Awak kalau langgar stok mati punya kan...?



Aku.

Bergantung kepada berapa merbahaya tapir berbulu merah jambu itu. Kalau tak merbahaya macam dulu saya cepat-cepat tekan brek kecemasan. Err..



Dia.

Baguslah.. Beringat.. Saya pun tak nak kena langgar.. Awak langgarlah tapir-tapir yang sopan santun lagi baik budi pekerti mereka itu.. K.. Bye..

.
.
.
.
.
.

I didnt reply. Why should i? Kan? Aku terguris. Apa maksud dia sebenarnya? Dia tak 'berkeinginan' dengan aku kah atau dia tak mahu aku terjebak dengan 'kancah' dia tu lagi? Keliru.

Sedih.




Senangnya dia lupakan aku:
B. Disgrace

Ok, i get it. Dia perli aku! Celaka!

(Tidak tenteram).

Monday, 21 September 2009

Lagi tentang jiwa..

Lagi?
Ya.
Lagi tentang jiwa.
Yang kusut.
Mungkinkah terbawa-bawa?

Keterlaluankah aku?
Kalau aku keterlaluan, aku dah jadi macam dia.

Gedik.

Aku bukan macam tu.
Tak.
Langsung tak.
Jauh sekali.

Walau macamana sucinya pun rasa jiwa aku ni, aku takkan buat macam tu.
Aku masih ada rasa segan, rasa malu dalam diri.
Aku taknak bodohkan diri depan public.

Murahan.

Cemburukah aku?
Mungkin.
Ya, mungkin.

Mungkin aku rasa lemah.
Lemah dari dia.
Dia ada segala.
Paras rupa, mulus.
Aku?

Ah, malas aku fikir lagi.
Bukankah raya-raya macam ni lebih sinonim kepada maaf-memaafkan?
Aku hanya terlebih emosi. Mungkin.
Terbuai dengan perasaan bodoh itu sendirian.
Walau tidak sebodoh perasaan dulu, namun masih, bodoh.
Kan?




Bila emosi mengawal minda;
B. Disgrace

Friday, 11 September 2009

Jiwa Kacau Yang Kacau

Dah lama aku tak blogging. Sibuklah. Banyak kerja. Banyak urusan. Heh! Bukan tak ada perkara-perkara yang menarik berlaku. Ada banyak. Tak sempat nak kongsi je. Gossip? Huuuii, lagilah banyak weyh...!! Hahaha.. Di sekeliling aku penuh gossip.. Yahahaha.. ;8p

Hmm, nak tau? Inilah aku. Aku adalah kenal seorang lelaki ni. Tiba-tiba aku macam suka lah pulak kat dia. Macam kebiasaannyalah, kalau aku suka someone tu.. I'll look at him from afar je. Ado berani nak cakap? Eyh, nanti orang kata perigi cari timba pulak kan? TAK MAHU!! Lagipun, aku tak biasa jadi pihak yang lakukan first step. Haha. (Hep! Bukan angkuh TAPI, it's a fact okay!)

Jadi, aku pun usulkan lah kepada beberapa orang teman rapat. Quite rapat. Dan juga pada abang angkat aku Bounces- (bukan nama sebenar). Semua kata, go for it. Zaman sekarang, kata mereka takda istilah dah perigi cari timba. Kalau nak, kena rembat cepat. (Rembat-aku guna exact word yang abang guna). Haha. Rempit sungguh bahasa. Lalalala~

Tapi, mana mungkin. Aku baru kenal dia. Terkamjatlah dia nanti kan? Setakat ni, yang sependapat dengan aku cuma Reggy dan Piyya saja. Cik Beez pulak tak sempat nak komen-komen sangat sebab beliau tersangatlah busy. Ah, aku pun malas nak fikir sangat.

Cuma, aku rasa aku dah parah. Parah, sungguh! Apa tidaknya. Katakanlah 8 kali purata aku login Facebook aku. 13 kali aku tengok page dia. Setiap kali singgah page dia, bukan main berjam-jam lagi sambil sengih sorang2. Hah? Amacam? Gila kan?

Sebenarnya, aku tak suka perasaan macam ni. Susah.

Dahlah, malas nak layan sangat rasa hati ni. Boleh jadi biul! Huh!





Parah kerana terpanah?
B. Disgrace

Monday, 7 September 2009

Hidup Ini Memang Palat, Tapi Esok Masih Ada

Aku nak cakap tu je.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Terima kasih banyak-banyak, kawan-kawan yang kita suka!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Terima kasih sebab buat aku rasa macam palat.








Kenapa hidup ni sangat babi?
B. Disgrace

Wednesday, 2 September 2009

Hari ni Hari Hati Berbunga ke?

Insiden hari ini betul-betul buat aku terbang ke ruang satu lagi. Ruang tu ada aku, dia, masa lalu. Penat nak tegah diri ni supaya pergi jauh dari tempat tu. Tapi ianya seolah-olah memanggil-manggil. Dari malam semalam.

Tahun lepas, masa aku sakit nak mati, dia ada. Dia ada je kat situ. Dia tolong aku macam-macam. Aku rindu masa tu kot. Masa tu bulan puasa jugak. Saat cemas tu macam aku dengan dia je kat situ. Kereta tu, yang dah lama aku tak naik. Aku rindu kat dia.

Aku nak vicks, dia hantarkan,
Aku nak sup cendawan kat kedai favourite aku, dibelikannya, dihantar.

Masa kat hospital tu, aku dengan dia je ada. Lama aku kat dalam tu. Dekat tiga jam. Kesian dia sampai tertidur dalam kereta.

Perasaan ni akan hinggap kat ruang minda aku yang sempit ni setiap kali aku shuffle semua lagu dalam ipod aku. Aku nak marah kat diri sendiri pun ada. Lemah! Apehal dengan kau ni, Nadia? Aduh.. Bila lagu-lagu tu berputar, semuanya macam terhenti. Lepas tu, macam ada skrin kat depan mata aku. Ulang-ulang kenangan lalu. Celaka!

Bila aku fikir-fikir balik, aku marah kat diri aku. Kenapa aku suka sangat layan perasaan bodoh tu? Memang perasaan ni bodoh. Sebab, he is capable of breaking my heart into pieces, again. Kalaulah ya berbaik semula, aku pun tak terhitung ke berapa kali gamaknya hati aku ni dirobek. Habis luka berdarah. Parah.

Nadia, senang-senang je kau nak relakan diri kau diperlakukan sedemikian rupa. Fikir betul-betul, Nadia! Ingat semula betapa pahitnya rasa yang dah kau lalui.

Tapi, aku betul-betul sukakan dia. Masih harapkan dia? Entah, yang tu aku takda jawapan. Mungkinkah aku tipu diri aku sendiri? Agaknyalah. Aku betul-betul takda jawapan. Yang paling perit bila mak engkau sukakan dia, tapi engkau takda apa-apa dah dengan dia. Ya, mak aku suka sangat dengan dia tu apehal?

Kadang-kadang aku peninglah. Aku memang dah tak percaya dah cerita Nairus dengan jambatannya tu. Aku tak tahu kenapa tapi aku taknak percaya. Aku MALAS! Sama je macam aku berlagak macam takda apa yang berlaku padahal aku seolah menipu diri aku sendiri sebabnya dalam hati aku ni resah, risau , semuanya ada..

Nak aku carutkan aje. HELL!



Gundah gulana :
B. Disgrace
(perlukan bantuan)

Sunday, 30 August 2009

Siri Bercakap dengan Diri Sendiri I

Tadi aku pergi sahur di McD yang berdekatan dengan rumah. Hmmm. Tempat nostalgic. Siotlah!!

Nadia, nadia! Perlu ke?
Tak.
Tapi...........
Ah, jangan! Nanti tersasar lagi..
*dush dush*
Adeh, tolong jangan berlegar-legar dalam minda la wehhhh!!
Pergi!
Shoot!

Adeh! Kurang hajarlah wehhhh!
Tolonglah.
Pergi.
Just go.
Please.
I beg you, please..
Go..



:8(

(2007-2008)
Masih segar, iya.


B. Disgrace
Aku loser kah atau loser kah aku?

Wednesday, 19 August 2009

Rindu

Petang tu.
Hujan.
Pandu pulang.
Hujan lebat.

Laluan itu.
Laluan yang sama.

Waktu tu.
Saat tu.
Aku rasa sama.
Sama dengan hari tu.
Aku pandu.
Gagahkan anggota.
Fokus.
Pandu.

Radio memang tak on.
Tiba-tiba.
Aku menangis.
Terfikirkan Rhinestone Cowboy.
Seakan sedang terputar.

Aku teringat dia lagi.
Dia.
Yang dah lama aku tak jenguk.
Aku rindu dia
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Babahku.





Aku betul-betul rindukan saat begini.
Lepak dua beranak.
Minum teh petang-petang kat Restoran Kassim.


Restoran Kassim pun dah takda. Aku rasa seolah-olah semua memori di situ dibawa pergi bersama dengan dia. Tapi, setiap kali aku ambik corner dari blok aku ke Blok 33 aku mesti ingat teguran dia.


Beriya betul paut steering. Kan power steering, rilekslah.


Aku akan gelak kecil dalam hati. Cuba sorok rasa sedih.


Lagi, aku tak mungkin akan lupakan saat dia ajar aku pandu kereta manual. Kereta dia auto. Jadi dia tukar kereta dengan Aunty Rozy seminggu sebelum aku jalani ujian memandu dengan JPJ. Bapak mana yang taknak anak dia lulus ujian memandu.


Sebelum tu, dia selalu ajar aku memandu lepas kami pergi jogging pagi-pagi kat Titiwangsa. Mula-mula pusing kat parking je. Dah lama sikit dia suruh aku bawak kereta dia kat jalan yang kurang sibuk.


Aku ingat lagi ada satu masa tu. Masa tu pilihanraya. Pusat mengundi dia kat Sg Way. Pergilah kami tiga beranak. On the way balik, tiba-tiba dia berhenti kat Grand Season Hotel. Katanya, nak bagi aku pandu sampai rumah. Aku takut. Jalan sesak. Nak kena tempuh Bulatan Pahang. Aku mana berani. Dia yakinkan aku. Berjaya pun. Selamat sampai rumah. Siap parking sekali. Hehe.


Sebut pasal Grand Season Hotel, teringat pulak lepas teman dia fetch mak kat ofis, kami singgah kat situ dengar live band. Seronok.


Lepas tu, ada lagi. Banyak tempat makan yang first class rasanya dia bawak kami.


Mee Rebus kat Doraisamy.
Kedai Mamak kat corner yang sup dia gao tu kat Doraisamy jugak.
Mee Rebus sedap kat depan Standard Chartered ke Bangkok Bank tah. (Aku pun dah lupa!).
Nasi Lemak @TPCA.
Satay terbaik kat Jln Peel. (sekarang dah takda).
Ah Kow @TPCA.
The best chapatti and teh tarik susu lembu : Santa Curry House @Jln Sarikei. (kedai Uncle Joe).
Bihun Sup Utara @Jln Chemur.


Macam-macam. Banyak lagi.


Semua yang masih ada tu, semua tulah yang buat aku selalu fikirkan dia.


Al-Fatihah.


Semoga dia ditempatkan dengan roh-roh orang yang beriman.
Amiin~








I miss him so much :
B. Disgrace
(crying)

Sunday, 9 August 2009

Dugaan ke ni?

Tolonglah jangan duga aku yang lemah ni. Aku memang kurang sabar. Jangan duga aku. Dugaan ni berat sangat. Aku tak mampu nak terima.

Boss yang sangat mendesak + Server yang sangat lembab = Gangguan emosi yang maha dahsyat!!

Omg! Aku sangat tertekan di saat ini. Sungguh. Amat sangat!

Kurang 20minit lagi jam 9malam. Ahad. Aku masih di pejabat. How fucked up is that? Ergh!! Otak aku makin loya. (Ada ke otak loya?). Ah, sekali lagi.. Blog aku, tulisan aku, suka hati aku!!

Dah lebih 10minit aku load report function kat sistem bodoh ni. Ah, baru sekarang dia nak keluar that bloody " The page cannot be displayed". Babi!

Sekarang dah azan Isya'. Aku masih stuck di pejabat. Sedari aku pulang dari bercuti, kubikel stesen kerja aku unorganised! Berterabur. Berselerak dengan A4 paper. Feedback dari para kontraktor. Dengan memo dari HQ yang di SK kan kat aku. Kenapa kebodohan orang lain perlu ditanggung oleh aku? Kenapa?

Diorg yang salah close case under company. Aku pulak yang kena bear with the consequences. Hidup ini sungguh babi!! Argh!!! Ikut hati aku, ikut darah aku yang tersirap ni, nak aje aku masuk server room dan hempas kan binatang2 dalam tu semua.

Aku dah cuba positif dah dari pagi tadi. Masuk ke jam ini, aku dah tak tahan. Aku baru je terima balasan sms dari Su, IT Programmer kat ofis aku ni. Katanya dia takda pulak dapat apa2 info dari ICT kat HQ tentang gangguan server malam ni. Ah, sheebye ah!!!!

Aku tak tau sekarang ni nak terus balik atau tunggu dulu.

Wait.

An sms. Kat hp pemberian kampeni.

Su. Katanya : Cuba reboot modem dan firebox.

.
.
.
.
.

Hadoi. Hampa. Tak boleh jugak. Takda kesan.

Aku nak balik ke nak tunggu dulu ni? Ah. Celaka!

Aku mahu pulang. Tulang belakang aku makin bengkok. Cukuplah dari 11pagi aku bertungkus-lumus siapkan report ni. Kalau aku tahu macam ni, tak hingin aku datang. Tapi, kalau aku tak datang, ambil masa yang lebih panjang pulak nak amend mende alah ni. Hadoi!

Dahlah. Server bodoh ni dah ok pulak. Bunguks!



Server babi sangat malam ni :
B. Disgrace

Tuesday, 4 August 2009

i find english is VERY boring, for the first time in my life

Aku baru lepas makan charcoal tablet yang Zam bagi. Gastric lagi. Adehh..

Tajuk entri kali ni. (Babi). Dang! <--- kata-kata kesat. (Tension).

Terus terang aku cakap, sejak aku bersekolah dari darjah 1 sampailah sekarang ni, inilah kali pertama aku rasakan yang English ni adalah subjek yang membosankan. Argh!

English for Oral Communication. Huh! Tak sangka benda yang sangat simple. Bila kita pelajari dengan lebih mendalam, ia menjadi sangat sukar. Korang faham tak? Aku tak sangka sebenarnya subjek ni ada final paper. Aku ingatkan sekadar assignments, oral, presentation sahaja. Terkena betul kali ni. The whole class in fact, terkena. Tak budget langsung kami ia akan ada kertas untuk peperiksaan akhir. Sengal. Kejung kami semua.

Yelah, selama ni lecturer kami hanya tekankan tentang tugasan saja masa tutorial. Tiba-tiba aku berkecil hati dengan lecturer aku. Huuuu~ Dia cuma ada bagi contoh soalan berjawapankan 4markah. Tupun dua kali. Sekali diminta untuk dibincangkan dalam kelas dan satu lagi diminta untuk dibualkan di dalam forum atas talian. Dan lagi, ada yang dimintanya untuk kami bincangkan sesama sendiri di dalam kumpulan secara on the spot. Hah, itu memang senang. Create a dioalogue from the given situations. Senanglah. Ini, tanya :

"Explain what is RECEIVED PRONOUNCIATION?"

Apa ke bendanya tu? Dalam modul pun takda. Ke ni modul lama? Aku punya format baru?Haihh.. Tahlah pening kepala aku.. Huuuuu... Nak nangis..

Takmolah sampai tak dapat jawab esok.. Ya Allah Ya Tuhanku, lorongkan hambaMu ini ke arah kerajinan.. Amiin~


Ini dia Modul, Notes dan Past Year Exam Paper + 'Pensel tekan' Pilot ku ;8)









Masih berdoa;
B. Disgrace

Sunday, 21 June 2009

saya benci kamu

what was that entry all about?
knape nak delete plak? bencilah!
i hate u i hate u i hate u!!
ah, emo aku!
i dont know whether i want to see u next weekend or not..
dah lah. patutla tak reply msg lagi.
uhhhhh, suck!!

Saturday, 20 June 2009

past

what past is past. semua org pon ade sejarah. baik atau buruk. kalau kite suke org tu, kite kenalah terima. erk. rave tegar. terima jelah. nak buat camne kan? sayang. tapi, kite pun tak boleh nak tipu diri kita sendiri. pasti ade gak rase "erk?" itu. setuju? ye, semua org pun ade rahsia. kalau aku, kalau aku tak nak tahu ape latar belakang sejarah itu terutama sifat2 buruk dia yang boleh mengikis sayang aku kat die, kalau boleh, lebih bagus kalau aku tak tahu. but, at the same time, i dont want any secret between us. haha. y am i writing this anyway? (someone slap me pls!)

takdelah, tadi aku tgk gambar die. ear pierced. right ear. ye mmg die pernah kata die pernah ada zaman rave tegar. aku tak kisah itu. yang aku kisah kalau.. ah, malas lah. emo plak.

hmm.. tadi ym dengan reggy. therapy yg bagus bile ym ngan reggy. haha. ok. next mission, cardigan. (biarlah aku je yang tau)

ok, dah dekat 5pagi. besok aku keje. aku perlu tidur itu. :8)
.
.
.
.
.
.
ouh sebelum terlupa, aku pasti aku datang beri sokongan minggu depan. pasti. InsyaAllah.
.
.
.
.
.
.
i miss him