Thursday, 21 January 2010

Ia Dilukai Lagi :8(

Semalam aku balik lambat dari ofis. Itu telah mendatangkan masalah mencari tempat letak kereta kat bawah rumah aku. Aku duduk flat, so korang imagine jelah betapa crampnya tempat letak kereta kat situ. Petak yang disediakan memang sangat tak mampu untuk menampung kereta-kereta ribuan penghuni kawasan perumahan aku ni. Yelah, kalau satu rumah ada sebiji je kereta takpa. Ini tak. Sebuah rumah kadang tu, parents sebiji, anak sorang sebiji, menantu. Hah, kot ada yang dah tiga keturunan tinggal kat situ, tak ke berbiji-biji untuk seisi rumah. Tak gitu?

Masalah kekurangan ruang letak kereta ni dah lama dah wujud. Sejak aku mula berhijrah kat perumahan ni lebih 12 tahun dulu lagi. Dulu, arwah babah aku selalu bawak balik kereta kampeni sebab selalu kena entertain client sampai malam-malam buta. Kengkadang, meeting pun sampai lewat malam baru balik. Esok pagi tu, arwah babah aku hantarkan aku ke sekolah. Ya Allah, dia punya jauh nak menapak ke kereta tu, sabar jelah. Bayangkanlah betapa crowdednya keadaan kat kawasan aku ni. Itu lebih 10 tahun dulu. Masa orang belum mampu sangat nak beli-beli kereta. Bayangkanlah sekarang. Betapa crampnya tempat ni. Haih!

Sejak setahun lebih aku ada kereta ni, aku pun sama juga. Aku pun harung benda yang sama. Kalau balik kerja lambat, harap maaflah nak dapat parking dalam. Parklah kat jalan besar nun. Hampeh. Nasib-nasib jelah kalau kot ada yang kaki rambu keluar malam tu, adalah kosong sikit. Satu dua ruang. Nasib baik aku ni berkereta kecil. :8) Muat aje menyempil kat celah-celah ruang kosong tu. Tapi, kenalah tolak kereta lain tu dulu.

Pada yang duduk rumah pangsa macam aku ni, mesti dah jadi kebiasaan doublepark kereta or motosikal kan? Kereta kena lepas handbrake. Supaya tak menyusahkan orang lain. Ini namanya bertimbangrasa.

Ok, sambung.

Jadinya, nak dijadikan cerita, semalam kan aku pulang lewat dari ofis. Kebetulan, ada pula satu ruang yang lebih dari muat untuk kereta aku. Aku pun park la kereta aku kat situ. Unpulled the handbrake, gear kat N (Neutral). Ruang untuk motosikal tu memang aku dah sediakan. Aku memang seorang yang bertimbangrasa. Tak suka menyusahkan pengguna jalanraya yang lain. Aku lipat sidemirror. Tekan remote. Blah.

Semua macam biasa.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Plotnya di sini.

Pagi tadi, aku bersemangat gila. Mungkin baki mood rajin semalam masih ada kesan dalam sezarah dua dalam diri aku ni. Haha~ Ok, everything was right. Aku bangun awal. Tonton Tanyalah Ustaz kat TV9 sambil bersiap. Lepas tu turun bawah.

Sampai je bawah, berkecai gila hati aku ni. Annabelle has been scratched. A long deep scratch. Which is still fresh di mana ada lagi kesan-kesan habuk serpihan cat di tepi calaran tu. Kecewa aku. Satu-satu harta yang aku ada (yang aku dengan penuh komited bayar for over a year now), diperkotak-katikkan. Hampa. Luluh hati aku. Lebih dari yang aku rasa masa aku putus cinta. Sumpah. Itu yang aku rasa pagi tadi. Sangat kecewa lagi mengecewakan.

Aku tak fahamlah kenapa masih wujud manusia yang lagaknya seperti tidak bertamadun. Tak rasional. Tak reti nak hidup bermasyarakat. Senang-senang je dia calarkan kereta aku. Hasil titik peluh aku. Bukan aku jual maruah kat lelaki tua yang kaya raya nak dapatkan kereta tu. Hasil dari saluran yang halal. Suka hati dia je nak buat macam tu. Apa, dia fikir, mentang-mentang aku pakai kereta kecil buatan tempatan je, dan bukannya Honda, Toyota, dia boleh buat macam tu kat kereta aku? Wah, mana perginya perikemanusiaan? Bukannya aku tarik handbrake tu. Tak boleh ke dia tolak kereta aku? Ini kali kedua aku kena macam ni. Kadang tu aku rasa macam ada orang dengki kat aku. Tapi entahlah. Tuhan saja yang Maha Mengetahui.
Aku malas nak sumpah seranah. Maki hamun.

Semoga Tuhan sedarkan makhluk-makhluk yang berperangai begini. Mungkin pemilik motosikal tu puas hati buat macam tu.

Sekian, terima kasih.










Sakit hati yet cant do nothing :
B. Disgrace
(Kehampaan)


p.s : Mummy loves you Ann B!

2 comments:

  1. nper la xamik jer no keter dier?pas2 calar balek kete dier..

    ReplyDelete