Wednesday 8 September 2010

Pesan Saya Di Hari Raya

Assalamualaikum kawan-kawan!


Sedih rasanya bila Ramadhan dah nak pergi tinggalkan kita. Tapi, Allah berikan kita Syawal untuk menyambut kemenangan seluruh umat Islam selepas menjalani ibadah puasa dan sunat-sunat lain semasa bulan Ramadhan.


Esok hari last aku kerja. Tahun ni tak apply cuti untuk petang raya macam tahun-tahun sebelumnya seperti selalu. Plan esok, after sahur malam ni, dalam pukul 4 pagi dah kena pergi pasar beli bahan-bahan basah untuk lauk-pauk raya. Macam biasa aku pergi Pasar Chow Kit. Dengan mak. :)


Lepas settle kat pasar, drop mak kat rumah, then aku terus shoot ke ofis. Buat kerja sikit lebih kurang. Salam-salam orang. Pastu, chow. Terus blah untuk tolong mak masak. Banyak nak kena buat tu. Fyi, kitorang buat kerisik sendiri. Memang arwah nenek punya resipi. So, kita memang ikut one by one dia punya method.


Korang dah habis shopping raya ke belum? Aku tahun ni raya ala kadar je. Lebihkan barang-barang kat rumah. Kuih, lauk, household stuffs etc. Baju raya aku ada sehelai je. Kasut raya takda pun tahun ni. Tahun ni tak beriya sangat sebab tak dapat duit raya dari Tan Sri. :( Sedih.


Sorrylah terbebel panjang pulak kat entri ni. :P



S E L A M A T / H A R I / R A Y A / A I D I L F I T R I


m a a f / z a h i r / b a t i n


# semoga kita semua dapat mengerat kan silaturahim antara keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan


# harap semua yang balik kampung akan selamat tiba di destinasi masing-masing


# jangan lupa "Mirror, Signal, Maneuver"!


# jangan lupakan mereka yang dah tinggalkan kita


# kalau boleh, jangan main mercun. BAHAYA!


# kalau nak main juga, bawa-bawalah main kat tempat yang lapang


# jangan terlebih makan :P


# duit raya kalau nak bagi biarlah ikhlas, bukan berlumba-lumba antara satu sama lain siapa yang bagi paling banyak.. menyedihkan!


# yang terima duit raya pula, jangan mengomel kalau dapat amaun yang sedikit.. sila bersyukur!
Sekian.
Happy Eid Mubarak.
Forgive all of my wrongdoings.
Have a blessful, beautiful and prosperous Raya. :)
Love,
B. Disgrace


No comments:

Post a Comment