Tuesday, 12 April 2011
A Slight Update II
Sejak dapat kerja baru, memang tak sempat sangat nak online kat office or rumah. Kalau online pun check notifications and mentions kat fb and twitter acc je. Bila dah shutdown lappie baru teringat nak pos entri kat sini. Haha.
Bukan tak boleh update guna fon. Dah banyak dah draf. Tapi nanti ada pula musuh yang mengata 'mengada dan menunjuk' bila update pakai fon. (Memang saya minta dia bayarkan bil Maxis saya every month pun! -- mata ke atas, tangan ke dalam, lidah terjelir sedikit!). Heh!
At the moment, kerja biasa je. Issues at work macam biasalah juga. Ada yang dengki. Rasa tergugat pasal kerja adalah. I am still dealing with it. Biasalah hidup ni ada ups and downs kan? Yang penting kena apply positive thinking aje. (Ah, terasa hipokrit tulis macam ni!).
Oh ya. Kawan saya bagitahu yang one of my colleague kata saya cemburu bila ada perempuan lain kena transfer masuk unit saya. Like I told you, I used to be the only female in the unit. Tapi, tuduhan tak berasas macam tu, saya tak boleh nak terimalah! Ada ke dia kata saya cemburu dan takut bila perhatian akan dialihkan ke perempuan lain? Masuk akal tak? Maaf, saya datang kerja untuk KERJA. Bukan untuk menjual diri. Menjual cinta. Hati dan apa lagi yang kau orang gelar. Aishhhh! Jauh tersasar pemikiran kolot dia tu. Masa kawan saya cerita kat saya pasal ni, saya melenting juga.
Tapi, on second thought, I think it was funny. Macam yang saya pernah dengar kat TV9, ada ustaz tu kata, kalau ada orang yang buruksangka terhadap kita, kita kena ucap Alhamdulillah, sebab ada la gi kebaikan kita yang orang lain tak nampak.
Saya akui, kalau dari segi kerja, saya memang rasa terancam. Sebab, secara teknikalnya, ah, tak payah nak tulis kat sini. Biar saya simpan dalam hati buat masa ni.
Update pasal sekolah pula. Sekarang ni tengah peperiksaan akhir semester. First paper dah lepas. Comm and Man Tech. Hancur. Hancur. Walaupun carry mark sangat memberangsangkan, tapi, saya rasa saya macam ada potensi untuk gagal. (Eeeeeee... Simpanggggg! *gaya Usop Wilcha*)
Sekarang ni pun tengah study untuk Motion punya paper on 13th. (Suntukkkk). Tengah all out lah ni. Dah tak larat nak sumbat ilmu dalam otak, sebab tu pos entri kat sini. :)
Ok, apa pun. Thanks sebab baca. And please please please doakan saya cemerlang dalam dua lagi paper untuk final ni ya! Terima kasih. :)
Love. B. Disgrace
Monday, 14 February 2011
Tangguh-menangguh is so not me!
Sumpah! Banyak gila backlogs aku kena clearkan. Kerja mcm lembu beb! Tak tipu! :/
Ok. Progress esaimen saya :
1. Comm n man tech - baru tiga pages
2. Statics - baru jawab satu soalan out of two Qs. (soalan dua je, tp ada anak-anak soalan tau! Hehhhh!)
3. Motion, fluids n waves - tak sentuh lg walaupun soalan no 1 dia senang.
Adoi. Camna nak bahagi masa? Nak potong kuku pun takda masa. Takda masa nak curi dah. Bila balik rumah dah letih gila. Weekend kerja, kalau xkerja, ada klas. PH kerja. :(
Kesian akuuuuu.
Ok. Dahlah. Nak tidur. Bye!
Sent from my iPhone
Saturday, 12 February 2011
More on hardest thing.
The facts that the statistics where most of the ppl in my circle of friends are settling down only fears me off SOMETIMES really fears me off. (You with me?).
Am i weird or am i just a workaholic type who only mix around with the same social cliques?
Is it wrong, to feel this neutral, never really worry about settling down, feeling too comfortable of being single at this age?
Or maybe there is a conservative side of me? Well, if there is, that makes me, myself as a person who's in denial, isn't it?
Sent from my iPhone
Hardest.
Sent from my iPhone
Saturday, 5 February 2011
Karakter Melalui Penulisan
Bagi saya, sebenarnya, dengan membaca entri kawan-kawan kita, kita dapat kenal dengan lebih rapat lagi siapa kawan-kawan kita tadi di sebalik karakter mereka di luar. For me, it is fun to discover the other side of your friends by their writings. Pendapat saya, karakter sebenar seseorang boleh dirungkaikan oleh penulisan seseorang kerana semua orang menulis melalui hati mereka. :)
TAPI..
Si Nairus dengan Najjah tu dah berkurun tak update blog! Eh, saya ni cakap orang pulak. Sendiri pun jarang-jarang mengadap pc. Haha.
Ok, saya nak kena resume buat kerja sekolah saya. How's your holiday so far guys? Enjoy the week-end tomorrow until its last drop. :)
I'm beautiful.disgrace signing off now.
Love.
Monday, 17 January 2011
Telco oh Telco..
Hello. Hi.
Saya dalam dilema. Pasal pelan pascabayar dan broadband Maxis saya.
Saya rasa, makin lama makin tinggilah bil saya dengan maxis ni. Walhal, usage saya sama je. Dan padahal, saya dah bertukar dari iValue2 ke iValue3. Bukankah sepatutnya caj panggilan per minit dan data per kb adalah lebih rendah? Saya confuselah!
A friend of mine who used to be a Maxis user just switch to Celcom Executive Plan. Katanya, Maxis banyak sangat hidden charges. Both of us have been a loyal user of Maxis for ages. Last-last dia tak tahan, dia dah cancel line and broadband. Sekarang dah tukar ke Celcom.
Saya tanya dia, coverage ok tak untuk broadband? And postpaid diorang murah tak? Dia kata Celcom Exec ok. Broadband pula, kalau kat area kampung slow.
Haih.
Sungguh. Saya dalam dilema. Saya plan nak tukar telco lepas habis kontrak Mei ni. Tapi, tak tahu nak pilih telco mana.
Saya ingat nak tukar ke Celcom juga. Tapi, tak pasti sama ada coverage broadband dia strong ke tak kat area rumah, ofis dan uni saya. Kalau congested, susahlah sebab broadband tu penting. Nak buat research, nak collect data untuk esaimen. Nak update OS. Dan yang paling penting nak layan Youtube, update Youtube account, download lagu. Hahaha. :P
Digi pula, ada seorang kawan saya guna. Dia beli iPhone kat Digi along with the phone line lah. Dia selalu merungut Digi lembab. Hmmphhh. Hari tu saya lepak Wangsa Walk dengan dia, bukan main lambat nak loading internet kat fon dia. Saya pun tak pasti sama ada line atau kawasan tu memang congested atau building tu yang block coverage. Hmmph. *confused*
Ok, jadi, saya nak minta pendapat kawan-kawan semua untuk bantu saya pilih telco mana yang paling sesuai. Saya seorang pengguna internet tegar di telefon. Tapi broadband juga penting.
Bantu ya! Thanking you guys in advance. Have a good day! Muahs.
:)
B. Disgrace
Sent from my iPhone
Friday, 14 January 2011
Alamak! Dah tahun baru!
Alamak! Dah lama tak update blog. Sorry. Saya agak busy. Tapi saya tak tahu apa yang saya busy sangat tu. Malaslah sekarang ni nak online guna laptop. Leceh. Nak tunggu on. Nak connect. Maxis dah lah lambat! Heh!
Dan, MALAS juga nak update guna fon. Nanti bil telefon tinggi! (Haha, alasan yang kelakar!). Padahal berapa minit sangatlah nak send email ke blogger.com tu. Hehe.
Yang benarnya, MALAS! Ringkas.
Ok, pertama-tama sekali, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru! (Maaf, lambat!). Wow, twenty-eleven huh? Twenty-eleven, and I'm yearly countedly twenty-seven! Hee~ :)
On the last day of twenty-ten, saya ada exam Trigo and Calculus kat UM. Lepas habis exam terus shoot ke Serendah for my twin's solemnization. The next day--reception. Sayalah yang jadi pengapit. It was my first time to agree in being a pengapit. :) Hehe.
2011 ni tak banyak yang best berlaku. Biasa-biasa je. Cumanya, it's not a good start lah when my PTPTN payment will be transfered prior to when the September result is out. :( Sedih. Serius, paling sedihlah tahun ni. :( Dahlah saya ni saving pun tinggal korek-korek. Bonus yang ciput tu dah selamat. Duit yang tinggal dalam bank pun tak cukup nak cover sampai hujung bulan. Jadi, tadi saya ke uni untuk membuat rayuan. Last-last abang SIC tu cakap pergilah keluarkan EPF.
Disebabkan saya sayang nak tangguh semester, aku pun setuju. :) Alhamdulillah. Permohonan peringkat pertama lulus. Cumanya saya tak pasti jika pihak uni akan terima esok surat dari EPF tu, tanpa sesen bayaran pendahuluan. Hmmm.. Bolehkah? Doakan saya!
Seriously, NOT A GOOD START AT ALL kan?
Hmmm..
Kat ofis, GM dah bertukar. Hopefully, semuanya akan berjalan dengan lancar di ofis. Harapnya, bosses dah tak lembu macam dulu lagi dan takkan terbawa-bawa perangai GM lama dalam tampuk pemerintahan yang baru. Cewah! :P
I really wanna do a fresh start at work this year. Saya nak menonjol sikit. Macam yang lecturer saya pesan : Socialise SMARTLY at work! Yeay! Kid pun pesan gak aritu. Bukan kipas, tapi kalau tak menonjol, sampai sudahlah kau kat tempat tu je. Kan? :)
Ok, saya chow dulu. Mahu mandi. Saya janji akan CUBA untuk update. Kesian Cik Blog. Sunyi. :P
Fresh Start,
beautiful.disgrace