Majoriti orang-orang kat ofis aku ni guna telefon bimbit keluaran Nokia dan Sony Ericsson. Tapi, masalah kat ofis aku ni ialah kekurangan charger Nokia kepala kecil. Serious aku tak faham. Bukan semua orang time beli handphone memang dapat charger ke? Haihh! Pelik la. Aku punya dah berapa kali hilang.
Tu yang aku malas nak bagi orang pinjam. Tak boleh ke nak jaga harta orang lain elok-elok? Simpan elok-elok. Amanah orang kot. Tahapehape.
Rabu lepas masa aku kemas-kemas meja nak balik rumah dari ofis, adalah sorang kawan aku ni mintak nak pinjam. Memandangkan aku akan bercuti lama, aku pun KESIAN la kat dia. "Nah, ambik. Tapi kau simpan elok-elok". Aku pun, berat hati juga masa nak bagi pinjam tu. Sebab, dulu, dia pinjam charger aku, bawa balik rumah, pastu, bila aku minta balik, dia bagi aku charger jenis yang lain. (Aku punya yang 2-pin plug, yang dia pulangkan 3-pin plug). Dia kata' "Tu je yang ada kat rumah aku". And I was like, "Ek eh, boleh pulak camtu?" (dalam hati).
Sure lah korang kata, "Eleh, Nard ni, it's not a biggie kot? It's just a darn charger".
Ouh yes, memanglah charger SAHAJA. Habis, kalau harta benda aku yg macam ni pun ko tak reti nak hormat, apa lagi benda-benda lain? Benda remeh-temeh camni boleh la nak take for granted? Bolehlah? Eh, aku punya harta, suka hati aku lah aku nak kesah ke tak kan? Aku ada hak kot?
Aku memang dah banyak sabar dah pasal barang-barang dan harta benda aku kat ofis ni.
1) Back cushion aku kat ofis
Suka-suka hati diorg je guna buat tido . (Fyi, department aku 24hr). Abes, kalau korang mengantuk, nak tido, bawaklah tilam bantal korang sendiri. Tak boleh?
2) Stationaries
Hah. Stationaries jangan cakaplah kan? Dulu masa aku tak kunci drawer aku time balik, memang confirmlah every month kena beli stationaries baru. Ada je yang short. Pinjam dan hilangkan pun ada. Tensi je aku. Eh, habis, korang fikir stationaries aku tu company bagi ke? Samalah jugak macam korang, beli sendiri. Aku tak kisah pun kalau nak pinjam. 1-Bagitahu. 2-Dah pakai (kalau aku takda), letaklah balik kat tempat dia. Sumpah, aku bukan jenis yang kedekut.
3) Mug aku
Hmm. Ni jarang-jarang. Tapi kalau sekali dah guna tu memang membawa ke seminggu dua lah juga. Hmm. Orang yang sama. Close friend aku pulak tu. Pernah sekali tu, aku tengokkan aje sampai bila dia nak cuci. Hmm, last-last berkumpul kat 'meja himpunan gelas-gelas kotor'. Geli aku! Dah naik melekat dah nescafe kat bottom dia. Gross!! Sumpah!! Aku juga yang kena kutip, dahlah aku juga yang bancuhkan nescafe 3 in 1 tu. Boleh?
Ok, ini jela yang aku nak highlight. Setakat ni jela yang aku ingat. Yang lain-lain tu dah lupa. Aku pun bukan jenis yang simpan dalam hati sangat. Marah kejap je. (Susah jugak tau jd aku. Macam senang diperkotak-katikkan je, kan?
Hmmm, baik! Aku mengantuk. Stop kat sini jela.
*Nasihat untuk kawan-kawan : Hormatilah harta benda orang lain. Sekian. :)
Nyanyi : R-E-S-P-E-C-T
B. Disgrace