Friday 11 September 2009

Jiwa Kacau Yang Kacau

Dah lama aku tak blogging. Sibuklah. Banyak kerja. Banyak urusan. Heh! Bukan tak ada perkara-perkara yang menarik berlaku. Ada banyak. Tak sempat nak kongsi je. Gossip? Huuuii, lagilah banyak weyh...!! Hahaha.. Di sekeliling aku penuh gossip.. Yahahaha.. ;8p

Hmm, nak tau? Inilah aku. Aku adalah kenal seorang lelaki ni. Tiba-tiba aku macam suka lah pulak kat dia. Macam kebiasaannyalah, kalau aku suka someone tu.. I'll look at him from afar je. Ado berani nak cakap? Eyh, nanti orang kata perigi cari timba pulak kan? TAK MAHU!! Lagipun, aku tak biasa jadi pihak yang lakukan first step. Haha. (Hep! Bukan angkuh TAPI, it's a fact okay!)

Jadi, aku pun usulkan lah kepada beberapa orang teman rapat. Quite rapat. Dan juga pada abang angkat aku Bounces- (bukan nama sebenar). Semua kata, go for it. Zaman sekarang, kata mereka takda istilah dah perigi cari timba. Kalau nak, kena rembat cepat. (Rembat-aku guna exact word yang abang guna). Haha. Rempit sungguh bahasa. Lalalala~

Tapi, mana mungkin. Aku baru kenal dia. Terkamjatlah dia nanti kan? Setakat ni, yang sependapat dengan aku cuma Reggy dan Piyya saja. Cik Beez pulak tak sempat nak komen-komen sangat sebab beliau tersangatlah busy. Ah, aku pun malas nak fikir sangat.

Cuma, aku rasa aku dah parah. Parah, sungguh! Apa tidaknya. Katakanlah 8 kali purata aku login Facebook aku. 13 kali aku tengok page dia. Setiap kali singgah page dia, bukan main berjam-jam lagi sambil sengih sorang2. Hah? Amacam? Gila kan?

Sebenarnya, aku tak suka perasaan macam ni. Susah.

Dahlah, malas nak layan sangat rasa hati ni. Boleh jadi biul! Huh!





Parah kerana terpanah?
B. Disgrace

7 comments:

  1. cam virus ieja je nih...
    erk...
    ahahaha...
    ye saye gemar berkunjung ke blog dan FB 'kamu' juga... walau tak diupdate...

    ReplyDelete
  2. kalau da suke bagitau je dia..
    karang dia da berkepit ngan girl lain kamu gak yg geget jari..
    hehehe!

    ReplyDelete
  3. @Ieja - samalah.. dia ni pun jarang online.. sibuk dengan kerja.. adeh.. teruk kan kita ni? menyedihkan.. :8((

    @Ferk - macam mana nak bagitahu? tak reti la weh..

    ReplyDelete
  4. kau cakap.
    "hi, saye dengar awak suke saye erh?"
    :p

    ReplyDelete
  5. akak,rasenye virus itu juga menyerang saya...

    ReplyDelete
  6. akak, saya rasa virus itu jugak menyerang saya...

    ReplyDelete
  7. @Ann - aku cakap aku kau je dgn dia, takda saya awak saya awak.. auww.. tapi aku tak mampulah.. malu.. agegegege..

    @Mimifa - welcome to the club. presidennya cik ieja zin. <3 )angau!

    ReplyDelete