Sunday, 15 August 2010

Pening

Esok Isnin. Nak stayback ke nak balik buka kat rumah? Susahnya nak buat pilihan. Esok takde Geng Surau. Tapi, bila stayback itu sendiri nak lawan dengan fakta di mana bulan puasa punya masa pulang ialah pada jam empat petang. Haaaaahhh, tu yang jadi indecisive tu. Whether nak buka dengan makanan yang dibeli kat bazaar Ramadhan Bandar Seri Permaisuri atau makan masakan emak kat rumah. Membeli juadah di bazaar yang kita tak biasa, percentage untuk membeli makanan yang kurang menepati selera tekak aku adalah tinggi. Itu memang sedia maklum kan?

Tapi..

Kalau tak stayback, macamana nak raya? Kalau tak stayback, takde OT claim. Kalau takda claim, hujung bulan nak makan apa? Tuntutan terhadap hutang wajib, adalah wajib. Bulan September, learning fees dah nak kena settle. Kalau asyik nak korek duit dalam bank je, hartawan pun boleh jadi bankrap. Pusinglah macam ni.

Kalau buka kat ofis, makanan tak sedap, lagi, mak mesti kecil hati. Kalau buka kat rumah, makanan sedap, selesa, tapi, hujung bulan makan pasir. Amacam? Jelas kan? Mana yang patut dipilih.

Ala, cakap jelah memang kau nak buka kat rumah. Hahahahaha~ Kalau Tuhan dah tentukan rezeki aku, insyaAllah, tak ke mana. InsyaAllah.

Jadi, kesimpulannya, buka kat rumah jelah. :P

Habis cerita.

Apa juadah berbuka yang korang paling suka?




0:)
B. Disgrace

Thursday, 12 August 2010

Exam Mode : Activated

Salam. Hi all. Sihat semua?

Tadi aku ada paper English for Written Communication. Coverage status : I'd say 60% t0 70%. Tak berapa pasti. Tapi boleh dikatakan 70% daripada siri jawapan yang aku tojah dalam buku jawapan tu aku yakin betul. Hah, itu aku yang rasalah. Tak tahulah sama ada menepati skema jawapan ke tak.

Keadaan mental dan fizikal terlalu lemau sebab tak cukup tidur. Tambahan lagi, bulan puasa. Sejuk lain macam dalam exam hall tu. Otak pun, maklumat dah bercampur baur. Pakat sumbat last minute, haruslah dalam tu disorganised keadaannya.

Tapi, syukur alhamdulillah.

Sebenarnya, aku dengan Am plan nak keluar awal dari exam hall. Serius punya mengantuk. Tahap gaban. Mana taknya, bayangkan ajelah, aku drive dari rumah ke uni dalam keadaan separa sedar. Tersengguk-sengguk. Nasib baik takda apa-apa. Tahu jelah Federal Highway tu macamana keadaannya pagi-pagi. Eh.. memang mencabar minda aku yang mengantuk masa tulah.

Okaylah. This entry is just an slight update. Sampai sini je ya?

*Next paper (Malaysian Studies) will be on the 19th. Wish me luck guys! Muahs.




Have a faithful Friday tomorrow.

B. Disgrace

Tuesday, 10 August 2010

Selamat jalan, Syaaban! Jumpa lagi tahun depan.. :D

Assalamualaikum, Ramadhan! :D

Hai semua! Ramadhan muncul lagi. Jadi kat sini, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan kepada diri sendiri dan semua agar banyak bersabar dalam melakukan ibadah dalam bulan yang mulia ini. Kita semua sedia maklum, ganjaran untuk semua ibadah yang kita lakukan dalam bulan ini berlipat kali ganda pahalanya. :)

Bahasa jalanannya, masa ni lah kita nak kumpul pahala. (You know? You get what I mean kan?) Hee~

Antara perkara-perkara yang saya suka tentang bulan ini :

1) Air cincau
2) Air oren
3) Air sirap selasih
4) Air bandung selasih
5) Kuih tepung pelita
6) Ayam percik

--- eh, banyak makanan je? ---

7) Gathering
8) Waktu pejabat hingga 4petang sahaja
9) Sabtu? Off Day!!!!!!


Okay, saya suka nak ucapkan :

1) Selamat menjalani ibadah puasa.
2) Selamat menunaikan solat tarawikh. Jangan berebut masa nak ambil moreh. Hehe.
3) Kalau yang pergi bazaar Ramadhan tu, jangan membazir. Beli sekadar yang mampu ditampung oleh perut, bukan berlandaskan nafsu semata.
4) Pandu dengan berhemah. Jangan naikkan darah pemandu lain. Ia boleh menyebabkan carutan. (DOSA tau!!)
5) Nak main bunga api/mercun boleh tapi biar berpada-pada. Dan jangan sehingga boleh menjejaskan keselamatan orang lain di sekeliling anda. Pasti anda bermain di kawasan lapang. Yang bawah umur tu, sila minta orang yang lebih tua untuk temankan anda.


Selamat mengerjakan Rukun Islam yang ketiga!

B. Disgrace