Tuesday 10 August 2010

Selamat jalan, Syaaban! Jumpa lagi tahun depan.. :D

Assalamualaikum, Ramadhan! :D

Hai semua! Ramadhan muncul lagi. Jadi kat sini, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan kepada diri sendiri dan semua agar banyak bersabar dalam melakukan ibadah dalam bulan yang mulia ini. Kita semua sedia maklum, ganjaran untuk semua ibadah yang kita lakukan dalam bulan ini berlipat kali ganda pahalanya. :)

Bahasa jalanannya, masa ni lah kita nak kumpul pahala. (You know? You get what I mean kan?) Hee~

Antara perkara-perkara yang saya suka tentang bulan ini :

1) Air cincau
2) Air oren
3) Air sirap selasih
4) Air bandung selasih
5) Kuih tepung pelita
6) Ayam percik

--- eh, banyak makanan je? ---

7) Gathering
8) Waktu pejabat hingga 4petang sahaja
9) Sabtu? Off Day!!!!!!


Okay, saya suka nak ucapkan :

1) Selamat menjalani ibadah puasa.
2) Selamat menunaikan solat tarawikh. Jangan berebut masa nak ambil moreh. Hehe.
3) Kalau yang pergi bazaar Ramadhan tu, jangan membazir. Beli sekadar yang mampu ditampung oleh perut, bukan berlandaskan nafsu semata.
4) Pandu dengan berhemah. Jangan naikkan darah pemandu lain. Ia boleh menyebabkan carutan. (DOSA tau!!)
5) Nak main bunga api/mercun boleh tapi biar berpada-pada. Dan jangan sehingga boleh menjejaskan keselamatan orang lain di sekeliling anda. Pasti anda bermain di kawasan lapang. Yang bawah umur tu, sila minta orang yang lebih tua untuk temankan anda.


Selamat mengerjakan Rukun Islam yang ketiga!

B. Disgrace

No comments:

Post a Comment