Friday 21 August 2009

Bukan Marah, Ini Nasihat

Ramadhan datang lagi. Wehuuu. Bulan Ramadhan adalah bulan yang aku paling suka. Tak tahu kenapa, tapi dalam bulan ni aku rasa tenang. Harap semua pun begitu ya!


Dengan ini, aku dengan penuh hati yang tulus nak ucapkan :


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Puasa jangan tinggal!
Lakukanlah ibadat-ibadat sunat di samping yang wajib!
Selamat mengumpul pahala.



Kepada yang selalu tunaikan solat sunat tarawih tu, masa ambil moreh, diminta jangan potong barisan ya. Hormat sikit orang lain. Lagi, jangan ambil moreh banyak-banyak. Sila berpada-pada. Ingat sikit orang belakang.


Kepada korang-korang yang suka sangat main mercun, main tu biar kat tempat yang lapang. Jangan gedik pulak nak main mercun kat tempat orang nak lalu-lalang. Nasihat sikit adik-adik korang tu kalau nak main mercun tu jangan gatal pulak nak gi baling kat kereta orang. Ingat beli dengan pasir ke? (Ooops, tergarang pulak!). Takda, kalau cat rosak, nak kena polish. Kalau tak dapat diselamatkan dengan polish, kena tembak cat baru. Korang fikir, orang yang berkereta ni semua senang ke? Mereka bukan bekerja sebagai pengecop duit ok? Tengah musim-musim perayaan nak dekat ni, banyak duit nak pakai. Faham? Hah, tolong ya nasihat sikit budak-budak bawah umur ni.


Kepada yang tinggal dengan family, janganlah asyik kerja je. Atau asyik buka kat luar dengan kawan je. Kesian mak korang masak kat rumah. Sebenarnya, time Ramadhan ni lah aku rasa satu-satunya masa yg paling afdal for the whole family to gather as they enjoying their foods during fast-breaking.


Kalau pergi Bazaar Ramadhan tu pulak, janganlah beli juadah tu melampau-lampau. Beli sikit je. Jangan ikut nafsu gajah anda tu. Aku bet mesti tak habis. Membazir je.


Lagi, kalau buka puasa tu jangan selalu sangat minum air berais. Nanti boleh kena sakit tekak. Ingat ya?


Lepas tu, kalau yang ada gastric tu. Anda digalakkan meminum air dairy (susu, coklat susu, strawberry susu dsb) untuk elak daripada anda mengalami gastric sepanjang siang ketika berpuasa. It works for me, so it might works for you too! ;8)


Kepada perokok-perokok tegar, jangan pulak hisap rokok banyak-banyak sangat. Bukan ke patutnya bila bulan puasa ni bajet untuk beli rokok tu makin berkurangan. Jangan membazir ya. Nanti, nak balik kampung. Korang kena fikirkan bajet-bajet tambahan seperti tol, minyak, duit tiket bas/kapal terbang, upah baju raya, upah langsir raya, duit kuih raya dan yang paling penting duit raya untuk mak bapak, adik-adik, sepupu yang belum bekerja dan anak-anak buah korang. Fikir dulu sebelum buang!


Hehehe. Panjang pulak aku bebel. Yeah!


Selamat berpuasa dari aku :
B. Disgrace ;8)~

2 comments: