Friday 25 June 2010

Woah.. Berpeluh Beb, Buat Planning Masa Depan..

Salam.

Oh, no! I'm not talking about marriage. Ade ke? Jauh sangat pemikiran korang ni. Eheh. (Calon pun takda, fyi). Aku fikir pasal educational future lah. Eheh. Anda silap. Ingat aku dah nak kahwin eh? Heee, takda orang nak kat saya pun.... :P

Ok, now. Serius berpeluh beb! Bila fikir, after dapat BECE aku, aku nak buat apa. Whether to continue or not. No no. Aku memang nak continue. Tapi, persoalannya sekarang, MAMPUKAH AKU?

Phewwww..

Menaip dua perenggan di atas saja sudah mampu membuat jantung aku berdegup laju. Ugh!

Begini, sekarang, aku ada dua choice. To get a master's degree in Project Management, then a PhD in Engineering. Or, to get only PhD in Education. Sebab as we are all aware that sekarang ni aku tengah buat Bach. of Education with Civil Engineering. (Sedih kan?)

Dari form four aku merangkak macam baby dengan field ni, and then suddenly I go for education degree. Ya, well, pendekkan kata, aku akur dengan kehendak alam. Berbalik kepada isu diskriminasi terhadap kaum wanita dalam field ni. Sedangkan aku yang ada diploma ni, yang buat kerja-kerja cikai je pun diorang taknak ambil, konon tak percaya dengan kredibiliti kaum hawa. Wtf, kan? Hmm, apa lagi kalau aku dah ada segulung ijazah (geli taip perkataan ni). Dah tentulah, the higher qualifications that you have, the bigger your responsibility should be at work. Kan? Hmm, kau orang rasa, masa tu nanti, dah berubah ke mentaliti management kat syarikat-syarikat engineering, construction, etc? Aku rasa benda ni tak akan pernah berubahlah. Kalau berubah, maknanya, nak dekat akhir zamanlah tu agaknya ya.

Jadi, macam mana? Korang rasa, apa yang aku plan ni bijak tak? Aku rasa yang paling bagus jalan yang kedua tadi. Ambil PhD terus. Kan? Tak payah nak pening-pening kepala sampai kusut tahap melampau fikir macam mana nak hidup sebab gaji dah banyak potong untuk PTPTN. Hahah. :P

So, kesimpulannya Nadia, belajarlah rajin-rajin ya! Kalau ada esaimen, sila ringan-ringankan tangan dan kaki untuk ke library. Buatlah esaimen anda sehabis baik! Yeay!

That was it.

Oh, ya, saya baru setahun di OUM. Tapi...

...doakan yang baik-baik untuk saya ya, kawan-kawan!





Much LOVE..
B. Disgrace ;)

Tuesday 22 June 2010

Like Emak, Like Anak? NEVER!


Mak ajar orang mengaji. Nak ajar orang mengaji bukan calang-calang. Kena pandai, faham selok-belok tajwid semua. Paling penting, SABAR. Kalaulah aku yang ajar (yang mana aku ni tak qualified pun), memang merahlah tangan anak orang aku rotan. Aku ni panas baran, sabar kurang. Sedangkan aku ajar BM, Maths, English kat anak buah aku pun aku dah separuh gila tahan sabar.

Aku tanya dia, baju bomba warna apa? Dia kata merah. Aku pandang dia. Aku tanya balik : Iya ke warna merah? Dia boleh bantai cakap pula : Iyalah Makcu, cikgu cakap kat saya warna merah. Haih. Geram pula aku. Aku suruh dia buktikan. Dia ambil buku rujukan dia. Tak jumpa. Sekali, dia tanya aku : Habis, warna apa Makcu? Aku tanya dia baliklah dia rasa, warna dalam gambar yang kat tepi tu warna apa? Dia jawab : Merah? Aku suruh dia tengok betul-betul. Aku tanya : Betul ke merah? Aku cakap : Merah macam henfon Makcu ni. Sambil tunjukkan silicone casing aku yang merah menyala tu.

Dia pelik. Agaknya dalam hati dia cakap "Haahlah!". Pastu dia buat muka keliru. Aku pun tanya : Ok, cuba awak tengok gambar tu, awak rasa sama tak dengan warna buah oren? Dia pun dengan pantas, "Hah, oren. Ok, uniform bomba warna oren. Saya tulis eh?". Ek eh, laju nau budak kecik ni. Aku pun bagitahu dia, memang betul macam buah oren. Tapi, dalam dunia ni mana ada warna oren. Kalau dalam BM, awak tau tak nama dia apa? Dia geleng kepala dan jawab, " Orenlah Makcu!". Aku pun cakaplah, mana ada dalam kamus warna oren. Dia : Habis?. Aku pun terangkan, "Dalam BM, kita tak panggil oren. Kita panggil JINGGA".

Lepas tu dia tanya aku pula macam mana nak eja. Boleh? Aku kata : Eh? Mana boleh semua awak nak tanya Makcu. Macam ni, Makcu soranglah yang pandai nanti. Dia buat muka. Ok, awak pandai mengeja, kan? Cuba awak eja. Ok, adalah tiga empat kali dia eja. Bila dah ok, aku suruh dia tulis jawapan kat ruang tu. Macam-macam weh. Eja betul, tulis salah. Tension aku.

GINGA
JINGA
GINGGA

Last-last, aku marah. Ooopss. Mak dia macam jeling aku. Aku stress, lalu terus mengajar cara mengeja sebenar. Lepas tu, aku makan.


Sekian sesi pengajaran saya.

Monday 21 June 2010

I Tweeted Ricardo Kaka


Cartão vermelho a noite passada for dura. Ele correu para dentro de você. Que não era justo! @RealKaka :(

That's in Portuguese.

Manusia Tak Terjangka

Salam.

Semalam aku melakukan aktiviti bersama-sama dengan sekelompok manusia
tak terjangka.

Benar. Mereka sememangnya tidak terjangka.

Kadang mereka pemarah macam binatang buas yang kau kurung dalam
sangkar tapi dah seminggu kau tak bagi makan. Macam tu. Pemarah.

Cakap lepas. Kuat memekik.

Langsung boleh hilang sabar dibuatnya.

Semalam lain pula. Semalam macam sebelas tahun lepas. Aku dilayannya
macam puteri kayangan yang singgah sebentar di bumi ni. Pelik kan?

Pelik.

Walau tak berapa nak sedarah, tapi aku sayang mereka ni.

Ya, they keep me company juga sometimes. Ah, macamana macamana pun
kira sedarahlah juga. Kira cincai. Eheh.

Tak kisahlah. Dah memang Jenis kepala angin, layankan saja. Zass.

Sent from my iPhone

Sunday 20 June 2010

Nota kosong untuk peminat.

Ha, jangan nak pelik sangat. Dunia memang aneh. Manusia tak punya
paras menawan pun ada yang minat.

-----

Saya pun tak faham diri saya sendiri. Macam mana anda boleh beritahu
saya yang anda faham saya? Anda bomoh? Ouh, kita bertelepati semasa
saya tidur? Ouh, padanlah. Hah? Apa?Bukan? Bomoh bukan, telepati pun
bukan. Anda baca diari saya? Curi? Eh, saya tak ada diari. Mungkin itu
rakan sepejabat saya yang punya. Saya cuma ada blog ni saja.

Sekian.

Sent from my iPhone

...Dan Waktu Itu Muncul Lagi

Jun muncul lagi.

Ahad.

Minggu kedua.

Dah dua tahun aku tak ucap Selamat Hari Bapa.

Susun rapi lalu tadah sepuluh jemari itu.
.
.
.
.
.
.
Al-Fatihah.


World Cup hambar tanpa dia.

Saturday 19 June 2010

Mata Degil. Ini hasil.

5.33 pagi. Aku masih tak boleh tidur. Lupakan jelah hasrat tidur tu kan? Haih. Awal pagi ni, rata-rata manusia dalam akaun Facebook dan Twitter aku mengeluh. Kata game England dengan Algeria = BORING!!!

(Senyum sinis)

Dalam hati, aku kata : Nah, nasib baik aku memang tak teringin nak tonton match itu!

Lepas tu gelak kecil. (Dalam hati juga).

Sambung menguap.

Friday 18 June 2010

World Cup Update Yang Ikut Suka Hati Saya

Woah! Panjang tajuk pos kali ni. :D

Ok, pendekkan cerita. Team yang aku sokong, semuanya menang untuk pusingan pertama. Wuuuhoooo! Ramai kawan-kawan lelaki aku yang pertikaikan. Diorang cakap : Eleh, kau nak support team otai aje!! And I was like : Ek eh. Ikut suka hati aku lah! Siapa suruh kau taknak support team otai? And siapa suruh kau support team yang kau support tu? (dalam hati jelah). Lepas tu, ada yang pertikaikan kenapa aku sokong sampai tiga team. Lahai, ikut suka hati akulah kan? Hak peribadi what?!! Haihhh, Yes, manusia makin pelik. Kan?

Ok, team yang aku sokong adalah : ARGENTINE, BRASIL, NEDERLAND.

Highlights untuk match mereka :

Sat, 12th June, 22:00MYT
Argentina vs Nigeria
1 - 0
6' - Goal - Heinze

Mon, 14th June, 19:30MYT
Netherlands vs Denmark
2 - 0
46' - Own Goal - Agger & Simon Poulsen
85' - Goal - Kuyt

Wed, 16th June, 02:30MYT
Brazil vs Korea PRK
2 - 1
55' - Goal - Maicon
72' - Goal - Elano
89' - Goal Ji Yun-Nam

Thu, 17th June, 19:30MYT
Argentina vs Korea
4 - 1
16' - Own Goal - Park Chu
33' - Higuain
46' - Lee Chung-Yong
76' - Higuain
80' - Higuain

First match Argentina aku tak tengok, sebab tengok cerita lain. He he. Tapi, adalah kawan-kawan yang akan update number of goals kat aku. Hee~

Game Netherlands dengan Denmark, performances are equal for both teams. Aku tak dapat nak tengok banyak perbezaan. Sama je.

Game Brazil dengan North Korea tu, Brazil main tak bersungguh-sungguh. Diorang confident boleh menang kot. Kaka actually mispassed the ball at least two times yang aku ingat. Memang hampalah tengok performance diorang. Nasib-nasib je kot dapat score tu. Sebab Korea pun main macam laju gila. Brazil hampeh. Aku pulak yang nervous tengok game tu. (Takut kalah. Kalah = malu. He he).

Argentina's second match was the best match that I watched so far. They played very very very well against Korean Republic. Sungguh dahsyat dan menakjubkan. Serius! Korea pulak main sangat ganas. Rasanya banyak jugak kad kuning keluar dalam game ni. Tak kira lah pulak. Teruja tengok Argentina punya tactic malam tu. Lepas tu, rindu nak tengok Maradona. Comel gila dia dah tua. Huhu. And the best part was, sejurus selepas final whistle blowed by the referee, Maradona walked into the field untuk mendapatkan anak-anak buah dia. Sweet kan?

-----

Additional note :

Ok, I may not be a frequent football match watcher. But, I personally think that :
  • Of courselah - international footballers are freaking cute!
  • Mereka (players, manager, coach, substitutes, etc who sits on the side bench) comel because of the gestures that they made among each other after a goal has been struck, or even for trial shots on goal. Comel kan? The fact that they're all males, dan aku jarang lihat budaya ni dalam masyarakat kita kat sini.. ;)

This time for Africa! (Nyanyi)

B. Disgrace

Monday 14 June 2010

Habis bateri. Need charging.

Adalah sangat cetek fikiran jika laki-laki menganggap yang perempuan cantik akan memberikan mereka kebahagian.

Dahlah bodoh, bila orang ajar, nasihat, taknak dengar. Tapi, ya, bukan semua perempuan cantik tu evil. Aku takkan cakap macam tu. Tapi kebanyakannyalah kan. Mereka rasa mereka bagus, they have all the power in the world to choose.

Dan..

Lebih teruk bila perempuan yang tak berapa nak cantik juga ada virus begitu dalam hati. Ah, tapi semuanya interrelated. Pergi mampuslah dengan dunia cinta.

Serius!

Aku dah letih nak kenal, kemudian, bercinta. Bosan. Mungkin aku juga akan suruh mak, makcik pakcik aku carikan jodoh. Macam kawan aku.

What I know now, I want to concentrate on my studies and my goals in life.

Hidup

Banyak lagi yang aku belum kecapi dalam hidup ni.

I want to learn to speak German, Dutch, French, Mandarin.

Sunday 6 June 2010

Kondisi Kaki

Hoishhh!
Bengkak teruk.
I did a lot of standing today.
A lot of work.
Inilah kesannya.
THANKS!
I have never felt unappreciated like this before.
Ok, tipu. Maybe I had.
But not from the blood ties.
THANKS.

Ok, maybe they're just NOT your family. You're not QUALIFIED as one.
Well, really, it's not a biggie.
Cus I think we're RELATED.
SOMEHOW.
*Mungkin aku akan pos satu entri tentang hati aku yang dah hilang ini. Cuma bukan sekarang.

Sekitar Kak Wa and Abg Fakrie Wedding Reception :)

Nadia and Ainfatin :)

Ainfatin and Pn Nora (emak saya)



Cousin Hakim & Cousin Yati




Pak Long Aris & Mak Long Noni



Ainfatin & Nadia :P




♥ Abg Fakrie and Kak Wa ♥



Kak Wa - Semasa sisa-sisa zaman bujang :P



Abg Fakrie - After nikah - Acara serah Mas Kahwin



Abg Fakrie & Kak Wa - on the dais
The Pengapits are : Abg Fakrie's cousin and Kak Norita :)



Abg Fakrie & Kak Wa - Upacara Potong Kek :)



Some piccies taken at the solemnization and wedding reception. :)
































Saturday 5 June 2010

Kak Wa and Abg Fakrie :)


Kak Wa and Abg Fakrie
photos grabbed from Facebook :P
*sorry tak minta izin dulu*


Hi everyone! Assalamualaikum semua.

Sempena majlis pernikahan cousin kesayangan aku, Kak Wa dengan Abg Fakrie malam esok, terlintas pula aku nak pos satu entri. ;)
Well, esok merupakan hari yang bersejarah untuk dua orang manusia yang aku sayang kat atas ni. Esok diorang akan menikah. (Good luck, Abg Fakrie!). Yang pastinya, sekarang ni, Abg Fakrie tengah busy gila pakai inai kat jari. Maybe Kak Wa pun sama agaknya.

Kak Wa adalah cousin yang paling rapat dengan aku. Woah, tadi aku dengar lagu We've Only Just Begun, bergenang airmata aku. Eksaited bercampur sedih. (Ya, aku selalu sedih menjelang hari bahagia orang kan?). Tapi aku bukan menangis sebab aku cemburu, aku menangis sebab macam : Huwaaaa.. kurang satu lagi teman nak tengok movie malam-malam after work! Huhuhu.

Dan nanti, bila lepak rumah Subang, Kak Wa dah tak ada. :( Sedih. Macam tak best. Lepas tu, kalau ada game Man U, susah nak kutuk dia. Sebab dia tak ada sekali tengok match kat rumah. Nanti kalau turn dia beraya kat kampung Abg Fakrie, bila Mak Yah and family datang rumah aku, Kak Wa dah tak ada. Yalah, mestilah dia raya dengan suami dia. Datang asing lah kot ke rumah aku dengan Abg Fakrie.

Tahun depan, Oshin pula nak kahwin. Makin lama, crowd dah mengurang. Huwaaa... :(

Alah, Nadia, manjanya! Your time will come eventually. Sooner or later. But still..... Aku sedih juga! I have the right okay. Hmm..

Hmmm, apa pun, aku nak ambil kesempatan ni untuk :

1) Ucap selamat pada Kak Wa.

Kak Wa, if you're reading this, have a blessful, joyous after marriage life with your beloved soon to be husband. Semoga dikurniakan zuriat yang sihat, taat pada perintah Allah dan pintar. Semoga semuanya berjalan dengan lancar seperti apa yang dirancangkan. Semoga diberkati olehNya. Amiin~

2) Do keep in touch. Walau macam mana jauh, ceruk mana pun awak akan pergi (in future), sila jangan lupa update. :)

3) Jadilah isteri yang solehah. (Poyo, nak bagi nasihat kat orang pulak kan saya ni? :P)

4) Maafkanlah diriku ini sebab memandai grab photos dari fb awak.
*Buat muka paling comel sambil buat peace sign di tangan dengan harapan akan dimaafkan* :P



Buat semua yang sudi baca entri ni, (kalau ada yang bacalah kan?), sila nikmati hidangan halwa telinga malam ni. Lagu berjudul We've Only Just Begun dendangan kumpulan adik-beradik old school yang aku minati, The Carpenters.











Spreading the ♥;
B. Disgrace

Thursday 3 June 2010

Fast Heartbeat




Dan setiap kali aku tekan butang 'itu', maka setiap kali itulah jantung aku akan berdegup kencang. Sekencang angin Monsun Timur Laut. Sekencang angin itu bila tibanya musim tengkujuh.



Butang 'itu'.......



Butang 'itu' adalah butang.......



Submit Application.
.
.
.
.
.
.
Wish me luck, guys!





Wednesday 2 June 2010

Pasca-penggodekan :)

Damn.

(Menyumpah).

Tadi bukan main banyak idea nak menulis. Bila dah online, hilang semua. :(

I have so many things to write.

About common sense.
Humanity.
Life. My Life.
Pain.
Love.
Family.

All sorts of things.

Semua yang bermain dalam fikiran aku masa aku kat hospital. Banyak sangat aku nak tulis. Haih. Too bad kan? Takpa. Lain kali saja aku tojahkan semuanya.

---

Updates :

Aku dah keluar hospital kelmarin, yakni, Isnin. Azwad yang tolong jemput. (Thanks, Wad!). Aku sangat gembira dapat discharge hari tu. Sebab malam Isnin ada KITA kat Ria. :)

Hahaha.

Apapun, Alhamdulillah. Syukur pada tuhan, yang aku sekarang dah boleh berjalan. Ope Selasa. Rabu dan Khamis pakai tongkat. Jumaat dah boleh jalan sikit-sikit tanpa tongkat. Sekarang ni, aku pakai satu tongkat untuk sebab certain position, aku tak boleh nak bangun terus. Lutut aku belum cukup kuat. Hee~

Wish me luck with the recovery ya guys!



Lots of Love :
B. Disgrace