Friday 25 June 2010

Woah.. Berpeluh Beb, Buat Planning Masa Depan..

Salam.

Oh, no! I'm not talking about marriage. Ade ke? Jauh sangat pemikiran korang ni. Eheh. (Calon pun takda, fyi). Aku fikir pasal educational future lah. Eheh. Anda silap. Ingat aku dah nak kahwin eh? Heee, takda orang nak kat saya pun.... :P

Ok, now. Serius berpeluh beb! Bila fikir, after dapat BECE aku, aku nak buat apa. Whether to continue or not. No no. Aku memang nak continue. Tapi, persoalannya sekarang, MAMPUKAH AKU?

Phewwww..

Menaip dua perenggan di atas saja sudah mampu membuat jantung aku berdegup laju. Ugh!

Begini, sekarang, aku ada dua choice. To get a master's degree in Project Management, then a PhD in Engineering. Or, to get only PhD in Education. Sebab as we are all aware that sekarang ni aku tengah buat Bach. of Education with Civil Engineering. (Sedih kan?)

Dari form four aku merangkak macam baby dengan field ni, and then suddenly I go for education degree. Ya, well, pendekkan kata, aku akur dengan kehendak alam. Berbalik kepada isu diskriminasi terhadap kaum wanita dalam field ni. Sedangkan aku yang ada diploma ni, yang buat kerja-kerja cikai je pun diorang taknak ambil, konon tak percaya dengan kredibiliti kaum hawa. Wtf, kan? Hmm, apa lagi kalau aku dah ada segulung ijazah (geli taip perkataan ni). Dah tentulah, the higher qualifications that you have, the bigger your responsibility should be at work. Kan? Hmm, kau orang rasa, masa tu nanti, dah berubah ke mentaliti management kat syarikat-syarikat engineering, construction, etc? Aku rasa benda ni tak akan pernah berubahlah. Kalau berubah, maknanya, nak dekat akhir zamanlah tu agaknya ya.

Jadi, macam mana? Korang rasa, apa yang aku plan ni bijak tak? Aku rasa yang paling bagus jalan yang kedua tadi. Ambil PhD terus. Kan? Tak payah nak pening-pening kepala sampai kusut tahap melampau fikir macam mana nak hidup sebab gaji dah banyak potong untuk PTPTN. Hahah. :P

So, kesimpulannya Nadia, belajarlah rajin-rajin ya! Kalau ada esaimen, sila ringan-ringankan tangan dan kaki untuk ke library. Buatlah esaimen anda sehabis baik! Yeay!

That was it.

Oh, ya, saya baru setahun di OUM. Tapi...

...doakan yang baik-baik untuk saya ya, kawan-kawan!





Much LOVE..
B. Disgrace ;)

No comments:

Post a Comment