Saturday 11 July 2009

prejudis yang membawa padah

Padan muka aku.

Working Saturday. As usual, LAZINESS conquering the whole system. zZzZZzZz. Yes, maybe I arrived on time today. Walaupun misi pemanduan 80km/j tidak berjaya atas sebab kelalaian semasa meng'transfer' barangan dari handbag ke handbag. Skip that part.

Sabtu berkerja biasanya aku buang masa dengan membuat report. (Wah, 'buang masa'? Gila!). Tapi hari ni, report aku stuck kat part delay cases justification. Ada 5 kes. 4 comply time target. Cuma satu kes kelmarin je yang sangkut. Bos tidur dalam bilik. Malas nak kacau. Dah dua hari orang tua tu tak balik. Biarlah dulu. Technician area tu on leave pulak. Lagilah aku malas.

Aku amik JUICE mag atas meja kawan aku, naik lepak tingkat atas dengan Yassin. Takda apa nak borak. Yassin kalau dah main PSP jangan haraplah nak layan manusia lain. Raja tidur depan aku. Kat tv cerita kartun Jepun ala-ala Power Rangers. Sangap. Selak majalah tadi, buat-buat minat. Sangap lagi.

Jam baru pukul dua belas. Aduh, lambat lagi nak balik. Sejam. Senak otak aku. Turun bawah balik. Bos dah bangun, tanya pasal kes Tun Sambanthan dan masukkan info dalam Excel dan kemas-kemas meja.

Balik.

Kat sinilah start cerita ni. Aku blah dari ofis. Tinggalkan 'amanat' kat Nuar. Pastu, dengan pantas blah. Lalalalalalala~

Sampai depan JKR aku nampak Uncle Naga terkedek-kedek jalan tengah panas. Kesian dia. Aku turunkan tingkap.

Uncle, nak pergi mana?
LRT station.
Saya hantarkanlah, panas ni.

Lalalalala~

Drive dengan penuh laju. Takpalah aku lalu jalan jauh sikit. Kesian uncle ni nak biarkan dia jalan tengah terik ni. (Baik kan aku?). Heee~

Lepas je kedai Tengkorak, fon aku bunyi. Man. Aku buat derk je. Dia call lagi. Tujuh kali dia call. Aku silentkan fon. Sampai istana aku tengok ada one text message. Ah, biarlah. Mesti nak tanya aku balik ke apa. Kes banyak tapi tak ot. Tau dah. Aku plan, sampai rumah baru nak return call.

Lalalalala~

Sampai kat lif aku call dia. Hah, purse aku tertinggal atas meja eh sebenarnya. Haduhhhhhhh! Sengal ubi tempura basi.

Padan dengan muka aku. Prejudis tak tentu hala. Kan dah bertepek kat muka sendiri. Last2 aku kirim kat Nuar. Tadi petang baru Nuar dapat hantar. Dia datang dengan Uncle Singam.

Jadi, pengajarannya janganlah prejudis tak tentu pasal. Same goes with the eTeMs implementation. (Cheh, nak selit juga!). Wuhuuuuu~



Terkena batang hidungku:
B. Disgrace

2 comments: