Monday 27 July 2009

Sambil makan sambil update blog

Hehe.

Aku tgh mkn ni. En Din yg belikan. Kirim. Hmm. En Din selalu belanja
kami. Biasanya kalau keluar minum/mkn ramai2 mesti En Din yg belanja.
Murah rezeki org tua tu. Amiin~

Hari ni boss aku perangai macam haram. Aku rasa mmg hobi dia suka
pressure org lah. Kesian. Lonely camtulah. Haihh. Tapi tak bising
pulak dia aku hantar report tu lambat. (Aku dah ckp tak boleh siap
before lunch tapi diorg degil). Before buat report kena buat penugasan
dulu kat p2. Dah settle kes as at semalam barulah boleh buat report tu.

Penatlah nak explain. Dah beribu kali kot aku terangkan work flow
sistem tu mcm mana. Tak reti2.

Ouh. Tadi Ann ajak bernovell dgn dia. Tapi rupanya aku punya novell id
dah expired. Ciss. Belum sempat bagitahu Su n Hafiz lagi. Biarlah
dulu. Tak penting. Hari ni mood aku baik nak buat kerja. Hehehe. Poyo.

Jap lagi nak pergi karox dgn Nairus after work. Kat Mutiara Complex,
Jln Ipoh.

(Selingan jap. Gila layan nasi goreng kampung dgn air tembikai.)

Hmmm. Aku mmg dah kemaruk nak karox ni. Smlm dah ajak Zam dan rakan2
lain karox. Tapi korum tak cukup. Ada yg standby, ada yg blk kampung.

Semalam after class aku fetch mak aku n kami perfi The Mall. Aku nak
pergi beli cd Lady Gaga n pensel 2B. Buat persediaan awal untuk exam.
Hari tu aku paw pensel Zairol. So ingat nya niat di hati nak gantilah.

Cd Lady Gaga tu. Ada Malaysia Edition je kat Speedy The Mall. Beli
jelah. Masa org kedai tu ambikkan cd tu untuk aku, kat belakang cd
Lady Gaga tu cd Lenka. Tergoda. Lalu terus membeli keduanya. Setan!!!
Tapi mmg dari bulan lepas nak beli Lenka punya album.

Oklah. Layan gak lagu2 LG tu. Aku beli sbb fikir nak kan lagu2 fast
beat baru dalam kereta sbb Jumaat malam ni nak pergi Taiping untuk
majlis Zam n Hajar. Kalau layan cd2 yg aku ada tu mesti mengantuk.
Haha. Yelah. Lagu indie byk yg emo2. Putus cinta la cinta tak
berbalaslah. Bla bla bla. Hihi.

Lagipun kalau kang aku pasang lagu Kofin Kanser kang Najjah ngan Nuar
pening pulak. Ahahaha.

Oklah. Nak start kerja. Eh, dah 5.20pm. Tak sedar masa berlalu.
Rupanya aku mkn lewat gila hari ni. Huh! Hidung pun dah sejuk ni minum
air tembikai byk sgt. Yahaha.

Ouh wait. Jap jap! Lupa nak cakap pasal laptop. Aku bakal meniti hari2
tanpa internet yg tidak bersempadan. Laptopku dijangkiti virus. Trojan
tu. Mlm ni after karox nak hantar kat Weck. Semoga diberkati. Weck
akan tolong menbunuh virus2 yang tidak diundang itu. Thanks Weck!!
Sapa kata org Melaka jahat. Baik tau org Melaka. Saling bantu
membantu. Uhuhuhu.

Out.
B. Disgrace

Sent from my iPhone

2 comments: